Keperihatinan Nik Aziz Terhadap Isu Di Mesir Pilih Kasih

Written By Panglima Harimau on 23 September 2013 | 2:17 PM

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam FBnya hari ini memberi respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang disifatkannya "tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika" dalam pelbagai isu antarabangsa.

Ini termasuklah pendirian kerajaan Malaysia dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir. Menurut Nik Aziz, adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih "bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat". Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Katanya lagi, negeri Kelantan yang sebegitu kecil di mata dunia pun ada buat usul tergempar dalam sidang DUN kecam kudeta di Mesir.

Pertama, kita tahu PM Najib Razak ada menyatakan kecaman terhadap kekejaman di Mesir, bukan sahaja media tempatan, malah banyak agensi berita asing memetik kenyataan beliau. Najib juga ada menyatakan pendirian Malaysia itu secara terbuka melalui Twitter.

Kedua, untuk rekod, selain Kelantan, beberapa negeri termasuk di Perak juga ada membuat usul tergempar mengutuk pembunuhan rakyat di Mesir dan ia dipersetujui secara sebulan suara.

Saya puji keprihatinan Nik Aziz, tetapi ada baiknya beliau tidak berpilih-pilih dalam memberi nasihat dan pendirian. Tok guru patut menasihati YB DS Anwar Ibrahim yang amat disayangi oleh proksi-proksi Amerika dan Yahudi - AlGore, Michael Candemsus, Paul Wolfowitz, Madeline Albright - kesemuanya sahabat DS Anwar yang ada antaranya merupakan arkitek.

Tok Guru juga pasti masih ingat bagaimana Anwar dalam satu kenyataan kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong usaha mempertahankan keselamatan negara Israel. Difahamkan, ada pemimpin Pas yang minta DS Anwar untuk tarik balik, tetapi sehingga hari ini DS Anwar enggan berbuat demikian. Lantas, Tok Guru pun diamkan saja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Adakah dalam soal ini, Tok Guru "bersikap takut-takut, bimbang akan mengguris hati" Anwar dan rakan-rakan Yahudinya?

Wallahualam.

1 comments:

Anonymous said...

layakkah digelar tok guru?

Post a Comment

Popular Posts