Hadiah Istimewa @cmlimguaneng Kepada Seluruh Rakyat Pulau Pinang.

Written By Panglima Harimau on 24 August 2013 | 5:05 PM


Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng memberi satu hadiah yang sangat istimewa buat seluruh rakyat Pulau Pinang. Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (BPAPP) akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini.


Walaupun pada tahun 2011 beliau pernah memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air di Pulau Pinang, itu semuanya hanya janji palsu. Selepas menang pertahankan Pulau Pinang pada PRU13, semua janji hanya tinggal janji. Apa pun, tahniah tahniah dan taniah diucapkan pada seluruh rakyat Pulau Pinang diatas hadiah yang sangat istimewa ini.

3 comments:

Anonymous said...

good

Anonymous said...

Tabung Haji makin lama makin parah , tambah-tambah sekarang Azeez Rahim jadi pengerusi . Dulu aku dengar banyak orang dok bercakap belakang pasal pegawai-pegawai kat Tabung Haji, ada beberapa spesies korup, penting kroni dan kaki sakau. Hang pa cuba teka Azeez Rahim yang dah jadi pengerusi Tabung Haji tu dalam kategori mana satu ?

Ni nak tanya kat Azeez Rahim , betul ka CEO Tabung Haji Real Estate yang beroperasi kat Arab Saudi tu kawan baik pada Jasmi Ismail iaitu abang kepada Ismee Ismail ?? Ini sudah dikira KRONI ! Hang cuba-cuba nak cover ... Ismee Ismail ka dok control Azeez Rahim atau Azeez Rahim yang dok kontrol Ismee Ismail . Peduli la.. yang aku tau dua-dua masyukkk. http://no2azeezrahim.blogspot.com/

The Didi Butter said...

Sekiranya surcharge pulau pinang naik menjadi rm0.48/m3
35m3 x 0.31=rm10.85
1.54m3 x 0.48=rm0.74
Jumlah bil=rm11.59

Maka kenaikan 37sen jika surcharge yang baru dikenakan..

Untuk jumlah penggunaan air yang sama bagi negeri:

Selangor (tarif rm0.77/m3, percuma 20m3)
36.54m3 - 20m3 = 16.54m3
16.54m3 x 0.77=rm12.74
Jumlah bil=rm12.74

Negeri Sembilan (tarif rm0.68/m3)
36.54m3 x 0.68=rm24.85
Jumlah bil=rm24.85

Kesimpulan bagi jumlah yg sama (16.54m3), jumlah bil:
Penang (surcharge lama) = rm11.22
penang (surcharge baru) = rm11.59
selangor = rm12.74
negeri sembilan = rm24.85

Kenaikan surcharge ini didapati tidak membebankan majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi hanya mempengaruhi bil air pengguna yg menggunakan air secara berlebihan yang rata-ratanya pengguna yg bergaji besar seperti yg mempunyai kolam renang dan sebagainya.

Kita tggu pula kadar kenaikan bil elektrik dan try kira mcm ni nnti..

Post a Comment

Popular Posts