Naib Presiden PKR, Tian Chua Kata Chin Peng Adalah Pejuang Kemerdekaan

Written By Panglima Harimau on 17 September 2013 | 11:09 AM


"Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng)."

Itu Tweet terbaru Naib Presiden PKR atau lebih dikenali sebagai 'pakar demonstrasi' terkemuka negara, Tian Chua.

Tidak tahulah apa yang ada dalam kepala otak pemimpin ini sehingga mahu mengangkat Chin Peng sebaris dengan pejuang kemerdekaan.

Ketika anggota polis kita mati dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu di Sabah, pemimpin mulut celupar ini menuduh pertumpahan darah yang berlaku adalah satu sandiwara. Kini dia dengan bangga menyanjung pengganas Chin Peng atau lebih dikenali sebagai ‘Butcher of Malaya’ atau Penyembelih Malaya sebagai hero negara?

Kegilaan apa ini? Waraskah Tian Chua ini?

Jika Tian Chua dan rakan-rakannya tidak mahu mengakui fakta sejarah sekalipun sehingga mahu menukarnya, tetapi mereka perlu ingat, mangsa kekejaman Chin Peng ada lagi yang masih hidup.

Ada yang masih menyimpan trauma melihat ahli keluarga mereka dibunuh, dirogol dan disiksa semata-mata mempertahankan negara. Malah, ada yang menderita terlantar lumpuh seumur hidup.

Bagi mereka yang terkorban pula, keturunan mereka masih ada dan masih tidak mampu memadam amarah apatah lagi memaafkan lelaki durjana yang menumpahkan darah ribuan orang Melayu, Cina dan India ketika itu.

Apa kata Tian Chua ambil sedikit masa dan pergi bertemu ahli keluarga mangsa kekejaman komunis termasuk peristiwa di Bukit Kepong dan kata kepada mereka "Maafkanlah Chin Peng, dia adalah hero kemerdekaan"

Tergamakkah Tian Chua?

2 comments:

Vincent Tay said...

Sekolah tinggi2, diploma berjela2 macam Tian Chua tu tak guna punyalah. Dia tak ada akal politik. Dia hanya ada trick murahan...sebab itu dia selalu suka ditangkap @ pukul Polis @ tidur di jalanraya....Politik budak2. Pun masih ada ramai rakyat undi dia. Heran betul....
Notakaki: Chin Peng rajin menentang askar Jepun kerana dia mahu kuasai Malaya...boss dia USSR (pada waktu itu) kemudian China Komunis.

Anonymous said...

DSAI said let bygones be bygones. Why should I? I still have my dad. His father was killed by communist insurgents. So does DSAI and his henchmen think that our family can just pretend like it never happen ?

Post a Comment

Popular Posts