Pemimpin DAP Perak @ngakorming Serlah Wajah Rasis DAP Yang Sebenar.

Written By Panglima Harimau on 23 August 2013 | 9:00 AM


Sudah menjadi satu lumrah, menjelang sidang DUN, maka pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP Perak mula berlumba-lumba untuk menjadi hero.

Ada sahaja isu yang hendak dimanipulasi untuk meraih simpati dan populariti.

Motifnya sangat mudah. Mereka mahu menghuru-harakan sidang DUN walaupun semua isu-isu yang dibangkitkan bersifat manipulasi, fitnah dan pembohongan.

Cara paling mudah ialah mencetuskan isu PERKAUMAN dengan membakar perasaan orang Cina untuk membenci kerajaan.

Tidak hairanlah, menjelang sidang DUN Perak Isnin ini, Setiausaha DAP, Nga Kor Ming secara tiba-tiba menimbulkan isu bayaran cukai tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak.

Menggunakan akhbar berhasa Cina, Kor Ming mengeluarkan kenyataan kerajaan BN pimpinan Dr Zambry menarik balik pengecualian bayaran cukai tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini kerana kononnya Zambry BERDENDAM dengan masyarakat Cina. Zambry digambarkan sebagai pemimpin anti-Cina.

Lihatlah betapa rasisnya kenyataan pemimpin DAP ini. Kenapa isu pendidikan ini tiba-tiba mahu dipolitikkan? Kalau Kor Ming betul-betul ikhlas, kenapa isu tersebut mahu dimanipulasi dari sudut perkauman sempit?

Peliknya, laporan media menunjukkan keadaan sebaliknya apabila sekolah yang dikaitkan dengan isu bayaran cukai tersebut kerana mereka tidak menerima apa-apa.

apa surat menyurat yang menuntut pihak sekolah membayar cukai tanah. Boleh baca di [PerakNews]

Persoalan pokok adalah kalau benar mahu memperjuangkan isu sekolah cukai tanah sekolah terbabit, kenapa Kor Ming dan konco-konconya tidak bersikap profesional untuk bertanya kenapa SUWA (sekolah sumbangan wang awam) kini perlu bayar cukai tanah sedangkan sebelum ini ada pengecualian?

Kenapa hendak menuduh Zambry anti-Cina dan mahu membalas dendam?

Jawapannya sangat mudah, Kor Ming dan konco-konconya tahu betapa isu pendidikan sangat akrab dengan masyarakat Cina, maka dia akan mencari jalan untuk memanipulasi isu ini bagi membangkitkan kemarahan masyarakat Cina terhadap BN secara umum dan kepimpinan Zambry secara khusus.

Kenapa Kor Ming enggan bercerita kepada akhbar-akhbar Cina mengenai komitmen berterusan kerajaan BN dalam menyalurkan peruntukan dana pembangunan mencecah jutaaan ringgit kepada SJKC dan sekolah mubaligh Cina di Perak? Kenapa Kor Ming tidak menguar-uarkan bagaimana ada sekolah Cina menerima peruntukan sehingga RM54,463 setiap tahun?

Juga, kenapa Kor Ming tidak bercerita mengenai keputusan kerajaan negeri menganugerahkan 2,500 ekar tanah kepada sekolah-sekolah Cina untuk menjana pendapatan mereka?

Sebelum Kor Ming dan konco-konconya mahu bercakap soal keadilan antara kaum, mereka patut mencermin diri sendiri. Sejarah membuktikan DAP tidak pernah berjuang untuk kepentingan semua kaum. Malah kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka menggambarkan betapa parti itu berjuang hanya untuk satu kaum, malah ada kalanya sampai mengguris hati kaum yang lain.

Siapa boleh lupa bagaimana Kor Ming boleh mengeluarkan kenyataan biadab menggelar Zambry sebagai "Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah" yang mengundang kemarahan ramai pihak sehingga memaksa Kor Ming memohon maaf kepada Zambry.

Kor Ming juga pernah dilaporkan cuba membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam apabila mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 berbanding hanya RM9 juta untuk tujuan agama bukan Islam.

Begitu juga dengan kenyataan Kor Ming di laman Twitter didakwa mempersenda Islam kerana memperlekehkan upacara mengangkat sumpah di dalam masjid oleh orang Islam bagi membuktikan kebenaran.


Sepupu Kor Ming, Ngeh Koo Ham juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa undi orang India boleh dibeli dengan Milo, kari kambing dan bir.

Hakikatnya, isu perkauman sememangnya sudah menjadi modal DAP untuk meneruskan survival politik mereka. Pendek kata, isu perkauman adalah 'nyawa' DAP.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts