Senarai Artikel

Makin Celaru, Mat Sabu Juga Teringin Jadi Calon PM Pakatan Harapan

Written By Panglima Harimau on 25 May 2017 | 2:07 PM

Persaingan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan bukan hanya melibatkan PKR dan PPBM sahaja,  malah ia turut direbut PAN.

Anak didik DAP itu ternyata tidak mahu ketinggalan untuk merebut jawatan berkenaan. Parti itu mula mencadangkan presiden mereka Mohamad Sabu, sebagai Perdana Menteri pilihan.

Ini menyebabkan soal siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan makin bertambah celaru. Sudah ada banyak sangat nama. Wan Azizah kata sanggup jadi "seat warmer". Di Kongres PKR nama Anwar diangkat PM ketujuh.

Selepas Kongres Mukhriz tidak puas hati dan teringin juga jadi PM khabarnya. Kemudian Salahuddin Ayub pula buat kenyataan pada 24 Mei 2017, menyatakan Mat Sabu juga layak jadi PM.

Yang paling tidak berganjak adalah Zaid Ibrahim yang tetap mahukan Mahathir menjadi PM kembali. Sudah ada lima nama, Wan Azizah, Anwar, Mukhriz, Mat Sabu dan Mahathir.

Itu belum lagi ditanya pada Adam Rosly dan tiga orang Exco PAS di Selangor, sudah pasti mereka mahukan Azmin Ali sebagai calon PM mereka. Semalam dalam satu ceramah parti bunga di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan hadirin seramai 30 orang dan hanya 1,000 orang menonton live di Facebook, Mahathir menyatakan ;

"Bila menang boleh buat la (siapa jadi PM). Tak menang bubuh nama (seperti) syok sendiri" kata Mahathir.

Maknanya tindakan angkat plakad nama "Anwar PM ke 7" itu hanyalah syok sendiri sahaja. Akhirnya Mahathir memberikan jawapan, kenapa dia main telefon dan tidak angkat plakad masa Kongres PKR hujung minggu lepas.

Rupanya Mahathir kutuk semua orang yang pegang plakad itu sebagai syok sendiri sahaja. Mahathir pun sama juga, masih lagi syok sendiri mahukan Mukhriz sebagai PM.

Biarpun tidak menyebut nama Mukhriz secara terang terang, namun semua orang sudah tahu, siapa sebenarnya yang Mahathir mahu sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.

Siapa pun yang jadi calon PM, keputusan akhirnya akan ditentukan oleh parti yang paling banyak kerusi di parlimen. DAP adalah pembuat keputusan akhirnya dalam PH. DAP ada 37 kerusi berbanding PPBM yang ada satu kerusi sahaja.

Jika DAP setuju beri Mat Sabu sebagai calon PM, maka DAP juga boleh pilih TPM dari kalangan ahli parlimen DAP.  Jika DAP dan PAN bergabung, jumlah mereka jadi 42 kerusi kini. Jumlah paling banyak sekali dalam PH sekarang.

Boleh jadi Mat Sabu adalah pilihan DAP untuk jadi "seat warmer" sementara menunggu calon PM sebenar dari DAP pada PRU15 atau PRU16.  Daripada DAP beri pada Wan Azizah, lebih baik DAP beri pada Mat Sabu yang mana DAP sendiri boleh kawal dan perintahnya.

Gaji Mat Sabu sekarang pun, DAP yang bayar. Sudah pastilah Mat Sabu tidak akan belot. Mat Sabu akan jadi seperti Nizar di Perak, melaksanakan tugas dan "sign" apa yang patut bagi kepentingan Nga, Ngeh dan DAP di Perak dulu.

Mat Sabu boleh tanding di kerusi kawasan DAP di Penang atau di Gelang Patah. Daripada seorang pelawak, kini menjadi PM "remote control" bagi DAP. Alat kawalan jauh itu dipegang oleh Kit Siang.

