Kenapa Kereta Proton Di Australia Lebih Murah Daripada Proton Di Malaysia?

Written By Panglima Harimau on 21 August 2013 | 5:59 PM


GAMBAR diatas adalah propaganda yang sedang meluas dikongsi di FB. Ia disebarluaskan untuk menghasut kebencian terhadap Proton dan kerajaan dengan menggunakan data yang cukup mengelirukan. Sebelum kita membuat penilaian, ada baiknya kita membuat analisa secara objektif.

Persoalannya, adakah benar kereta Preve lebih murah di Australia berbanding Malaysia? Jawapannya adalah Ya dan Tidak. Ia adalah lebih murah di Australia kerana cukai tidak dikutip sepenuhnya ketika pembelian dibuat.

Di Malaysia, kereta Proton juga tertakluk kepada cukai eksesais walaupun cukai import bagi Proton adalah lebih kecil.

Tahukan anda bahawa di Malaysia, kita memberi subsidi petrol tetapi di Australia, bukan sahaja petrol tidak disubsidikan, malah mereka mengenakan dua jenis cukai eksais petrol dan kemudian GST petrol?

Ini bermakna, setiap kali anda mengepam petrol atau memandu, kerajaan Australia mengutip cukai daripada anda. Petrol di Australia adalah kira-kira RM4.46 seliter berbanding RM1.80 seliter di Malaysia. (Semua harga berdasarkan negeri Victoria. Sydney adalah lebih mahal)

Cukai jalan di Australia pula adalah kira-kira RM2,100 setahun manakala Malaysia adalah RM90 untuk model ini Proton Preve. Insurans di Australia adalah RM2700 setahun berbanding hanya RM1700 setiap tahun di Malaysia.

Jika dibuat pengiraan, purata 20,000 km perbatuan setiap tahun, pembelian Proton Preve adalah masih murah di Malaysia. Pada tahun pertama, Proton Preve (Australia) adalah RM61,805,23. Proton Preve (Malaysia) adalah RM61,336,80.

Selepas tiga tahun, Proton Preve (Australia) adalah RM89, 376,83. Proton Preve (Malaysia) adalah RM72, 203,40. Perbezaan ini adalah lebih besar jika anda membandingkan model yang lebih murah seperti Saga atau Gen2.

Apapun, diharap Kerajaan BN akan menepati janji mereka untuk mengurangkan harga kenderaan Malaysia sebanyak 30% dan ini akan meningkatkan lagi perbezaan.

Jangan bandingkan dolar untuk dolar kerana kita juga perlu membandingkan cukai Australia dan juga lebih tinggi (dijangka akan menjadi lebih tinggi tahun ini) kadar pengangguran dan kepesatan ekonomi mereka. Dalam soal ini, proton juga tentunya mengambil kira faktor-faktor ini bagi memastikan jenama dan produk mereka boleh berkembang di luar negara termasuk Australia.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

29 comments:

Anonymous said...

jika nak banding banding kenapa tak banding kulit orang afrika dengan orang. putih? kenapa cina mata sepet india mata bundal? kenapa ada orang suka banding2? kalau orang yang suka banding2 bagi yang boleh berfikir akan menunjukkan bagaimana iq yang rendah

Anonymous said...

apa kena mgena proton dgn harag minyak?
skrg proton yg letak harga..proton tak jual minyak..proton tak jual insuran..
proton jual kereta..
persoalan bukan psl hrga myk atau harga insuran..
persoalan adalah,kenapa proton jual murah kt sne,tapi jual mhl kt cni..
proton bukan dpt pun untg miyk dn insuran kt sne..

artikel ni,utl budak tadika boleh la nk spin balik..haha

Anonymous said...

kena la banding dollar to dollar, bukan dorang keja australia dibayar gaji RM beli barang AUD, diorang dibayar gaji AUD, beli barang AUD...

kalau banding macam nie , banding je dengan GBP,
lagi nampak murah barang2 kita...

tlg la jgn cetek fikiran sgt...btw kereta tak penting pn..

banding beli makanan mcd , dekat sana jual GBP4.19 je utk BigMac medium extra value meal, dengan gaji GBP2000, dah ok dah, sini fresh grad gaji RM2000 beli McD BigMac tak kurang rm10 value meal.

Average fresh grade salary di UK adalah 25k per year = 2083 / 4.19 = 497 Big mac value meal (M), meanwhile in Malaysia, RM2083 / 12.25 = 170 Big Mac Value Meal(M..

U got more Big Mac per month in UK than Malaysia OK!!

Anonymous said...

kalau u alls convert trus ke dolar dr rm n claim kt mlysia kereta mahal hrganya. u alls mmg jelas2 nmpk stupid.. sbb cukai kereta kt stiap negara x sama. well go read some more b4 typing comment!

Anonymous said...

apsal x banding harga proton kat arab saudi? harga minyak lg murah kat sane..

Anonymous said...

setiap negara ada sytem masing2 utk mencorak ekonomi negara tak perlu dipertikai sebagai contoh jika diberi produk A harga mahal tetapi produk B harga murah jika dinegara lain mgkin B harga mahal tetapi produk A murah..pusing mcm mana pon sama saja.kita tak boleh samakan percaturan ekonomi di sesuatu negara sama mcm kita..kenapa xnak pertikai di eropoh kenapa gandum mknan utama kenapa kita makan nasi sbg manu uatama. begitu lah sebaliknya..artikel tu budak tadika pon paham tp aku heran mengapa ada org tua yg terpelajar tak faham..

Anonymous said...

pandangn masyarakat kita ni sempit sebenarnya lebih suka dgr org cakap xnak p cari fakta..last kena tipu..contoh soal minyak suka bandingkan negara luar yg lebih murah harga tanpa dorg kaji pengeluaran minyak sehari dalam negara dgn kapasiti pendduk di sesebuah negara.

Anonymous said...

soalnya harga yg org belilah bodoh..bukan sibuk compare rodtax minyak bagai...apasal diorg beli murah,ko dudk tepi kilang proton beli mahal...kerajaan aus mesti dah cukai jugak sebelum masuk sana...so berapa rega kosong keta ni?

rm15k?

Nizam said...

Kalau compare dollar to dollar, jangan convert rate, owning car is a lot cheaper kat Australia. Contoh, bandingkan individu A bergaji RM 3,000 dengan individu B bergaji AUD 3,000. Monthly installment utk individu A jika loan 5 tahun dengan anggaran interest 2.99% dan 10% deposit ialah RM 1,133.43 (37.78% dari gaji). Manakala individu B pula, loan 5 tahun, interest 7.99%, 10% deposit, monthly installment AUD 453.15 (around 15% dari gaji).

Anonymous said...

Ada duit cukup beli.. Tadak duit tengok sudah la.. Apa pasai busuk sgt hati? Kalau beli kereta pun bising nnt mau isi minyak lagi roadtax lagi insurans lagi.. Apa daaaa servis lagi, semua tu duik brO..

Anonymous said...

aku mau berhijrah ke australia, keta proton sana murah!!!

Anonymous said...

sebab kat sana kereta proton tak banyak terjual kat sini dah terjual cecah jutaan unit :). mai-mai banding jenama kereta lain di sana dengan jenama kereta lain di sini pulak. Pi mai pi ma tang tu jugak...

morovlizki said...

jangan tular matawang kalu nak buat perbandingan....bandingkan kuasa membeli mereka berdasarkan gaji mereka dan taraf hidup mereka disana.kenapa perlu tukar kpd rm?yang aku tau....pekerja mekdi disana gaji mereka 3000usd.

http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/harga-petrol-di-malaysiamahalgaji.html

morovlizki said...

http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/harga-jualan-kereta-di-malaysia-terlalu.html

tun jejung said...

Bodohnya nak kaitkan harga minyak dgn kereta..mslh skrg kenapa proton jual murah dan mbantu rakyat negara luar? Rakyat negara sendiri beli produk sendiri dgn harga yg mahal..dpat menteri2 bangang terpalit la beberapa rakyat yg bongok.

Anonymous said...

Perbandingan ni tak tepat , kalau compare antara negara , tak perlu tukar currency. Compare pakai purchasing powers mcm ramai yg explain kat atas ni pakai percentage. (Bukan pakai sentimen k) Lepas tu kenapa dok masuk pulak pasal minyak. Tu isu lain bro. Rakyat yg marhaen n susah nk beli kereta pon susah , dorg nak beli kereta saga persona gitu je pon , bukan nak angkat bmw Z4 tros. Cukai eksais untung 12 bilion eyh. Pastu 12 bilion lah dapat kat jabatan perdana menteri dlm bajet 2014. Mana org x marah.

Anonymous said...

