Kartunis Zunar Hina Dan Perlekeh Usaha Pertahankan Kalimah Allah

Written By Panglima Harimau on 13 September 2013 | 3:02 PM



Diatas adalah karya terbaru kartunis Zunar berkenaan isu umat islam yang mempertahankan kalimah Allah. Kita semua tahu Zunar menganggap karya yang dibuat itu atas wadah kebebasan bersuara, tetapi bagi saya ia amat keterlaluan.

Ini bukan kali pertama Zunar buat karya sebegini, sebaliknya dah banyak kali dia buat karya-karya yang boleh dikatakan agak biadap dan keterlaluan.

Kita faham kalau dia mahu menonjol sebagai pejuang tegar Pakatan Rakyat (PR) tetapi melukis kartun cantik begini untuk menghina dan memperlekeh usaha mempertahankan kalimah Allah, adalah sesuatu yang sangat biadab.

Kita tidak minta dia untuk sama-sama mempertahankan kalimah Allah tetapi janganlah sampai tergamak untuk mempersendakannya sebegini rupa.

5 comments:

Anonymous said...

Tiada apa salahnya dengan karya Zunar tu. Masejnya jelas, bahawa kalimah Allah bukan hak eksklusif melayu/umno. Allah adalah milik sekalian alam. Surah Fatihah ayat 2 sendiri membuktikan bahawa sesungguhnya 'segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam'. Soal penghinaan tidak timbul. Hanya kebodohan UMNO dan BN sahaja yang timbul.

Anonymous said...

ANONYMOUS 4.38..Tiada tolak ansur..kalimah ALLAH adalah milik umat Islam saja. Tidak ada dua agama satu tuhan....mustahil!!..pernah Rasullah ditawarkan dengan ganjaran lumayan agar berkongsi tuhan tetapi baginda Rasullullah S.A.W menolak maka turunlah wahyu surah Al-Kafirun. Kami tidak sesekali menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak sesekali menyembah apa yang kami sembah..Zunar ka, siapa ka...kalau dia bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah keatas kafir, maka jatuhlah akidahnya, redha dengan kafir maka kafirlah hukumnya.

Anonymous said...

Takde siapa pun cakap kalimah ALLAH tu milik UMNO-BN. penyokong PR je yg ckp sedemikian hanya sbb yg cuba mempertahankan akidah umat Islam dari diinjak2 oleh makhluk durjana lain tu adalah kerajaan BN.klau kerajaan BN tak pertahankan, siapa lg?TG harun din sekalipun bermatian mempertahankan kalimah Allah.siapalah kamu semua yg hanya ilmu ditapak kaki?

Anonymous said...

fuhh..puas hati aku baca komen anon 6.59 & anon 7.08. tq tq.

Anonymous said...

aku rasa anon tu.. dia masuk kan surah..nak kata dia betul.. jangan jangan alif ba ta pun tak kenal.. kalau tahu 10% pn tak kan cakap macam tu... akidah mana taruk beb...

Post a Comment

Popular Posts