Pakatan Harapan akan jadi lebih celaru jika DAP benar benar mahukan Mat Sabu. Mula mula DAP buat perjanjian sulit dengan Mahathir, namakan Mukhriz jadi PM. Kemudian DAP pakat dengan PKR, namakan Anwar.

Namun akhirnya, pakatan sulit yang paling selamat untuk DAP adalah berpakat dengan Mat Sabu dan PAN. Lebih senang "screw" dan kawal Mat Sabu berbanding Mukhriz atau Anwar.

Rafizi patut suruh Invoke masukkan nama Mat Sabu sekali dalam kajian. Lihat antara ramai ramai nama ini, siapa yang DAP suka dan selesa. "Confirm", menang kat Mat Sabu lah.

Inilah dia Pakatan Huru Hara, belum apa apa lagi sudah gaduh gaduh dan gila kuasa. Rakyat kena rasional dan berfikir panjang demi masa depan negara.

Rakyat memilih wakil rakyat untuk YB itu beri khidmat balik pada rakyat. Bukan beri undi kemudian mereka lari dari pengundi. Hanya sibuk rebut kuasa dan agenda peribadi. Hati hatilah membuat pilihan nanti.
2:07 PM | 0 comments | Read More

PPBM Akan Keluar PH, Jika Mukhriz Tidak Dicalon Sebagai PM

Written By Panglima Harimau on 24 May 2017 | 4:03 PM

Krisis dalaman Pakatan Harapan (PH) kian bertambah kronik dan menghampiri keretakan. Semuanya kerana berebut hendak menjadi Perdana Menteri.

Belum menang lagi pun, belum pilihanraya lagi pun, mereka sudah berebut kerusi. Nampak sangat parti parti dalam Pakatan Harapan, PH masing masing ada agenda peribadi dan tersendiri.

Terbaru menurut desas desus politik dari dapur pakatan pembangkang, Presiden PPBM, Muhyiddin akan membuat cadangan agar parti tersebut keluar dari PH sekiranya nama timbalan presiden mereka iaitu Mukhriz tiada sebagai calon PM.

Walaupun Muhyiddin sebelum ini dilihat turut mahu menjadi calon PM, namun cadangan ini terpaksa dilakukan demi menjaga kedudukannya dalam PPBM.

Difahamkan Muhyiddin telah diarah sedemikian sekiranya dia masih sayangkan jawatan Presiden PPBM. Kalau Muhyiddin enggan buat arahan itu, maka Mahathir akan gulingkan Muhyiddin dari dalam.

Dalam apa juga keadaan pun, Mahathir mahu gunakan tangan orang lain untuk laksanakan misi dan agenda peribadi. Mahathir tidak mahu tangan anaknya sendiri dikotori.

Tunku Abdul Rahman pada tahun 1990 pernah menyatakan bahawa ada dajal dalam UMNO. Entah kepada siapa Tunku maksudkan. Namun pada hari ini, selepas 27 tahun ramai boleh meneka "dajal" yang Tunku maksudkan tersebut.

Mahathir sanggup buat apa sahaja demi matlamatnya tercapai. "The end justify the means" Machiavelli.

Keluar dari PH adalah jalan penyelesaian terakhir untuk membolehkan agenda Mahathir jadikan Mukhriz sebagai PM dapat diteruskan.

Ini juga perlu dilakukan atas tekanan sumber kewangan parti. Syarikat syarikat yang menaja PPBM yang merupakan kroni Mahathir sebenarnya sedang diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana dipercayai tidak membayar cukai.

Mahathir berpuluh tahun secara sulit yang 'membela' syarikat-syarikat tersebut dari membayar cukai. Mahathir sudah akui semalam, beberapa syarikat penderma kepada PPBM sedang diburu LHDN.

Jika Mukhriz tidak dicalon sebagai PM, maka apa gunanya syarikat itu menjadi "funder" kepada PPBM?

Baik mereka jadi "funder" pada Wan Azizah atau Azmin jika PPBM nampak tidak kuat dan tiada hala tuju. Hari ini pun, beberapa orang jutawan yang dulunya rapat dengan Mahathir sudah lari kerana percaya perjuangan PPBM tidak boleh pergi jauh.

