Adakah Benar Kos Sewa Pesawat Rasmi PM @NajibRazak Sebanyak RM 28.8 Juta Satu Pembaziran?

Written By Panglima Harimau on 06 October 2013 | 5:11 PM

MP Taiping, Nga Kor Ming kemukakan soalan bertulis kepada kerajaan mengenai kos sewa pesawat rasmi PM, Najib Razak. Seperti diumumkan, kerajaan memberitahu, sebanyak RM28.8 juta dibelanjankan untuk tujuan itu.

Pantas sahaja Kor Ming buat sidang akhbar kata ia satu pembaziran. Pemimpin itu memberi contoh bagaimana PM Singapura hanya naik penerbangan kelas pertama dan wajar dicontohi.

Pantas juga portal dan blog pembangkang memainkan isu ini. Siap ada yang buat tajuk 'Kerajaan BN belanja RM28 juta untuk pesawat Najib dan Rosmah'. Digambarkan pesawat itu digunakan PM dan isteri pergi berjalan-jalan, shopping berjoli di luar negara.

Nampaknya, puak-puak ini tidak faham protokol lawatan seorang Perdana Menteri di luar negara. Kalau Ko Ming boleh menjadikan idolanya di Singapura sebagai contoh, beliau wajar tampil dengan fakta, berapa kerap PM Singapura ke luar negara? Kosnya dalam setahun berapa? Tentatif lawatan pula bagaimana? Buatlah perbandingan secara objektif.

Untuk pengetahuan, pesawat-pesawat yang disewa dan diselenggara itu bukan sahaja digunakan oleh PM, tetapi juga oleh Yang Di-Pertuan Agong. Mereka ini pemimpin negara yang turut tertakhluk dengan protokol-protokol yang bukan sedikit.

Bagi lawatan-lawatan rasmi, selalunya pemimpin negara termasuk Agong dan PM akan diberi sambutan rasmi. Ketepatan waktu adalah faktor yang sangat kritikal. PM misalnya, sambutan rasmi bukan kerana beliau adalah Najib, tetapi beliau adalah wakil negara, bermakna ia patut dilihat sebagai penghormatan kepada negara.

Ini bermakna, penggunaan pesawat ini berkait rapat dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.Bayangkan kalau PM menaiki penerbangan komersial dan berlaku kelewatan atau penangguhan, ia memberi kesan yang negatif malah boleh memalukan negara.

Begitu juga penggunaan pesawat tersebut dalam negara. Bayangkan PM berada di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi dan perlu berada di Alor Setar, Kedah pada pukul 11 pagi, kemudian memenuhi jadual menghadiri mesyuarat penting di ibu negara pada sebelah petang. Dalam keadaan tertentu, ada lokasi yang tidak menyediakan penerbangan kelas pertama, malah jika berlaku kekerapan penerbangan dalam satu hari, kosnya lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial.

Kor Ming juga bising-bising fasal kos penyelenggaraan pesawat berkenaan. Wajar difahami, penyelenggaraan ini penting kerana kerajaan perlu memastikan pemimpin-pemimpin negara selamat untuk terbang menggunakan pesawat ekskutif tersebut. Jika tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko. Saya percaya, jika ada berlaku sesuatu dalam soal keselamatan, pembangkang juga akan menghentam kerajaan dengan bermacam tuduhan.

Nota: Teringat ketika DS Anwar bawa rakan-rakan pemimpin PR berkempen di Sabah dengan naik jet yang biasa disewa dengan kos hampir RM50,000 sehari. Hebatnya Ketua Pembangkang di Malaysia. Masa tu Naib Presiden PKR, Tian Chua kata jangan jadikan isu sebab sewa jet itu murah je

3 comments:

Anonymous said...

entahlahhh...kalau Singapore yg jauh lebih kaya dari malaysia pun boleh berhemah dlm perbelanjaan sebegini, kenapa Malaysia tak boleh? Yg najib (dan Rosmah) asyik keluar pi luar negara makan angin sambil buat lawatan rasmi, apakah rasionalnya. Pergi luar negeri bawak pulak geng yg ramai. kalau guna duit sendiri takpa, ini guna duit awam. Bilalah nak belajar berjimat?

sri hartamas

Anonymous said...

Sory to say to anon with nicnname sri hartamas...JGN JD BODOH.!!! Kadang2 apa yg kita nampak secara zahir itu bukan semudah apa yg kita sangka..sebaiknya adalh lebih baik klu kita diam dr kita bercakap sekiranya kita tdk faham & jelas betul2 sesuatu perkara itu...

So, PLEASE...JGN JD BODOH & DIPERBODOHKAN OLEH ORG YG DENGKI & KHIANAT.!!!!!!

Anonymous said...

爱的佛教伩徒,
有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说:
1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪.
2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为.
3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。
囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么.
至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。
縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。
在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.

Post a Comment

Popular Posts