Naikkan Minyak Salah, Berjimat Pun Salah.

Written By Panglima Harimau on 09 September 2013 | 6:52 PM

Bila kerajaan umum bahan api naik 20 sen, maka berpestalah juak-juak pembangkang memaki hamun kerajaan dan mengata kerajaan macam-macam.

Maka, bertebarlah cercaan kerajaan boros, kerajaan rasuah dan kerajaan zalim. Tidak disebut langsung pasal Indon naikkan minyak sampai 44 peratus, mereka tak cerita pun ada kerajaan di Eropah yang muflis lantaran tekanan ekonomi global.

Dorang tak nak terima hakikat harga bahan api itu ditentukan di pasaran dunia. Bukan ditentukan oleh kerajaan


Bila kerajaan arahkan semua agensi kerajaan berjimat berbelanja dan sekatan tertentu termasuk bagi lawatan kerja ke luar negara, mereka kata pula kerajaan takut kekayaan sudah tidak dapat dikaut, kata juga kerajaan rampas duit rakyat masuk poket sendiri.

Nak lagi sedapkan cerita, dikatakan juga hanya seciput sahaja kakitangan kerajaan yang jujur dengan tugas. Lagi best, dikaitkan pula pegawai yang baik akhirnya akan mati ditembak (disebut fasal pegawai kastam ditembak). Aduhh.. apa punya mentaliti puak-puak ni.

Ya, siapa pun panas hati kalau minyak naik. Tapi kalau ada usaha untuk baiki keadaan dan bantu rakyat apa salahnya? Kerajaan hendak berjimat apa salahnya?

Buat salah, tak buat pun salah.

1 comments:

Vincent Tay said...

Rakyat diseru sama-sama bantu negara kurangkan beban (subsidi), supaya ekonomi dapat bernafas sikit, dan pelabur2 asing tak lari tinggalkan Malaysia.
Sekadar perbandingan: Harga petrol
Malaysia RM2.10;
Singapura RM5.47;
Laos, Vietnam RM5.21;
Myanmar RM4.16;
Filipina RM3.99;
India RM3.15.

Post a Comment

Popular Posts