Satu mesyuarat khas juga bakal diadakan dalam dalam minggu ini untuk menentukan kedudukan PPBM dalam PH. Zaid Ibrahim yang baru masuk DAP kini menjadi harapan Mahathir untuk memujuk DAP agar kembali semula kepada perjanjian sulit yang asal.

PPBM yang baru 230 hari, sudah ramai yang keluar parti dan lari. Bukan ahli sahaja yang lari, "funder" politik juga lari. Rakan politik yang diajak bersubahat sama iaitu DAP pun dah mungkir janji.

Apa lagi yang Mahathir boleh buat untuk tutup kelemahan ini? Dengan membuat provikasi "gemok gedenpoi" agar semua orang serang balik isterinya, tidak menutup masalah besar yang sedang berlaku dalam PPBM.

Ugut keluar dari Pakatan Harapan adalah satu strategi untuk memastikan DAP dan PKR tidak menamakan calon PM untuk PH. Mahathir cukup alergik dengan nama Anwar.

Mahathir ingat bila dia "sign" setuju bebas Anwar, maka bolehlah memujuk PH namakan Mukhriz jadi PM.

Rupanya tidak, Anwar juga jadi pujaan hati. Itu yang Mahathir naik hangin. Silap silap bunga keluar dari PH disebabkan Mukhriz tidak jadi PM. Boleh jadi.
4:03 PM | 0 comments | Read More

Mahathir Akui PPBM Parti Banyak Masalah

Written By Panglima Harimau on 23 May 2017 | 3:28 PM

Semalam, sudah 230 hari usia parti bunga sejak diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 8 Oktober 2016. Baru 37 kali Jumaat, 26 Mei ini baru masuk 38 kali Jumaat.

Belum apa apa lagi, dan tidak sampai setahun pun lagi, parti bunga ini sudah banyak masalah. Belum pun tanding dalam mana mana PRK atau PRU, parti bunga dah sakit teruk. Virus Mahathir hancurkan bunga.

Semalam, dalam satu tulisan di Malaysiakini, akhirnya Mahathir mengakui bahawa PPBM punyai banyak masalah dalaman.

Mahathir tidak menjawab isu kenapa tidak angkat plakad Anwar PM ke 7, tetapi cuba alih perhatian menjawab gesaan agar Muhyiddin letak jawatan.

Mahathir cuba menafikan kononnya ada konflik dalaman dengan menuduh konflik yang berlaku kerana kononnya ada Penyokong Najib dan musang berbulu ayam dalam PPBM.

Ini satu dakwaan yang lucu dan lawak. Kalau orang itu Penyokong Najib buat apa dia hendak masuk PPBM, baik dia "stay" dalam UMNO sahaja.

Skandal seks Ainina, skandal "blowhorn" Syed Saddiq, skandal Nika Gee adalah bukti PPBM dipenuhi pemimpin tidak baik, skandal dan kontroversi.

Siapa yang "trap video" Ainina "klimaks 4 kali" semasa dia jadi Ketua Srikandi PPBM? Bukan musang berbulu ayam yang "trap". Ini dilakukan selepas Ainina cakap mahu tanding di Langkawi.

Mahathir tahu siapa dia hendak bagi di Langkawi dan bukannya pada Ainina. Bila Ainina lawan, dia kena klimaks 4 kali.

Syed Saddiq hampir angkat kaki ke Oxford dan meletak jawatan sebab apa? Semua ahli dalam PPBM tahu, kerana konflik teruk dalam parti yang baru 230 hari itu.

Cikgu Kamarul sudah dedahkan punca beliau dan ahli ahli PPBM Teluk Kemang dan seluruh Negeri Sembilan angkat kaki adalah kerana amalan kronisme dan nepotisme dalam parti bunga itu.

Cikgu Kamarul inilah yang dituduh sebagai musang berbulu ayam. Tuduhan ini tidak betul kerana pada awal serangan Mahathir pada Najib pada 2015, Cikgu Kamarul inilah yang diperkuda Mahathir untuk buat GKCM dan dakwa ada cawangan akar umbi UMNO tidak sokong Najib .

Mungkin Mahathir mudah lupa. Sesudah tinggal hampas kerana gerakan GKCM untuk tumbangkan Najib melalui usul cawangan dan PAU 2015 gagal, maka Mahathir anggap Cikgu Kamarul ini sudah tidak berguna lagi.

Kini Syed Saddiq jadi gading bertuah, tanduk Cikgu Kamarul tidak berguna lagi. Saddiq inilah yang digunakan sebagai "stricker" untuk balun Muhyiddin bagi kepentingan kem Mukhriz.

Semalam Syed Saddiq, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelar pihak yang menamakan nama calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan sebagai “tidak sensitif”.

Maksud “tidak sensitif” yang dibawa oleh Syed Saddiq bolehlah kita fahamkan sebagai tidak sensitif kepada idolanya iaitu Mahathir.

Ini kerana idola dan dewanya telah membuat pendirian bahawa nama calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan tidak harus dinamakan kerana pada pendapat Pengerusi PPBM itu akan akibatkan perpecahan.

Dari awal lagi PH tidak pun berubah pendirian. Hanya sebab kemasukan Mahathir dalam Pakatan Harapan, maka Mahathir yang mahu Mukhriz jadi PM bagi Pakatan Harapan. Perpecahan berlaku dalam PH kerana virus agenda peribadi Mahathir.

Maka tiada apa yang tidak sensitifnya selain PPBM dan Mahathir sebagai “Johnny come lately” tetapi mahu merubah sesuatu keadaan.

Pendirian Syed Sadiq sama jugalah dengan pendirian Mukhriz yang mahu semua perkara harus dilihat dari sudut mereka sahaja dan bukan dari sudut orang lain.

Penting diri adalah sebahagian dari “trait” Mahathir dan mereka yang menyokongnya.

Pada entri terbaru Mahathir di blognya Chedet , yang berjudul “Penyokong Saya” jelas terlihat PPBM miliknya terdapat masalah berskala besar.

Terdapat perpecahan dan percanggahan walaupun dengan keahlian yang sangat kecil. Mahathir akhirnya akui PPBM, parti penuh bermasalah dan membawa masalah kepada PH.

Sebenarnya Mahathir dan Muhyiddin telah malu besar. Mereka telah dipermainkan dan diperbudak budakkan oleh Lim Kit Siang.

Selain dari terpaksa menandatangani petition mahu bebaskan Anwar, mereka juga terpaksa menahan malu berdiri sebaris dengan pemimpin komponen lain yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri ke7.

Walaupun Kit Siang , Azmin, Mat Sabu Wan Azizah dan seluruh kepimpinan Pakatan Harapan tahu Mahathir tidak setuju , mereka teruskan juga memalukannya.

Di akhbar hari ini, Mahathir memainkan lagu lapuknya dengan kenyataan kononnya pilihan calon Perdana Menteri PKR tempoh hari bukan mewakili hasrat Pakatan Harapan.

Siapalah Mahathir mahu perbodohkan atau siapa hendak ditipunya lagi, kerana pada majlis itu semua pemimpin wakil parti komponen sudah pun memegang plakad itu yang tidak memegangnya hanya wakil PPBM iaitu Mahathir dan Muhyiddin sahaja.

Inilah Mahathir , sama juga dengan pentaksubnya, selalu melihat keadaan hanya dari sudut mereka sahaja.

Kini , Mahathir mendapat masalah besar. Dalam parti bunga yang baru 230 hari, sedang berlaku konflik besar. Dalam PH pun sedang bergaduh dengan PPBM sebab calon PM. Dua konflik ini berlaku kerana virus Mahathir.

Nasib Mahathir bagai jatuh ditimpa tangga. Di Arab Saudi pula, Datuk Seri Najib terus diiktiraf suaranya di depan King Salman, Presiden Amerika dan seluruh pemimpin negara Islam lain.

Kepimpinan dan idea Datuk Seri Najib dihormati dalam pertemuan di Arab Saudi. Di sini, Mahathir dimalukan oleh PKR, DAP dan PAN.

Semua ini takdir dan ketentuan Allah SWT. Menjelang bulan suci Ramadhan, satu persatu kebenaran ditunjukkan Allah SWT.
3:28 PM | 0 comments | Read More

Mahathir Mudah Lupa, Siapa Sebenarnya Tidak Demokratik Masa Jadi PM

Written By Panglima Harimau on 05 April 2017 | 9:51 PM

Selama 22 tahun dia memerintah negara kita, Mahathir telah menunjukkan cara 'kuku besi' atau diktator sehingga menyebabkan dirinya digelar sebagai Mahazalim dan Mahafiraun oleh para penentangnya dahulu kala.

Sebulan yang lepas, Mahathir "di boo" dalam majlis otai reformasi. Laungan Mahafiraun dan Mahazalim kembali kedengaran.

Namun dia tidak sedar dan mungkin sudah lupa kezaliman yang dia telah lakukan kepada rakyat Malaysia.

Walaupun mungkin dia sudah lupa sejarah diktatornya sebagai Perdana Menteri, namun tidak bagi sesetengah rakyat di negara ini. Terdapat ramai lagi yang masih terasa kepedihan luka diktator ketika Mahathir memerintah.

Lihat sahaja, bagaimana dia menghalang gerakan 'Undur Mahathir' melalui Reformasi 98 dahulu? Bukan setakat gas pemedih mata, belati dan cota, namun sesiapa sahaja yang menunjukkan reaksi anti Mahathir akan diperlakukan dengan begitu 'kejam' sekali.

Jika manusia pun semasa itu sudah tiada kebebasan untuk bersuara walau sedikit, apatah lagi media. Dunia sendiri dapat saksikan bagaimana kebebasan media di Malaysia sepanjang 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir telah diperlakukan dengan begitu teruk.

Tidak kira apa bentuk media sekali pun, mereka tidak dibenarkan sama sekali menyiarkan perkara-perkara yang memburukkan Mahathir, waima sekadar menjentik hujung hidungnya.

Namun pada hari ini apabila pihak Polis menghalang dari sesi debat antara dirinya dengan Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan, Mahathir seakan-akan menyalahkan pihak berkuasa itu 100 peratus.

Dengan menggunakan pengaruhnya sebagai bekas Perdana Menteri, pemimpin diktator itu telah memainkan persepsi buruk kononnya negara ini sudah hilang demokratik.

Walhal dia lupa, apa yang berlaku sekarang ini jauh berbeza dengan apa yang pernah dia lakukan semasa pemerintahannya dahulu.

Jika Akta seperti ISA dan lain-lain hukuman tanpa bicara digunakan kepada sesiapa sahaja yang anti kepada dirinya, adakah itu disifatkan sebagai penuh demokratik dan terpimpin?

Mahathir mudah lupa. Dosa dosa lampaunya kini hantui hidupnya. Mahathir meracau apa sahaja demi mendapatkan kuasa. Apa sahaja yang dituduhnya umpama jari telunjuk lurus, kelingking berkait.
9:51 PM | 0 comments | Read More

Kisah Sebenar Kenapa Pembinaan Litar 1Kedah Lambat. @ahmadbashahBB @MukhrizMahathir

Written By Panglima Harimau on 10 March 2017 | 6:36 PM

Ramai rakyat Kedah yg taktau kisah sebenar kenapa Litar 1Kedah ini menjadi lambat. Malah ramai yg terpercaya setelah terpedaya dgn fitnah drp puak2 pemakan dedak bulanan Mukhris yg menyalahkan PM DS Najib yg sengaja tak bagi peruntukan akibat duit Malaysia dah habis nak bangkrap. Anehnya ramai yg hadam fitnah ni bulat2 tanpa sedikit pun rasa utk mencari info yg sebenar.

