Kesabaran Umat Islam Dicabar Lagi : Konco-Konco Pembangkang Mahu Gerakkan Semula Penubuhan IFC

Written By Panglima Harimau on 21 August 2013 | 8:25 PM



Umum mengetahui mahkamah semalam menolak rayuan pergerakan Seksualiti Merdeka gagal bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011.

Umum juga mengetahui pergerakan tersebut berjuang untuk ‘menghalalkan’ hubungan sesama jenis atas alasan hak asasi manusia. Mereka tegar memperjuangkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Mereka menuntut Malaysia menjadi sebuah Negara demokrasi yang progresif dengan melindungi golongan ini yang digelarnya sebagai “minoriti seksualiti”

Umum juga tahu pergerakan ini turut didukung oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S.Ambiga, malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah dilaporkan secara terbuka menyokong usaha Ambiga untuk membela golongan parasit agama ini.

Ketika usaha golongan ini meratapi keputusan mahkamah rayuan, seorang lagi anggota Majlis Peguam, Malik Imtiaz Sarwar mengeluarkan kenyataan yang wajar diambil perhatian serius seluruh umat Islam di negara ini.

Malik Imtiaz dalam laporan malaymail online semalam menyeru supaya usaha mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang ditolak oleh kerajaan pada 2005 dihidupkan semula. Malik Imtiaz memberi alasan isu-isu agama yang timbul kebelakangan ini menjadikan masyarakat Negara ni seolah-olah “sudah tidak toleran dan sangat berpecah-belah”.

Malik dalam laporan itu dipetik berkata:

"The proposed commission was meant to be an independent, statutory body (created by law), accountable to Parliament. Its main object was to enquire into matters of infringements of religious harmony with a view to assisting the Executive in shaping policies through objective, non-partisan reports on the state of affairs at any given point in time.

The interfaith commission’s role would be similar to the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam), which conducts inquiries into allegations of human rights infringement and presents recommendations to the government. "

Apa yang kita boleh faham, Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang dicadangkan itu memainkan peranan seperti pertubuhan hak asasi manusia.

Ini bermakna, jika cadangan menghidupkan IFC menjadi kenyataan, persoalan hukum-hakam agama akan dibincang, diperdebat dan dibuat keputusan berdasarkan prinsip menegakkan hak-hak asasi.

Kenapa ini dianggap menjadi satu ancaman besar kepada umat Islam?

Seperti diketahui, penentangan terhadap IFC sebelum ini berkisar kepada ancaman besar terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini selain polemik penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Nampaknya, kini mereka mahu menggerakkan semula usaha menghidupkan IFC. Mereka yang bersungguh mahu mengusahakan penubuhan suruhanjaya ini sebenarnya akan meletakkan Islam dalam keadaan berbahaya. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi cuba dikikis sedikit demi sedikit. Dan jika ini diteruskan dan kita sebagai umat Islam hanya berdiam diri, maka kita selaku umat Islam seolah-olah bersetuju menggadaikan maruah dan kedudukan agama kita untuk kepentingan orang lain.

Sebelum ini, terdapat 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Tuntutan-tuntutan itu ialah:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Tidak hairanlah, ramai yang bangkit menentang penubuhan IFC sebelum ini. Ada yang mendakwa penubuhan itu mungkin sebagai reaksi kerajaan ekoran isu serta beberapa kejadian tidak menyenangkan berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Penubuhan IFC akan membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam selain menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan akidah.

Cadangan itu dianggap bukan sahaja tidak menguntungkan, sebaliknya menimbulkan kemarahan orang Islam di negara ini. Mereka bimbang dengan status agama Islam pada masa depan apabila ia boleh dibincangkan di peringkat pelbagai agama dan dibimbangi akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.

Peliknya, usaha menghidupkan semula IFC ini timbul di tengah-tengah kehangatan pelbagai isu agama dan perkauman yang timbul kebelakangan ini. Antaranya ialah:

• Ini termasuklah penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook selain isu video seks mereka.
• Ketika isu itu belum hangat, timbul pula isu seorang wanita muda Islam yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing selain memandikan haiwan itu dengan seolah-olah 'mengambil wuduk'.
• Portal-portal pro pembangkang juga sebelum ini memainkan isu pendedahan seorang ibu kaum India tidak berpuas hati dengan pihak sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selangor yang menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan.
• Tidak lama selepas itu, umat Islam dikejutkan pula dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di Kota Tinggi, Johor.

Timbul persoalan adakah semua isu-isu dan polemik ini berlaku secara kebetulan atau perancangan tersusun untuk mewujudkan perbalahan kaum dan agama? Adakah isu-isu ini sengaja ditimbulkan untuk membolehkan orang-orang seperti Ambiga dan Malik Imtiaz ini datang dengan cadangan menghidupkan semula penubuhan IFC?

Sangat jelas isu-isu itu bukan sahaja menimbulkan konflik antara kaum, malah umat Islam di negara ini diheret ke kencah perbalahan sesama sendiri sehingga masing-masing tampil dengan fatwa sendiri. Lebih ironi, semuanya akhirnya membawa kepada perdebatan penyokong parti-parti politik.

Tidak mustahil, kesemua isu ini akan dijadikan alasan untuk mendesak pihak berkuasa untuk menyokong gerakan menghidupkan semula penubuhan IFC.

Justeru, kepada umat Islam, berwaspadalah. Dalam keadaan negara kita berdepan pelbagai isu agama termasuk penyebaran fahaman Syiah yang menyesatkan, kita juga sebenarnya berhadapan cabaran lebih besar daripada musuh-musuh agama yang mahu mencabar kedudukan agma dan terdesak untuk kita berpecah-belah sesama sendiri.

Percayalah, mereka tidak akan pernah berputus asa.

1 comments:

Anonymous said...

Berhati-hatilah saudara-saudara ku se bangsa dan seagama. Kita perlu bersatu walaupun fahaman politik berlainan, jangan biarkan bangsa/agama kita dipersendakan oleh orang -orang kafir yg sememangnya berazam utk memecah belahkan kita.Mereka siapa utk mencampuri hal ehwal agama kita. Diharapkan Kita semua bersama-sama solat hajat(walaupun solat bersendirian) mohon kpd Allah Subhanawata'allah semuga lindungi semua umat Islam dan hancurkan kafir-kafir yg berniat jahat.....

Post a Comment

Popular Posts