Kes Altantuya : Keputusan Mahkamah Dan Hipokrasi Pembangkang

Written By Panglima Harimau on 23 August 2013 | 1:00 PM

Inilah Tweet terbaru Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung kes bunuh Altantuya Shaaribu.

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu. Boleh baca di [BeritaHarian]

Kalau semalam pemimpin PR dilihat membisu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada umat Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah, tetapi nampaknya Rafizi dan rakan-rakan PR lebih berminat dalam isu ini. Kita sedia maklum PR sebelum ini bermati-matian mahu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan keluarga DS Najib Tun Razak walaupun sehingga kini tiada bukti konkrit untuk menyokong fitnah tersebut.

Kalau baca Tweet ini, kita boleh mengandaikan Rafizi seolah-olah cuba mempersoalkan keputusan mahkamah.

Saya faham kalau Rafizi berminat dalam isu ini kerana ia adalah kes berprofil tinggi. Tetapi kes ini baru sahaja diputuskan, belum ada laporan terperinci daripada mana-mana media mengenainya termasuk faktor kenapa mahkamah buat keputusan sedemikian, tetapi Rafizi dan konco-konconya sudah buat bermacam andaian.

Sudah menjadi kelaziman, kalau mahkamah memihak kepada pembangkang, Rafizi dan konco-konconya bersorak gembira, tetapi kalau sebaliknya, mereka berlumba-lumba mempersenda mahkamah dan tuduh mahkamah "sudah dicucuk hidung".


Bagi pembangkang, mahkamah adalah adil apabila membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari walaupun ramai beranggapan barisan pendakwaan ketika itu berjaya membuktikan adanya sampel air mani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Ini bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Tetapi, ketika itu, semua itu tidak menjadi hal kepada pembangkang. Malah, DS Anwar Ibrahim ketika itu memuji dengan mengatakan kononnya mahkamah kita sudah bebas daripada cengkaman kerajaan. Tuduhan mengatakan pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi politik terus lenyap begitu sahaja.

Bagi pembangkang, mahkamah juga adil apabila pemimpin mereka menang ratusan ribu ringgit dalam kes-kes saman melibatkan media, walaupun rata-ratanya bersifat teknikal. Masa itu, tiada pula suara-suara mengatakan mahkamah dicucuk hidung.

Apapun, biarlah kita tunggu apa perincian keputusan terbaharu mahkamah hari ini. Kita kena bersifat objektif dan tidak membuat penilaian bersandarkan motif politik semata-mata. Hormatilah institusi kehakiman.

Nota: Ketika mahkamah membebaskan Anwar dahulu, Rafizi dan konco-konconya tidak pula membuat Tweet begini:

"Shock & Horror Saiful Sodomy case: Initially there is penetration, now there's not even sodomite. Who sodomizing Saiful Bukhari? Even Detective Conan can not solve this case"

2 comments:

Anonymous said...

Shock and horror, he sodomises him, no case. he fucks her on video, even Lebai PAS says no, that's not him. He mouth kissing another man, they says 'common, that's not him you moron'. this kind of thing only happens in this country...nanti di Mahkamah Masyar there will another court where none of them can lie anymore.

no2azeezrahim said...

Salam tuan, mohon tuan pautkan link blog saya , http://no2azeezrahim.blogspot.com/ . Dan link blog tuan saya telah pautkan di blog saya. Terima kasih.

Post a Comment

Popular Posts