Pembangkang Mahu Membawa Chin Peng Kembali Ke Malaysia Lagi

Written By Panglima Harimau on 07 September 2013 | 9:28 AM


PORTAL Free Malaysia Today (FMT) kelmarin memetik kenyataan Timbalan Pengarah cawangan khas,Yuen Yuet Leng yang meminta supaya kerajaan membenarkan Chin Peng yang juga dan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) datang semula ke Malaysia.

Tidak tahu siapa yang mendorong Yuet Leng secara tiba-tiba muncul (tidak lama selepas kemerdekaan Malaysia) dengan memberikan saranan tersebut. Tetapi yang pasti, satu persatu pemimpin DAP tampil memberi respon terhadap kenyataan Yuet Long.

Lantas, pemimpin DAP berlumba-berlumba menyokong saranan Yuet Leng. Semuanya tampil dengan nada simpati 'memujuk' kerajaan untuk bawa balik lelaki ini.

Melalui portal yang sama, Karpal dipetik berkata: ``Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini."

Kalau diimbas kembali, ini bukan kali pertama, pembangkang terutamanya DAP bertungkus-lumus cuba untuk membawa balik Chin Peng. Selepas PRU 2008 yang menyaksikan undi Cina 'swing' besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat (PR), usaha itu semakin ketara sehingga ramai pihak mempersoalkan motif sebenara di sebalik perancangan ini.

Menjelang PRU-13, tuntutan untuk membawa Chin Peng pulang sekali diperhebatkan. Bermacam alasan termasuk penghormatan terhadap 'hak asasi' digunakan untuk mendesak kerajaan membenarkan lelaki itu kembali memijak bumi Malaysia.

Di saat-saat PRU-13 makin hampir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada satu ketika dilihat cuba meraih sebanyak mungkin undi orang Cina, pernah dipetik portal pro-pembangkang, Malaysiakini sebagai berkata: "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu. Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Baru-baru ini negar digemparkan pula dengan pembikinan The New Village - filem yang dikatakan mengangkat pengganas komunis sebagai hero. Ada juga yang menganggap watak hero dalam filem tersebut adalah Chin Peng. Ketika bantahan demi bantahan sehingga membawa kepada pengharaman tayangan filem tersebut, pemimpin DAP pula lantang menyokong penayangannya kononnya atas prinsip 'kebebasan berkreatif'.

Selepas senyap seketika, suara-suara pemimpin DAP hendak membawa balik Chin Peng kembali bergema.

Adakah semua rentetan ini satu kebetulan? Kita juga tertanya-tanya kenapa DAP dan konco-konconya bersungguh-sunguh hendak membawa Ching Peng ini kembali ke Malaysia? Apa motif mereka?

Saya sempat membaca komen-komen mengenai usaha membawa Chin Peng ke Malaysia dan saya terkejut kerana ada yang secara terbuka menganggap Chin Peng sebagai 'tokoh kemerdekaan' yang menyelamatkan Malaysia daripada penjajah! Saya bukan berniat hendak memainkan sentimen perkauman, tetapi rata-rata komen itu datang daripada orang Cina. Antara komen-komen tersebut ialah:

"Oi Utusan when Chin Peng fought the Japs where were UMNO ? Chin Peng is one of my heroes no matter what you say! And not only the Malays fought the communist but other races as well. Not forgetting the British and Commonwealth troops. And remember what the Malaysian gomen did to the former British High Commissioner when he said British blood were shed defending Malaya?"

"Love for Tanah Melayu? When the Japanese invaded Malaysia, all the so called Malay soldiers took off their clothing and fled back to their kampungs. What love for Tanah Melayu are you talking about? If you don't believe me, go ask your old parents or grandparents. After Japanese surrendered, the majority of the Chinese that fought against the Japanese came back out from the jungle to live a normal life. But the school history books now made the Malay that fled look like they are Malaysia freedom fighters. And the Chinese that fought look like bad guys. Such bias historical record is all the work of those extremists in UMNO and it does not reflect the true nature of events during the Japanese invasion."

Komen-komen lain boleh dibaca di [DinTurtle]

Tidak keterlaluan jika dikatakan wujud usaha 'menulis semula' sejarah negara dengan mengangkat pemimpin komunis ini sebagai hero. Pemimpin pembangkang cenderung untuk bersikap berpilih-pilih dalam mengutarakan fakta-fakta sejarah. Bayangkan kalau pemikiran anak-anak muda terus diasak dengan sogokan komen serta andaian-andaian sebegini.

Peliknya, pembangkang tidak pula bercakap mengenai peristiwa antara tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31 Julai 1960 yang menyaksikan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan komunis.

Pembangkang juga tidak bercakap fasal peristiwa Darurat II bermula dari tahun 1974 hingga 1982 yang memperlihatkan anggota dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk dari kaum Cina menjadi sasaran komunis, dibunuh dengan kejam.

Setidak-tidaknya Karpal dan konco-konconya wajar mengambil kira perasaan dan kemusnahan hidup yang telah ditanggung oleh beribu anggota polis dan askar yang terkorban ketika era kekejaman komunis.

Jangan hanya fikir soal hak asasi, fikirkan juga kenapa kerajaan serta keluarga anggota keselamatan yang dibunuh komunis enggan membenarkan manusia yang dipanggil ‘Butcher of Malaya’ atau Penyembelih Malaya itu pulang ke tanah air.

Atau, sanggupkah pemimpin DAP seperti Karpal, Guan Eng, Kit Siang serta konco-konconya berjumpa dengan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis dan meminta supaya dimaafkan segala kekejaman yang dilakukan Chin Peng dan konco-konconya?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts