Jasa Dan Khianat

Written By Panglima Harimau on 29 July 2016 | 12:09 PM

JIKA seseorang sudah berjasa 30 tahun yang lalu tapi kemudian dia mengkhianati 10 tahun akhirnya. Apakah penilaian kita terhadapnya?

'AZAZIL' juga sudah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun, namun berakhir dengan ingkar kepada perintah Allah pada saat akhirnya, maka sehingga kini dia tetap diletak kedalam golongan laknatullah.

BERCERITA tentang Tun Mahathir, ramai yang membelanya. Mereka menyerang UMNO dan kepimpinan UMNO serta mencaci kepimpinan UMNO tanpa sedikit pun sifat timbang rasa hanya kerana mereka menyokong Tun Mahathir.

MEREKA berselindung disebalik ungkapan “Tun Mahathir banyak jasa”. Banyak mana pun jasa Tun Mahathir, banyak lagi jasa parti UMNO kepadanya. Apa saja jasa Tun Mahathir, sebenarnya jasa itu datang dan mampu ditabur hanya sebab dia menjadi Presiden UMNO.

UMNO lah yang sebenar nya berjasa kepada Tun Mahathir. Mampukah Tun Mahathir bina KLCC jika dia bukan Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri? Kekayaan kroni dan anak nya tidak dirasai; jika dia tidak menjadi Presiden UMNO.

TUN MAHATHIR mungkin hanya seorang doktor kepada pesakit di Pekan Rabu Alor Setar jika parti UMNO tidak menjadikan dia Presiden. Orang masih tidak lupa seorang Presiden yang telah memusnahkan UMNO dan digantikan dengan UMNO baru!

ISU sebenar hari ini, Tun Mahathir menyerang UMNO kerana Najib Razak enggan akur kepada permintaannya yang berjela-jela dan tanpa henti. Tun M terlupa dia bukan lagi Presiden UMNO. Tapi beliau masih mahu menjadi alat kepada kroni dan taikuun sahabat nya.

DULU Abdullah Badawi pun rimas dengan Tun Mahathir yang sentiasa menggangu pentadbiran nya. Pak Lah yang melulus tetapi permintaan datang dari Tun M. Akhirnya Pak Lah kata kepada Tun Mahathir “siapakah PM?" Akibat itu Tun M terus buat gerakan menjatuhkan Pak Lah seperti yang kena pada DS Najib hari ini.

DEMI kelansungan parti dalam menghadapi serangan Tun M; UMNO tidak melupai jasanya. Tetapi yang ditentang oleh UMNO ialah "onar" Tun M. Tun M tidak pernah kenang jasa UMNO dan ahli kepadanya; yang telah menjadikan dia sebagai Presiden selama 22 tahun.

JAWABlah secara ikhlas.
12:09 PM | 2 comments | Read More

@dapmalaysia Kalut

Written By Panglima Harimau on 27 July 2016 | 9:17 PM

KEKALUTAN timbul apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhadapan dengan dua tuduhan rasuah. Mereka sering mendesak kerajaan supaya menubuh suruhanjaya siasatan diraja, bercuti, letak jawatan dan pelbagai lagi apabila berlaku `kepincangan’ melibatkan parti komponen BN.

KINI malangnya DAP umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih atau ayam berkokok berderai-derai, tapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!

DAP Pulau Pinang masih menunggu persetujuan rakan sekutunya PKR dan PAN sebelum memutuskan untuk melaksanakan Pilihanraya Negeri(PRN). DAP sebagai parti yang menang besar pada PRU lalu tidak akan mengambil keputusan secara unilateral, terpaksa memberi masa secukupnya kepada sekutunya.

BAGAIMANA jika Guan Eng bertanding dalam PRN itu, kemudian didapati bersalah dan dihukum. Dia akan hilang kelayakan sebagai ADUN dan satu pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan selepas itu.

SEKARANG ini DAP mahu ditonjolkan siapa sebagai Ketua Menteri, jika Guan Eng meletak jawatan hari ini. Jawabnya tidak ada calon boleh diketengahkan kalau tidak berlaku sebarang PRK. Nak tunggu PRU ke-14 lambat lagi; seawal-awalnya tahun depan.

SEBENARNYA Kerajaan DAP tidak terjejas jika Guan Eng meletak jawatan. Ramai lagi yang boleh memikul tanggungjawab sebagai Ketua Menteri kecuali jika beliau ada seseorang yang mahu ditonjolkan. Calon yang setia dan tidak `menikam dari belakang’.

TETAPI Kalau adakan PRN ia lebih membimbangkan pakatan DAP-PKR-PAN kerana akan berlaku pertembungan tiga atau empat penjuru melibatkan parti pakatan-BN-Pas-Bebas. Pas akan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi sebelum ini malahan seluruh kerusi yang dimenangi oleh PKR dan UMNO.

Ada berani!
9:17 PM | 0 comments | Read More

Ada 2 Pilihan: One Way Atau U Turn!

Written By Panglima Harimau on 22 July 2016 | 4:28 PM

SESUATU yang tidak di­sangka-sangka Tun M telah bersekongkol dengan puak-puak parti politik yang selama ini menghina dan mengutuk beliau; kini mereka duduk di sebelah kiri dan kanannya.

KITA tidak terfikir yang Dr. Mahathir sanggup merendahkan maruah beliau untuk bekerjasama dengan DAP dan pembangkang lain. Beliau berhasrat menubuhkan satu pakatan pembangkang yang baharu dan satu parti politik yang baharu.

INI adalah isu amat besar dan bakal memporak-perandakan lagi Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, PAN dan DAP. Secara tidak langsung ia menafikan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dan menolak pakatan harapan.

DR. MAHATHIR tidak mahu di bawah sesiapa, apa lagi di bawah Wan Azizah. Adakah ini juga akan ditolak mentah-mentah oleh parti-parti pembangkang? Mahukah Dr. Mahathir memohon menjadi ahli parti PKR, PAN atau pun DAP dan perlu menunggu Wan Azizah, Mat Sabu atau pun Lim Guan Eng untuk meluluskan permohonan keahlian beliau ke dalam parti tersebut.

BAGAIMANA dengan pengikut-pengikut, kroni dan rakan-rakan politik Dr.Mahathir. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin dalam DAP, PKR dan PAN sanggup mengundur diri dan memberi laluan kepada ahli-ahli politik yang pro Dr.M.

SANGGUPKAH DAP, PKR dan PAN menggadaikan kerusi sasaran mereka semata-mata untuk memuaskan hati Dr. Mahathir, individu yang terlibat menahan dan memenjarakan mereka, satu ketika dahulu?

NAMPAK macam wujudnya kesepakatan untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan BN. Tetapi dijangkakan akhirnya, mereka bertelagah sesama sendiri dan rakyat yang tertipu dengan wayang politik pembangkang ini.

Termasuk No Entry!
Sarang Labah-Labah
4:28 PM | 0 comments | Read More

@dapmalaysia Yang Biadap

Written By Panglima Harimau on 11 July 2016 | 11:15 AM

PERJUANGAN DAP adalah mempergunakan Melayu PKR dan Melayu PAN untuk meranapkan Melayu itu sendiri. Tetapi PKR dan PAN tidak sedar bahawa “kecinaan” bangsa ini cukup tebal! Percaturan politik DAP adalah untuk mencapai hasrat Malaysia Malaysian.

DAP tidak akan ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi ketika pemilihan CEC terbongkar satu ketika dahulu.

DAP adalah parti 'dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’; tidak boleh dinafikan lagi. Hanya Melayu dan India yang menjadi ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar tidak faham dan tidak mampu memahaminya.

