Kalimah Allah: Nampaknya PAS lebih berpihak kepada Kristian

Written By Panglima Harimau on 10 September 2013 | 6:01 PM

Sebak melihat rakan-rakan yang berada di perkarangan mahkamah di Putrajaya hari ini. Dari pagi hingga la petang mereka berhimpun tidak sedikit mereka berganjak apatah lagi melunturkan semangat mereka untuk terus sama-sama memberi sokongan pertahankan kalimah Allah.

Selain politikus, ahli NGO dan individu sama-sama datang. Ada yang mengambil cuti, ada yang tidak berniaga, ada yang bawa anak-anak datang jauh dari utara atau pun selatan tanahair - semuanya mempunyai aspirasi dan matlamat yang sama iaitu pertahankan kalimah Allah.

Cuma yang membuatkan saya hairan bin pelik, dimana puak-puak yang mengatakan mereka parti Islam dan mereka perjuangkan Islam? Semasa Anwar Ibrahim di bicarakan di mahkamah atas kesalahan liwat mereka sanggup berhimpun ramai-ramai sebagai tanda sokongan, kenapa dalam isu kalimah Allah ni mereka taknak ikut berhimpunan sama? Hari ini adalah hari penting untuk umat Islam di Malaysia dimana kesucian agama dan akidah anak-anak serta gernerasi hadapan menjadi taruhan.


Agak menyedihkan apabila sorang wakil rakyat PAS iaitu Khalid Samad dalam status twitternya meminta dalil mengapa perlu selamatkan kalimah Allah.

Sudah dipersetujui oleh Mufti-Mufti bahawa kalimah Allah tidak boleh dibenar untuk diguna oleh Kristian. Malah ianya juga telah disokong oleh Majlis Syura PAS walaupun Nik Aziz sendiri pernah keluarkan kenyataan bukan Islam wajar diberi peluang gunakan kalimah Allah.

Dah la tak turun berhimpun, lepas tu boleh pulak kata macam tu seolah-olah menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Mengapa pengundi Islam di Shah Alam masih memberi undi kepada manusia yang menggadaikan kalimah Allah? Sepatutnya orang macam Khalid Samad ni sudah lama dikuburkan dalam kamus politik Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

Tapi org Islam Shah Alam sokong dia ... mereka sama-sama sokong kalimah ALLAH tu untuk org Kristian ke ?

Anonymous said...

kepada yang berpengaruh dan menggunakan pengaruh... semoga mereka diberi ganjaran dan balasan segera atas pembaca bible berbahasa melayu yang masuk Kristian ( atau yang masuk Islam? ) dan kesan berangkai yang lain, hasil penggunaan yang dihujah benarkan. Al-Fatihah ...Amin

Muslim said...

Rujuk Al Maidah 17, 72, 73. Dalil jelas tp sentiasa diputar belit, dikelirukan oleh org org yg berpenyakit hatinya.
Kekufuran dan kemusyrikkan adalah sebesar besar larangan dan dosa, dan sama sekali tidak boleh kita rela, redha atau menyokongnya.

mr x said...

straight to the point...
whatever it is, semua org tahu org bukan islam pakai kalimah Allah sbb ada agenda (iaitu untuk memfitnah Allah ada anak dsb.)..
so, apabila kita membenarkannya, bermakna kita membenarkan fitnah itu...
tak payah la nak pusing2 dalil la..itu laa..ini laa...sbb the main point is IA ADA AGENDA...

Anonymous said...

Woii Khalid Samad, aku sangka nkau ni cerdik rupenya boddoww. Tak perlu dalil atau hadis tapi cukup dengan pikir secara logik apa motif orang kristian mahu mengguna pakai Kalimah Allah selain hanya semata-mata agenda tersembunyi mereka memecah-belahkan akidah umat Islam. Baca seterusnya daripada blog YB Zulkifli Nordin.

http://celahgelegar.blogspot.com/2013/09/umat-islam-diperbodohkan-ada-umat-islam.html

Anonymous said...

Sorry, Khalid gereja menang kat shah alam kerana undi dari cinabeng luar Bandar shah alam. Melayu dalam Bandar shah alam rata-rata menolak Khalid & PR.

Anonymous said...

musibat ni dah buta mata hati. dia dah tak nampak musibah yg sedang menunggu. pengikut musibat ni, pikirlah masak2 apa nak jadi dgn pemimpin yg korang pilih ni. bala...bala...

Anonymous said...

pernah dengar crite abraha nak serang kaabah? datuk nabi kata itu rumah allah, biar allah yang jaga....., malas nak hujah pnjang2,

Post a Comment

Popular Posts