Benarkah Tun Razak Tali Barut Jepun Seperti Didakwa Pembangkang?

Written By Panglima Harimau on 20 September 2013 | 3:11 PM

Nampaknya pihak yang mahu membawa Chin Peng abu pulang ke Malaysia masih tidak putus asa.

Kali ini mereka bertindak lebih jauh. Mereka menuduh pula kononnya Tun Abdul Razak tali barut Jepun - mahu membentuk pemikiran kononnya kalau Chin Peng pengkhianat, Tun Razak juga sama kerana kononnya Perdana Menteri Kedua itu pernah menyertai askar Jepun.

Hanya dengan sekeping gambar di mana Allahyarham Tun Abdul Razak menyarung uniform polis Jepun, mereka memanipulasinya, malah ada yang memfitnah Allahyarham dengan mengedit gambarnya. Masya Allah.

Anda boleh lihat di [Facebook King Jason] dan [Facebook Politicalgags]

Mereka langsung tidak menyertakan gambar Allahyarham menyertai Askar Wataniah dan Force 136 yang terlibat memporak-perandakan tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di Malaya ketika itu.

Realitinya, Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan antara pejuang Malaya yang terpaksa menyertai Pasukan Polis Jepun tetapi pada masa sama, secara senyap-senyap menjadi perisik kepada pasukan pejuang kebebasan yang bersembunyi dalam hutan. Selain Allahyarham Tun Abdul Razak, seorang lagi adalah Mejar (B) Ismail Babu, bekas rakan seperjuangan Allahyarham Lt Muda Adnan Saidi.

Selain Tun Razak, seorang lagi individu yang menjadi pencetus ilham kepada penubuhan Askar Wataniah adalah Yeop Mahidin, yang diiktiraf sebagai 'Bapa Rejimen Askar Wataniah'. Keberanian Yeop Mahidin mengetuai Askar Wataniah perlu diingati oleh generasi hari ini kerana beliau yang bertugas sebagai Majistret dan Tentera Jepun telah memberi beliau pengawal keselamatan untuk mengelakkan beliau diculik Askar Wataniah. Tentera Jepun hanya mengetahui identiti beliau setelah Jepun menyerah kalah.

Allahyarham Tun Abdul Razak hanya menyertai pasukan Wataniah di dalam hutan Pahang apabila identiti Allahyarham telah diketahui oleh Jepun. Di dalam hutan, Allahyarham telah menyarungkan pangkat Kapten dalam Askar Wataniah.

Usaha mengaitkan Allahyarham Tun Abdul Razak dengan Jepun merupakan perancangan jahat pihak tertentu yang mahu memastikan abu musuh negara, Chin Peng kembali ke tanahair. Mereka tidak berputus asa, hatta sanggup memfitnah seorang negarawan yang telah lama pergi.

Saya percaya ini bukan sahaja satu lagi usaha mengubah sejarah untuk memburuk-burukkan negarawan seperti Tun Razak, tetapi juga untuk memburukkan nama baik anak Allahyarham, Najib Razak yang sedang menyambung legasi kepimpinannya.

Bayangkan sahaja Tun Razak sudah meninggalkan kita hampir 40 tahun, kenapa baru sekarang hendak menuduh beliau sebegini? Kenapa buat begini ketika kemarahan rakyat mengenai Chin Peng sedang menggelegak? Kenapa sekarang?

Saya percaya majoriti anda tahu kenapa.

Sumber:


Pengesahan peranan Tun Razak sebagai 'undercover agent': Carefree days - buku tulisan DYMM Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (rujuk gambar diatas)

Baca juga di [Malaysiaflyingherald] [DrNovandri] dan [Wikipedia]

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana membantu membetulkan persepsi yang telah dipesongkan atas sebab kebencian dan kuasa politik. Cuma, terdapat kata-kata di sini seperti diceduk daripada profile update saya di FB GempurWira. Untuk kali ini tidak apa. Harap diberi kredit lain kali. Sebab saya tak nak kita berdua dianggap orang yang sama.

Tapi kalau betul kita dapat menulis benda yang hampir sama, bagus lah. Senang cerita, siapa ayah Mejar (B) Ismail dan apakah nasib anak sulung beliau?

- admin amlisk (FB GempurWira) -

Post a Comment

Popular Posts