MATLAMAT mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

INI juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

BERDASARKAN bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Kita bukan menuduh DAP sedang merancang anarki; tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP.

BARU-BARU ini sikap Nga Kor Ming terlalu biadap dengan mempersendakan Aidilfitri. Beliau menyamakan pemberian duit raya sebagai dedak! DAP diingatkan supaya tidak menyentuh isu berkaitan perihal agama jika ingin hidup aman di Malaysia.

DAP sudah tengadah
11:15 AM | 2 comments | Read More

Retorik @dapmalaysia

Written By Panglima Harimau on 02 July 2016 | 10:42 PM

DALAM politik di Malaysia ini ada dua saja yang DAP tahu; rasuah dan perkauman (corrupt & racist). Jangan salah sikit, sikit-sikit orang UMNO. Hari-hari Najib digelar macam-macam, pencurilah, perompaklah, rasuahlah; tapi tak adapun masuk ke mahkamah, jauh sekali dijatuhkan hukum. Akhir-akhirnya siapa yang masuk mahkamah disebabkan rasuah? Malu, memang malu.

YANG berkumpul pegang lilin di hadapan Pejabat SPRM itu mengapa? Ini bukannya pertama kali beliau pernah dibicarakan di mahkamah! Nanti tengoklah bersepah peguam DAP yang akan membantunya dalam perbicaraan di mahkamah. Apa masalahnya? Semuanya orang boleh berkata apa sahaja. Biarlah undang-undang dan mahkamah menentukan.

LAGIPUN Guan Eng tak akan melepaskan jawatan Ketua Menterinya; walaupun orang ramai mempertikaikan mengenai integriti jawatan Ketua Menteri itu yang berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah. Rasanya kalau tuduhan berkenaan melibatkan pemimpin BN, maka pembangkang akan riuh sekampung keli­ling negara bagi mendesak supaya pemimpin terlibat bercuti atau meletakkan jawatan.

HARI INI Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy berdiam diri setelah bossnya didakwa atas dua tuduhan rasuah. Ini jelas membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin hipokrit. Jika sebelum ini P. Ramasamy dilihat cukup lantang dalam kes - kes rasuah yang kononnya melibatkan pemimpin BN. Pemimpin PKR dan PAN semuanya kecut telor!; tak berani bersuara.

PENDIRIAN DAP negeri dan Guan Eng itu juga dilihat bertentangan dengan prinsip Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) yang kononnya menjadi amalan dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini. DAP sering bangga berkata bahawa mereka memperjuangkan hak sama rata dengan semua kaum.

RUPANYA terbuktikan bahawa DAP memang ‘kemaruk’ kuasa. Mereka menjadikan PKR dan PAN sebagai kuda tunggangan untuk mencapai matlamat dan berjaya memperbodohkan ‘rakan sepasukan’ mereka itu. Rakyat melihat pembangkang tidak ubah ibarat ayam jantan yang berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis, kata kain orang lain koyak, kain sendiri sudah terlondeh.

lim guan sudah end
10:42 PM | 0 comments | Read More

@NajibRazak Menangani Cabaran

Written By Panglima Harimau on 29 June 2016 | 12:53 PM



CABARAN UTAMA;
DATUK Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri semasa BN hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali sejak 1969 dalam pilihan raya umum 2008.

CABARAN FITNAH;
SEMASA menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dikaitkan dengan kematian seorang wanita. Beliau me­nyerahkan urusan itu kepada Allah. Fitnah dibantu dari dunia siber yang baru muncul dengan blog dan portal propembangkang secara bermaharajalela.

CABARAN RASUAH;
KERAJAAN dikaitkan dengan unsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene. Rupa-rupanya hanya sekadar pembohongan jahat pembangkang untuk menumbang BN dalam PRU 2013 dengan slogan ‘ini kalilah’.

CABARAN MENYINGKIR PM;
PEMBANGKANG meramalkan Najib akan dapat disingkirkan selewat-lewatnya pertengahan tahun 2015. Syarikat pelaburan strategik 1MDB, dicetuskan jadi ke­gemparan.