Litar 1Kedah ini merupakan salah satu drp 7 permintaan yg dibuat oleh anak muda Kedah ketika DS Najib turun ke program 20k Anak Muda Kedah Bersama PM di Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti pada tahun sebelum PRU13 lepas. DS Najib ketika berucap merasmikan program tersebut telah menyatakan persetujuan terhadap permintaan untuk pembinaan Litar 1Kedah dan beberapa permohonan yg lain. Atas sebab itu Litar 1Kedah menjadi salah satu janji dalam manifesto BN Kedah pada PRU13 yg lepas.

Ketika itu DS Najib dimaklumkan yg Litar tersebut sekadar litar untuk kegunaan anak2 muda Kedah yg minat dalam sukan permotoran dan bagi me mengelakkan mereka drp terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalanan. Jadi Litar tersebut adalah Litar Rakyat utk rakyat Kedah bukannya litar bertaraf antarabangsa seperti di Sepang. Sebab itu DS Najib meluluskan permohonan drp anak muda Kedah yg disampaikan oleh Presiden MBN Kedah ketika itu Ku Iskandar.


Malangnya..selepas BN berjaya menang dan Mukhris diangkat jadi MB (atas permintaan bapaknya sendiri), tiba2 Mukhris ubah perancangan untuk Litar 1Kedah itu. Drp asalnya sebuah litar rakyat utk kegunaan anak muda Kedah telah bertukar menjadi litar antarabangsa seperti di Sepang. Malah Mukhris sudah pun pandai2 pi bagi kat syarikat yg dijaga oleh abgnya secara direct nego utk projek Litar 1Kedah itu. Kos yg dipohon oleh Mukhris kepada Kerajaan Persekutuan utk bina Litar 1Kedah itu adalah RM8O juta. Satu jumlah yg sangat besar. Lebih teruk lagi adalah kos utk penyelenggaran litar tersebut adalah sebanyak RM22 juta setiap tahun yg sudah pasti akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jadi..dari tahun 2013 hingga 2016 Mukhris dok main tarik tali dengan projek Litar 1Kedah ini. Inilah yg menjadi PUNCA sebenar kenapa pembinaan Litar 1Kedah ini tertangguh lama! Mintak nak buat Rumah Mesra Rakyat pastu bila dah setuju terus tukaq nak buat rumah banglo mahligai..pastu kontraktor bina rumah bagi kat abg sendiri. Nampakkkkkk???

Allah Maha Besar!!! Apabila Mukhris letak jawatan (bukan kena buang) drp jawatan MB setelah semua ADUN2 BN,EXCO2,Ketua2 Bahagian UMNO dalam Kedah hilang kepercayan kepada kepimpinan Mukhris dalam mengemudi negeri Kedah dan UMNO Kedah..dan digantikan dengan DS Diraja Ahmad Bashah..byk perkara yg gagal diselesai oleh Mukhris berjaya diselesaikan oleh DS Diraja Ahmad Bashah. Contohnya..seperti Litar 1Kedah inilah. Akhirnya Litar 1Kedah menjadi kenyataan apabila Kerajan Persekutuan meluluskan RM30 juta bagi pembinaan Litar 1Kedah ini di Sungai Petani. Perkara ini diumum sendiri oleh DS Najib malah DS Najib sendiri diminta datang merasmikan majlis pecah tanah oleh DS Diraja Ahmad Bashah yg dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Inilah yg membuatkan Mukhris dan pemakan2 dedaknya meraung marah dan kecewa kerana tidak menyangka yg DS Diraja Ahmad Bashah yg sebelum ini mereka hina sebagai Mat Lena berkelulusan SRP mampu menyelesaikan isu Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah ini dalam masa tak sampai setahun menjadi MB Kedah. Sebab itu pada mulanya penjilat Mukhris Mie Daim dalam satu ceramah parti Bunga berkata pengumuman bina Litar 1Kedah itu sebagai bohong. Lepas kata bohong pemakan2 dedak Mukhris kata sebenarnya Mukhris yg buat semua itu dan peruntukan rm30 juta tu pun hasil duit pampasan tanah oleh syarikat St Regis yg mai bina hotel di Langkawi.

