Bumiputera "Tidak Berkualiti", Realiti Atau Diskriminasi?

Written By Panglima Harimau on 07 October 2013 | 9:04 PM



"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya bumiputera, di manakah hasilnya?. Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?," soal seorang penganalisis, Dr Michael Lim Mah Hui.

Kenyataan itu dipetik oleh portal Malaysian Insider baru-baru ini. Portal itu menulis jawatan Mah Hui sebagai Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Mungkin Malaysian Insider terlupa atau segan untuk menyatakan bahawa Mah Hui juga sebenarnya adalah pemikir atau 'think tank' bagi parti DAP.

Difahamkan beliau juga banyak memberi input dalam soal pembentukan dasar pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.

Mah Hui melontarkan ungkapan di atas sebagai respon terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang mempertahankan keputusan kerajaan melaksanakan dasar affirmatif seperti Program Memperkasa Bumiputera memandangkan masih ramai golongan bumiputera tidak mendapat peluang yang adil terutamanya di sektor swasta.

Malaysian Insider turut memetik Mah Hui sebagai berkata: "Saya lihat mereka (bumiputera) yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti."

Persoalannya, benarkah sektor swasta tidak gemar mengambil bumiputera bekerja kerana mereka tiada kualiti berbanding bukan bumiputera? Pendek kata, cikai sangatkah bumiputera ini?

Saya merujuk satu kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Kanan University Malaya Lee Hwok Aun dan Felo Penyelidikan UKM, Muhammed Abdul Khalid seperti yang disiarkan akhbar The Star baru-baru ini.

Kajian itu menunjukkan dikriminasi kaum sangat ketara dalam sektor swasta. Hwok Aun memberitahu, kajian tersebut menunjukkan permohonan daripada pencari kerja Cina lebih diberi keutamaan.

Kajian ini melibatkan pengedaran resume rekaan calon Melayu dan Cina kepada iklan-iklan pencari kerja, kemudian membandingkan jumlah panggilan balas dan temuduga yang diperolehi oleh calon bagi setiap kaum.

Dalam analisis beliau, Hwok Aun dipetik The Star sebagai berkata: "Keputusan kajian menunjukkan dalam sektor swasta, isu kaum adalah penting. Pemohon Cina lebih cenderung dipanggil untuk temuduga berbanding pemohon Melayu. (Isu) kualiti juga penting, tetapi kurang (berbanding isu kaum).

Saya percaya, jika artikel itu disiarkan Utusan Malaysia, maka adalah golongan yang bertempik mengatakan Utusan rasis dan membela apa yang sering disebut pemimpin DAP sebagai "UMNOputra".

Sebelum hendak mengkritik, DAP perlu sedar bahawa kajian itu bukan kajian caca merba. Ia dijalankan seorang ahli akademik Cina yang membuat analisis secara empirikal bersama rakannya, seorang Melayu yang juga ahli akademik. Sepatutnya, penganalisis DAP seperti Mah Hui juga patut membuat kajian sebelum membuat kesimpulan mengatakan "bumiputera yang menganggur tiada kualiti."

Jangan hanya mudah membuat andaian untuk memberi konotasi salah, terutamanya bila Mah Hui dan rakan-rakan dalam DAP mahu bercakap soal kualiti sebagai kayu ukur. Jika kualiti menjadi pertimbangannya, sepatutnya ruang perbincangan harus berkisar soal bagaimana mahu meningkatkan kualiti bumiputera supaya mereka juga boleh terlibat secara adil dalam sektor swasta.

Amat meragukan apabila Mah Hui cuba berhujah soal kualiti dengan menuding jari ke arah penjawat awam - yang majoiritinya bumiputera - kumpulan yang seolah-olah dianggapnya tidak berkualiti. Mah Hui harus menyedari bahawa penjawat awam adalah kumpulan pembentuk dan pelaksana dasar termasuk dalam pembangunan ekonomi. Mah Hui juga harus ingat bahawa Malaysia pernah mencatat pertumbuhan dua digit selama sedekad sebelum krisis ekonomi pada 1997.

Adakah Mah Hui mahu membuat kesimpulan barisan penjawat awam sedekad lalu adalah berkualiti dan barisan yang ada pada hari ini tidak berkualiti?

Hakikatnya, kebelakangan ini andaian-andaian mengenai keupayaan bumiputera yang keluar dari mulut orang seperti Mah Hui kerap sangat dibangkitkan, lebih-lebih lagi apabila kerajaan terus menyuburkan dasar affirmatif membantu meningkatkan keupayaan golongan bumiputera.

Ada juga yang berhujah kononnya mereka tidak menentang dasar affirmatif, tetapi cara pelaksanannya. Namun, pandangan ini disokong dengan hujah-hujah yang kabur - seolah-olah mereka tidak mahu menyuarakan apa sebenarnya yang mereka mahu. Maka timbullah isitlah kesamarataan antara kaum. Jalan paling mudah untuk memburukkan dasar affirmatif ialah dengan mengatakan dasar tersebut hanya memberi manfaat kepada UMNOputra.

Benar, penyokong-penyokong dasar affirmatif telah memberi manfaat kepada UMNO - parti yang mendukung dasar itu sekian lama. Tetapi adalah tidak kena jika mengatakan dasar tersebut hanya untuk kepentingan parti. Hakikatnya dasar itulah yang berjaya melahirkan cerdik pandai dan usahawan Melayu berjaya pada hari ini.

Malahan, dasar itu jugalah yang mengangkat ramai pemimpin Melayu yang bersilang bahu bekerjasama dengan DAP - parti tempat Mah Hui mencurah idea sebagai pemikir. Pemimpin-pemimpin Melayu ini pula mahu bersikap apologetik untuk mencemuh, menyalahkan, malah tanpa rasa segan mahu menghapuskannya.

Itulah realitinya. Mungkin mereka jugalah yang Mah Hui gelarkan sebagai "orang yang tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti".

10 comments:

tungkaran hati said...

Ramai Melayu nak jadi macam KL Gangster jeee.....!

Anonymous said...

asal usul pengaruh gengster ditanah melayu ni dari mana ...dari bapak kau ker...

Anonymous said...

Asal usul kl gangster dari cinabeng pencacai mkn babi

Anonymous said...

Muak nyer sorang tak sedar diri kat Petronas..segala-galanya tak nak berdasarkan Melayu...nak merit based...dia pun dapat kerja kat Petronas sebab Melayu..performance basedlah konon...

Anonymous said...

Bila Interview ada ke dio org tanya boleh berbahasa cina ke tidak.... dia orang ni biznes kat negara mana..... kalau tanya bahasa inggeris tak pe lah juga .... saje je ... Ada satu ketika dulu masa bekerja ngan syarikat korporat konglemerat cina, budak2 bwah aku kebanyakan ada Diploma Gaji basic RM900 aje termasuk elaun tapi ada seorg bdk cina ni SPM pun tak lepas SRP aje...bahasa inggeris ckp beterabur basic RM1500 kerja customer service sama jawatan ngan budak2 aku tu cuma lain dept je... ape ni bukan deskriminasi namanya....

Anonymous said...

been there and still facing it. klu tak caya pg buka jobstreet or thestar, apa ciri utk pekerja - most akan minta bangsa cina except position drebar or pekerja am laa... dah depan mata pun... Am i racist? hahha...

Anonymous said...

2x5 je, towkey cina cari pekerja cina, towkey melayu tentu cari pekerja melayu, towkey india dah tentu cari india...., last call cari indon @ bangla bila dah x de sangat pekerja, point nya ialah berapa banyak towkey cina, mly dan india di Msia...? sorry am not're politician.

Vincent Tay said...

1. Isu diskriminasi di tempat kerja bukan perkara baru. Memang ada syarikat2 Cina yang tolak pemohon Melayu @ bagi gaji rendah dsbnya. Contoh paling ketara akhbar popular Star Publications milik MCA. Ramai kakitangan Melayu yang berkebolehan tinggi tak diberi kenaikan pangkat yang sewajarnya. Cina junior yang dinaikkan mereka. Maka Melayu senior terpaksa tinggalkan akhbar itu.
2. Tapi syarikat2 Cina yang mempunyai dasar penggajian yang tetap tak akan pilih kasih dalam soal bayar gaji tinggi bagi staf Cina dan gaji rendah bagi Melayu. Semua kena ikut kelayakan dan pengalaman.
3. Diakui juga ada syarikat2 Cina yang diskriminasi terhadap pemohon Melayu atas alasan mereka tidak tahu bahasa Cina. Saya lihat graduan2 UiTM yang fasih dalam bahasa Cina tidak menghadapi masalah mencari pekerjaan di syarikat2 Cina.
4. Di pihak lain, kakitangan kerajaan bukan-Melayu pun ada bersungut bahawa mereka didiskriminasi--naik pangkat, pe;luang pergi kursus, belajar berbiasiswa dll.
5. Semua tempat kerja ada berlaku, sedikit sebanyak, diskriminasi ni. Yang paling kesian pemohon2 India, mereka tidak disukai majikan2 Cina dan kaum2 lain. Sebab itu ramai di kalangan mereka jadi gangster....

Vincent Tay said...

Kenyataan Dr. Michael Lim dari DAP itu hanyalah berasaskan persepsi. Kita perlukan kaji-selidik yang ilmiah baru kita boleh percaya. Kita hendaklah: AMBIL YANG JERNIH.BUANG YANG KERUH; dan: Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Salam hormat.

yaki yiki said...

byk dh kita dgr pasal ni, pendek kata bende ni benar... kalau xde angin xkan pokok blh bergoyang... lbh malang lg bila ada co.asalnya 100% bumiputera bila tukar pengurusan baru abis dibuangnya org lama dan ambik cina2 yang lgsg xde hati perut... teruk kakitangan bawahan kene dgn depa ni... nama je co bkn main insuran islam pertama, ceo islam... tp mcm ****

Post a Comment

Popular Posts