16 bilion lah , makin org marah. 12 bilion tu sebelum ni , dah nek 4 bilion. Byknya lah 16 bilion tu , gaji major rakyat msia RM36k setahun standard. Dy boleh kasi amik 16bilion tu. Rasanya kalau 1 bilion pon banyak dah nak urus jabatan lawatan pakaian rumah tggjawab etc PM selama setahun.

Wan EG9 said...

mestilah kena cukai, sbb proton tergolong dalam kategori kereta import di Australia. cuba admin buat perbandingan gaji rakyat australia dengan rakyat malaysia pula.

Anonymous said...

Wan eg9 so ko nak citer pe ni? Duit gaji ke harga kete? Yg jd isu kate proton jual mahal, mne de mahal same je, xde la proton nak bt keje gile mcm tu

Anonymous said...

Senang je. ada australian migrate keje mcd jd pelayan kat malaysia tak?.. xda kan.. malaysian keje kebun buah pun sanggup ke australia tau. so agak2 sara hidup australia sesusah kat malaysia ke? sila jawab!

Anonymous said...

Harga kereta Proton Preve di Australia ternyata lebih murah berbanding di Malaysia. Ini adalah fakta. Tidak ada spin. Tambahan matawang Australia yang lebih tinggi, kuasa membeli yang tinggi, dan citarasa yang rendah, memberikan mereka pilihan untuk membeli Preve. Orang di Malaysia, dengan kuasa membeli yang rendah, matawang yang lemah, telah meletakkan harga Preve setaraf dengan kereta Kia K3. Adakah Preve ini bagus sangat? Menurut Mahathir di blog beliau http://chedet.cc/?p=1265#more-1265, ya ia adalah kereta berkualiti yang mematuhi piawai Euro 5, dan wajarlah rakyat membayar lebih untuk kereta ini. Kalau jual murah nanti siapa nak bayar gaji 250,000 orang pekerja Proton?

Azhar Mat Zin said...

ini ap punya perbandingan convert AUD ke RM..ngok!..aku dulu keja basuh pinggan kt australia..gaji pun ad minimum wage bro..sejam diorg bayar 21 dollar..kalo keje basuh pinggan dia da byr 21 dollar sejam..ko x nak tanya berapa Govermnt Servant diorg dpt?..nk compare petrol..sana diorg apungkan..plg mahal penah naik pun AUD1.53 seliter..ko x nk citer psl tol?..ak drive 297 kilometer (canberra ke sydney)..tol one way AUD6 dollar lebih je bro..Malaysia adooo??...

azhar said...

kau pergi Australia..beli kereta Proton kat sana...kan murah...

azhar said...

Kalau kita tak suka jangan beli...sekarang banyak pilihan....rasa rasanya Proton pun tak pernah paksa kita beli kereta Proton kan...

Anonymous said...

Kite cite psl harga kete kenapa mahal..ko ni melalut ape bingai

atan said...

Bapak meniaga nasi ayam. Jual kat anak RM5 sebungkus. Tapi jual kat jiran RM3 je sebungkus. Gitu la kebih kurang congak cara simple marhaen

Anonymous said...

Kereta malaysia setaraf BMW... phuiiiiii!!!!! Sape pakai poton prebet meh tuka ngan m5 aku suke same suke...

Anonymous said...

Hang ni kena pi MELANCONG kat negara orang baru la hang dapat bandingkan segala bagai... Hang tak pernah travel tengok negara orang nehhh... Jangan hilang akal...

Anonymous said...

Kenape pang5 rimau bodoh sgt?bodoh tahap kaldai? nk banding harga kereta dan minyak dgn negara yg xde kluar minyak dgn kluar keta?kita negara pengeluar.mmg rakyat marah la dgn umno sbb bebankn rakyat dgn ni sume.patutnye keta n minyak di malaysia mutah sbb kite kluarkn sdri.bkn import dari luar.kite ekspot lg ade.ini harga brg2 pun ikut naik sbb harga minyak n kenderaan mahal.pengusaha n pemborong gunakan alasan itu sume.dgn cukai pun tinggi.secara automatik harga keta pun tggi la.klu keta import boleh la kite terima lg.ni harga proton pun mrlebihi krta import, ape citrr bro? mmg kerajaan nk untung atas kesempitan rakyat la...itu yg panglima kata keta n minyak murah dari ausyralia..buka minda sikit.kaji dgn mendalam.bukan dgr citer menteri2 umno tu....

Post a Comment

Popular Posts