Nampak dak betapa tertekannya Mukhris dan pemakan2 dedaknya dlm isu Litar 1Kedah ini. Mula depa kata bohong pastu depa mengaku semua tu depa yg buat. Hakikat yg HARUS rakyat Kedah tahu..selama 3 tahun Mukhris jadi MB..tak pernah sekali blueprint litar,proses pengambilan tanah dibentangkan kepada rakyat. Kini bila Litar 1Kedah sudah hampir pasti jadi kenyataan baru nak mengaku kata dia dah buat. Kalau betul Mukhris dah buat semua ini..dlm masa 3 tahun jadi MB sudah tentu Litar 1Kedah itu sudah siap atau hampir siap pembinaannya. Akhirnya Mat Lena yg berkelulusan SRP la yg berjaya sekolahkan Mukhris anak mantan PM paling berkuasa selama 22 tahun tentang bagaimana mahu menjadi seorang pentadbir yg mampu selesaikan masalah rakyat. Nampakkkk???


Apa yg pasti..DS Diraja Ahmad Bashah bukan saja akan diingati sebagai orang yg berjaya merealisasikan pembinaan Litar 1Kedah untuk anak muda Kedah tapi DS Diraja Ahmad Bashah juga akan diingati sebagai hero yg berjaya menyelamatkan RM50 juta wang rakyat drp masuk ke kocek konsyaitan kroni pihak tertentu..malah DS Diraja Ahmad Bashah juga berjaya menyelamatkan RM22 juta setahun wang rakyat Kedah drp dibazirkan oleh org yang tak pernah mengenal erti kesusasahan rakyat marhaen seperti kita semua. Tabik spring buat Tok Bashah! Salute selamanya dan 2 ibu jari ke atas kepada Hero Rakyat Kedah yg sebenar!!!

"BILA BASHAH MEMERINTAH BOBOI MULA MELATAH" - Wan Suhaijie Aupn
6:36 PM | 1 comments | Read More

Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST Dan Hutang Tinggi?

Written By Panglima Harimau on 02 March 2017 | 10:31 AM

Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.

Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.

Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.

Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.

Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.

Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.

Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara.

Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.

Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?

Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.

Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila kerana menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.

Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?

Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.

Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.
10:31 AM | 0 comments | Read More

Adik Bekas Exco Perak Fitnah Kementerian Kesihatan Malaysia

Written By Panglima Harimau on 14 February 2017 | 6:57 PM



Jika anda mengikuti perkembangan politik di Negeri Perak selama ni, pasti anda mengenali perempuan yang bernama Hamizura Osman dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), adik dan juga pegawai khas kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang ditolak rakyat di DUN Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman yang kini Naib Presiden PPBM. Bermacam-macam gelaran yang diberikan pada beliau terutama sekali "HAMIZURA %" kerana dikabarkan beliau suka minta % pada setiap syarikat yang dapat projek melaluinya kakak beliau ketika menjawat jawatan exco. Selain dengan gelaran Hamizura %, beliau juga terkenal sebagai seorang PENIPU dalam projek Putu McBamboo


Dan kali ini beliau cuba untuk mengfitnah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Cara fitnah dari Hamizura ini sebenarnya hanyalah untuk menimbulkan kebencian serta panik di kalangan pesakit. Sebenarnya fitnah dengan Hamizura tidak boleh dipisahkan dan ia telah menjadi sebati dalam diri beliau.


Bagi menjawab fitnah Hamizura Osman atau Hamizura % atau Hamizura Putu, seorang doktor perubatan iaitu Dr. Aznil Hashim tampil membuat penjelasan sebenar.


