16 September. Masihkah Anda Ingat?

Written By Panglima Harimau on 16 September 2013 | 10:38 AM


Tertulis 16 September sebagai hari bersejarah bagi seluruh rakyat negara ini. Pada tarikh keramat inilah, tanah Melayu secara rasmi bergabung dengan Sarawak dan Sabah sehingga tertubuhnya negara bangsa - Malaysia - yang ada pada hari ini.

Setiap tahun, ia diraikan sebagai hari cukup bermakna, terutamanya bagi generasi terdahulu yang menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia menempuh pelbagai ranjau dan cabaran, bersatu dalam kepelbagaian dan terus menikmati keamanan bersama sehingga hari ini.

Tetapi 16 September juga pasti diingati kerana seorang pemimpin pernah menghebohkan satu negara bahawa beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai 'Perdana Menteri' pada tahun 2008. Heboh dikatakan sekumpulan Ahli Parlimen BN bersetuju melompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

Tidak semena-mena, ketika itu orang tak ambil pusing langsung fasal Hari Malaysia. Semua terbayang-bayang kononnya akan berlaku peralihan kuasa paling dramatik dalam sejarah Malaysia.

Negara pun jadi tak tentu hala, spekulasi negatif tersebar di seluruh dunia bak halilintar. Kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu diburukkan lagi dengan sikap pelabur yang mula resah dengan spekulasi itu. Pasaran saham juga jadi tidak menentu - pendek kata semuanya jadi tidak keruan.

Begitulah 'hebatnya' penangan seni politik Anwar Ibrahim yang sarat helah dan manipulasi.

Namun, ternyata ia hanya satu sandiwara. Tiada seorang pun Ahli Parlimen BN melompat parti. Realitinya, Anwar masih jadi Ketua Pembangkang sehingga hari ini.

Mari bersama kita mengenang hari ini, 16 September sebagai detik bersejarah untuk kita sekalian rakyat Malaysia.

Tapi ingatilah juga tarikh ini sebagai "ulang tahun pembohongan 16 Sept" yang membawa kita mengenali 'wajah' sebenar Anwar Ibrahim - politikus yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menggengam tampuk kuasa.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts