Adakah Benar DAP Parti Untuk Semua Seperti Didakwa Nga Kor Ming ?

Written By Panglima Harimau on 26 August 2013 | 2:01 PM


Diatas adalah gambar terbaru yang dipost di akaun facebook dan twitter pemimpin DAP Nga Kor Ming. Bagi yang selalu mengikuti akaun facebook dan twitter Nga, korang akan perasan dia selalu post aktiviti yang dia buat walaupun perkara tersebut tidaklah seberapa. Orang Melayu kata asyik mengungkit benda yang dibuat.

Nga dan konco-konconya sememangnya dikenali dengan propaganda-propaganda sebegini. Tujuannya mudah, hendak yakinkan pengundi Melayu kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.

Tetapi benarkah begitu?

Sejarah membuktikan DAP bukanlah parti untuk semua kaum seperti yang diuar-uarkan. Tetapi mereka selalu menampilkan 'lakonan' di pentas-pentas ceramah untuk kelihatan seperti berjuang untuk semua kaum.

 

Mari kita imbau kembali peserta gambar diatas. Gambar tersebut dirakam pada 31hb Mei 2011. Ceritanya Nga Kor Ming menyampaikan sumbangan RM 500 kepada Puan Shakinah binti Abdul Latif di Rumah Murah Ayer Tawar, Perak.

Lihatlah bagaimana biaDAPnya Nga Kor Ming memakai kasut masuk dalam rumah orang melayu. Ntah tempat yang dipijak dengan memakai kasut tu tempat orang dalam rumah tersebut sembahyang ke, kita pun tak tau. Dalam gambar yang sama ada beberapa orang cina lain yang kelihatan, kesemua mereka membuka kasut, hanya Nga Kor Ming saja yang memakai kasut.


Selain dari itu, Nga Kor Ming juga pernah menghina Menteri Besar Perak, Dr Zambry dengan gelaran hitam metalik ketika dia satu ceramah di Perak pada 9 Nov 2011.

Penolakan majoriti orang Melayu di Perak terhadap DAP pada PRU13 yang lalu tidak menginsafkan pemimpin DAP seperti Nga.


Buktinya, Baru-baru ini dia sengaja nak menyakitkan hati orang Melayu apabila desak Jabatan Peguam Negara campuri urusan pentadbiran agama Islam di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak berhubung peruntukan mengenai persetujuan ibu bapa memberi izin menukar status anak di bawah umur kepada Islam.

Sedarlah wahai orang Melayu semua.  Jangan hanya menilai sesuatu hanya melalui gambar kerana DAP dan konco-konconya tidak pernah berjuang untuk semua kaum terutama orang Melayu.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..

1 comments:

Anonymous said...

Dogs And Pigs not for Malays.

Post a Comment

Popular Posts