PPBM semakin terdesak mencari sokongan rakyat menjelang PRU14 apabila masalah dalaman sekutu politik mereka semakin meruncing. Inilah mentaliti PPBM yang sanggup memfitnah apa sahaja asalkan dapat menjatuhkan kerajaan. KKM perlu mengambil tindakan menyaman Hamizura kerana kenyataannya berniat jahat serta menjatuhkan kredibiliti kualiti ubat yang dibekalkan KKM kepada rakyat Malaysia.
6:57 PM | 0 comments | Read More

Kosmetik @dapmalaysia

Written By Panglima Harimau on 12 February 2017 | 9:00 PM

DAP sanggup melutut; tapi setelah dapat kuasa dan memastikan matlamatnya tercapai, DAP sanggup membuang penentang termasuk kawan. Lihat di Pulau Pinang, DAP yang berkuasa penuh membuang orang-orang Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri.

TETAPI lain pula di Selangor, DAP tetap mengekalkan ker­jasama dengan Pas. Sebenarnya DAP berada di Selangor ada­lah bagi mengawal Pas dari berkuasa. Namun Pas tidak akan akur. Mereka tidak akan tunduk kepada DAP. Biarlah PAN yang memang parti asuhan DAP terus duduk di ketiak parti roket itu.

BAGI memulihkan imejnya yang semakin rosak di mata orang Melayu dan Islam. DAP akan menggunakan strategi kosmetik. Mereka menggunakan orang-orang tertentu untuk dipancing me­nyertai DAP. Anak muda di universiti dipupuk supaya anti kerajaan; mereka dilihat sentiasa didekati oleh DAP.

BEBERAPA ‘selebriti politik’ berpotensi dilihat mudah untuk menyertai DAP. Antaranya Zaid Ibrahim, bekas menteri Kabinet. Saifuddin Abdullah yang keluar UMNO. Khairuddin Abu Hassan pengasas penubuhan PPBM yang kemudiannya meningalkan parti tersebut. Terbaharu ialah Ezam Mohamad Noor - anak katak 6 kotak!

JALAN MUDAH untuk memancing mereka ini ialah dengan memberikan jawatan dan kerusi pilihan raya. Satu-satunya parti yang mampu berbuat demikian ialah DAP. Tambahan pula DAP sedang kemaruk melihatkan wajahnya sebagai parti berbilang bangsa.

SEMUA orang tahu DAP adalah 'taiko besar’ yang mengetuai pembangkang. PPBM walaupun dipimpin oleh Tun Dr.Mahathir tetapi beliau tidak ada kuasa. Mahu bercakap banyak pun PPBM bukannya hebat. Kerusi yang adapun milik UMNO.

SEBENARNYA DAP yang mencipta ilusi. Ada yang termakan dengan tipu helah dunia ilusi DAP ini. Itu sahaja yang mampu DAP lakukan. Hendak berlawan dengan track record dan fakta tak mampu, jadi lebih baik bermain ilusi. Akhirnya negara ini yang rugi. Akhirnya yang kalah jadi abu, menang jadi arang.
9:00 PM | 0 comments | Read More

Isu Sebenar Tentang Syarikat PROTON

Written By Panglima Harimau on 06 February 2017 | 6:11 PM

Proton merupakan sebuah syarikat SWASTA, BUKAN SYARIKAT KERAJAAN. Untuk menjadikan Proton lebih berdaya saing, Proton kena cari rakan teknikal. Carila sesiapa pun. Proton yang perlu cari dan buat keputusan siapa RAKAN TEKNIKAL mereka. Bukan keputusan Kerajaan pun.

Isu Proton:

Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu antara 10 terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambil alih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambil alihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Dr Mahathir, pencetus dan pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Satu lagi, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan "preference shares" yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM.

Perkara yang perlu diambil maklum: Pertama, Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Kedua, Kerajaan Malaysia sudah "bail-out" Proton dengan memberi pinjaman/suntikan modal tunai berjumlah RM 1.5 billion.

Tidak sepatutnya timbul sebarangan persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia "menjual" pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM.
6:11 PM | 0 comments | Read More

Popular Posts