CABARAN SUAPAN;
SUMBANGAN RM2.6 bilion yang diuar-uarkan pembangkang berkubur; setelah Peguam Negara memutuskan ia tidak menyalahi undang-undang; dan SPRM turut mengesahkan tiada suapan dalam dakwaan tersebut.

CABARAN MENGULING DEMOKRASI;
TERDAPAT cubaan menggulingkan Perdana Menteri di luar proses demokrasi. Ia terdedah dengan pengakuan Xavier Andre Justo yang tertangkap di Thailand.

CABARAN PECAT AHLI UMNO;
PEMECATAN Muhyiddin bukanlah suatu tindakan terburu-buru. * Beliau dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tidak me­nerima penjelasan kerajaan dalam dakwaan melibatkan 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion. * Beliau masih memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri dan gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti.

CABARAN PRN DAN PRK;
BN mencatat kemenangan bergaya di Bumi Kenyalang dan PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

KESIMPULANNYA;
NAJIB membuktikan UMNO dan BN yang diketuainya berdaya tahan dan lasak. Kekuatan Najib adalah kesabaran dan ketabahannya. BN dan UMNO pasti tidak akan mengambil mudah atas segala yang telah dilaluinya dan juga cabaran yang mendatang.

BN dan UMNO TETAP
Bersatu,
Bersetia dan
Berkhidmat.
12:53 PM | 0 comments | Read More

Hari Terakhir Berkempen, Undilah Barisan Nasional Di #PRKKualaKangsar

Written By Panglima Harimau on 17 June 2016 | 4:36 PM

Hari terakhir berkempen sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada esok (18 Jun). Di pihak pembangkang masih tiada sebarang perancangan khusus bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar.

DI KUALA KANGSAR Datin Mastura Mohd Yazid telah menggariskan lima agenda utama perjuangannya demi masyarakat Kuala Kangsar. Dua daripada hasratnya itu telahpun dipenuhi walaupun hari penentuan masih belum tiba.

CALON Pas, Dr Najihatussaleh pula telah menyatakan ikrarnya untuk mendukung Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi memperkasa peranan Mahkamah Syariah sekiranya terpilih mewakili Kuala Kangsar.

TETAPI calon bagi parti PAN, iaitu Dr Ahmad Termizi Ramli telah disekat hak untuk bersuara secara lantang, hanya mengikut telunjuk DAP. Hampir kesemua ceramah yang dianjurkan PAN berkisarkan pembohongan dan maki hamun.

PAN harus diakui sangat lemah dan terlalu baharu untuk membawa apa-apa pendekatan. Mereka sebenarnya menguji nasib sama ada pengundi menerima atau tidak kehadiran parti itu di kawasan mereka.

SATU kajian melaporkan, BN akan mendapat kemenangan besar di Kuala Kangsar kerana kekuatan Melayu yang telah dikenalpasti sebagai pengundi tegar UMNO, kini sudah mencapai ke tahap 56%.

KATA Datin Mastura; Saya rasa setiap calon akan menghadapi tekanan yang berbeza-beza. Cuma saya berdoa kepada ALLAH supaya saya dibantu biar BN meraih kemenangan.

BN menang
Orang kuale senang!
4:36 PM | 0 comments | Read More

Politik Yang Tidak Amanah. #PRKSungaiBesar #PRKKualaKangsar

Written By Panglima Harimau on 16 June 2016 | 10:56 AM

PARTI-PARTI PEMBANGKANG bergabung dalam PRU 2004 dan PRU 2008. Usaha itu berjaya apabila Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Tetapi ia tidak kekal lama kecuali Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

KEPALSUAN pembangkang akhirnya terburai apabila Pas meninggalkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP dan PKR. Kedua-dua parti itu mendapat kawan baharu iaitu PAN – sebuah parti yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin Pas yang tewas dalam pemilihan parti. Begitu ramai nakhoda akhirnya bahtera itu tenggelam di tengah lautan.

PARTI-PARTI pembangkang sedang berkecamuk. BN di bawah Najib terus mengukuhkan kedudukan bagi menguruskan pentadbiran negara. Ini membuktikan kerjasama dan acuan BN sama sekali tidak akan mampu ditiru oleh pembangkang yang tidak pernah AMANAH!

KEPADA pengundi2 K.Kangsar dan Sg.Besar undilah calon yg boleh membantu anda. Calon yg boleh membantu anda sudah tentulah wakil dari kerajaan yang berkuasa. Wakil dari parti pembangkang sudah pasti tak boleh dan tak akan mampu. Akhirnya nanti mereka akan berkata saya tiada kuasa dan tak ada peruntukan. Itulah jawapan "standard" wakil rakyat dari pembangkang.

KEPADA pengundi2 luar yang tidak tinggal di K.Kangsar dan Sg.Besar; baliklah mengundi. Ingatlah keluarga kita yang tinggal di dua parlimen itu. Mereka masih perlukan bantuan dari wakil yang mewakili parti yang berkuasa dan memerintah.

BN menang
Rakyat senang!
10:56 AM | 0 comments | Read More

PAN @ Kayu !

Written By Panglima Harimau on 14 June 2016 | 4:19 PM

PAN itu jika diterjemah ke bahasa Cina ia bermaksud ‘KAYU’, maka fahamlah kita mengapa mereka marah sangat bila dipanggil parti mereka dengan PAN!

SESUAI benar dengan nama PAN itu - kayu! Kerana parti itu, bukan tahu apa-apa pun. Calonnya pun dikawal dan diekori oleh Tuan Besarnya yang dikatakan jadi tokey dana mereka. Tidak kiralah sama ada calon mereka ahli saintis atau doktor, mereka akan dikawal untuk bercakap apa yang DAP mahu mereka bercakap sahaja.

DULU semasa di PRK Teluk Intan wakil DAP Dyana Sofya dikawal kemana sahaja dia pergi oleh wakil dari DAP. Malah ketika hendak jawab soalan pun Lim Kit Siang yang memberi penjelasan kerana khuatir Dyana akan salah jawab.

DAP Lebih senang menggunakan barua Melayu untuk serang isu berkaitan Melayu. Kini PAN pula digunakan untuk menghalang Islam dan RUU. Sepatunya kerja PAN ialah memberi penerangan kepada yang tidak faham. Tapi sebaliknya berlaku, PAN yang ahlinya Islam pula yang dialatkan untuk halang kemajuan Islam.

DAP akan selamat kerana benteng halang kemajuan Islam dilakukan oleh hambanya iaitu PAN. Sepatutnya ahli PAN yang direject oleh PAS, diserap saja kedalam DAP sama seperti barua-barua Melayu yang sedia ada dalam DAP.

DAP sudah nampak cara mahu menghalang Islam adalah menggunakan orang Islam seperti ahli PAN, maka itulah PAN di wujudkan. Selain boleh memecahbelahkan Melayu dan Islam, DAP kini boleh serang Islam melalui PAN. Maka perpecahan umat Islam dengan pelbagai pendapat lahir dari pelbagai parti boleh diujudkan.

PAN lengkap berbaju oren dan tshirt serta billboard yang mahal-mahal. PAN yang baru wujud tapi sudah cukup dananya. Ini kena tanya Mat Sabu siapa yang beri dana kepada PAN?

BAGI mengatasi kekurangan populasi orang bukan Islam; maka DAP perlukan Insuran untuk keselamatan mereka. Maka PAN amat sesuai ambil peranan sebagai khadam dan pak sanggup yang baru untuk DAPig!

Tak Sanggup jadi barua.....
4:19 PM | 0 comments | Read More

Popular Posts