Filem Tanda Putera Bongkar Sikap Perkauman DAP Yang Sebenar?

Written By Panglima Harimau on 26 August 2013 | 5:54 PM


MARAH benar YB Lit Kit Siang fasal filem cereka, Tanda Putera yang akan ditayangkan 29 Ogos ni. Katanya, filem itu patut diharamkan kerana bersifat menghasut , berbaur perkauman dan boleh mencetuskan perbalahan kaum.

Kit Siang juga sangat tidak senang satu babak seorang lelaki kencing di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang dikatakan ada dipaparkan dalam Tanda Putera, filem arahan seorang pengarah Melayu, Shuhaimi Baba. Kata Kit Siang, ia bukan kebenaran sebaliknya cerita palsu ciptaan kerajaan untuk dikaitkan dengan tragedi 13 Mei 1969.

Ramai yang meminta Kit Siang tengok dahulu filem itu, kenapa hendak gelabah sangat?

Saya percaya, penerbit boleh memilih untuk memaparkan adegan yang berkait sebab-sebab sebenar perisitiwa 13 Mei. Penerbit juga boleh menayangkan adegan kisah benar orang-orang Cina membawa penyapu, simbolik mahu menghalau orang Melayu ketika itu.

Bayangkan juga kalau penerbit mengambil laporan Mageran yang pernah mengungkit perisitiwa pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang mengenai ungkapan “Mati Melayu" selain cercaan peserta perarakan yang menyebut “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu” dan “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Adakah Kit Siang rela jika semua 'kebenaran-kebenaran' ini dipaparkan dalam Tanda Putera? Saya mahu percaya bahawa Kit Siang sedar betapa semua kebenaran ini jauh lebih 'berbahaya' daripada adegan seorang lelaki kencing di hadapan sebuah rumah.

Tidak tahulah kalau Kit Siang sendiri sememangnya mempunyai niat untuk menutup apa juga ruang untuk memungkinkan rakyat mengetahui cerita-cerita benar di sebalik kejadian 13 Mei.

Saya hairan, dalam Kit Siang menghentam Tanda Putera, tidak pula beliau berselera untuk bercakap tentang The New Village (TNV), filem yang secara terang-terang mengangkat pejuang komunis sebagai hero. Adakah tidak terlintas langsung di benak fikiran Kit Siang betapa filem arahan Wong Kew Lit itu seolah-olah mahu memadam atau setidak-tidaknya mengaburi hakikat kekejaman komunis di negara ini satu ketika dahulu?

Lebih pelik, Kit Siang tidak terlintas langsung untuk mengulas filem 'Kara King' arahan penerbit kontroversi, Namewee memaparkan babak dia sedang kencing dan terkena kepada satu pasangan Melayu yang sedang menaiki motosikal? Pasti menjadi satu kejanggalan jika tidak terjentik langsung sensitiviti Kit Siang untuk mentafsir babak itu sebagai sesuatu yang bersifat perkauman.

Ini masalahnya kalau semua perkara mahu dilihat dari sudut politik sempit. Segala-galanya mahu ditafsir bersandar kepentingan politik kepartian. Teringat kata seorang rakan FB dalam statusnya hari ini yang berbunyi:

"Filem Tanda Putera dia (Kit Siang) nak balun sangat, filem komunis (TNW) dan Kara King dia buat bisu. Kenapa? Sebab pengarahnya orang Cina??"

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts