#KalimahAllah: Menjawab Propaganda @malaysiakini

Written By Panglima Harimau on 23 October 2013 | 10:02 PM

Portal berita Malaysiakini hari ini menyiarkan beberapa komen mengenai isu kalimah Allah. Dalam ruangan 'Yoursay', portal itu memilih komen-komen berdasarkan laporan berita mengenai isu tersebut. Tetapi jika diteliti, komen-komen yang dipilih lebih terarah untuk membiarkan pembaca melihat isu itu dari sudut logik semata-mata.

Saya lihat, rata-rata komen yang dipilih datangnya daripada orang bukan Islam yang melihat isu ini dari sudut pandangan peribadi dan meminggirkan sama sekali hujah ilmuan dan tokoh-tokoh agama. Seolah-olah mereka ini mahu mengajar orang Islam tentang agama. Komen-komen itu boleh dibaca di [Malaysiakini]

Kecaman terhadap pemerintah, institusi mahkamah dipersoal, malah ada yang melontar komen mengatakan perjuangan menegakkan akidah Islam adalah sekadar permainan. Ada juga yang mengatakan ancaman terhadap menyebaran agama Kristian hanyalah satu rekaan. Betulkah begitu?

Dalam posting ini, diutarakan beberapa jawapan yang diharap dapat membetulkan kecelaruan yang terdapat dalam komen-komen serta persoalan yang dibangkitkan portal berkenaan.

Antoine Ross Deliones : Jika kebimbangan menjurus kepada pengguaan bahasa Melayu dalam akhbar mingguan The Herald boleh mempengaruhi kepercayaan orang Islam di Malaysia, adalah lebih penting untuk mengharamkan akses Internet (di mana terdapat banyak idea-idea yang 'berbahaya') serta apa-apa hubungan dengan dunia luar dan berhenti menghantar pelajar Islam belajar di negara seperti Amerika kerana risiko pendedahan kepada Kristian pastinya ribu atau jutaan kali lebih tinggi daripada peluang The Herald yang dibaca oleh Muslim Malaysia?

JAWAPAN: Hujah ini cuba memesongkan subjek atau fokus utama isu ini. Pemberi komen ini bercakap soal penerbitan The Herald yang mungkin dianggap ancaman kepada kepercayaan umat Islam, sepatutnya perkara itu dikupas mengenai penerbitan The Herald sahaja, kenapa perlu hedak "mengkomplekskan" isu dengan bercakap soal pengaruh internet pula? Kalau betul2 pemberi komen berkongsi kebimbangan mengenai internet yang mungkin boleh menggoyangkan kepercayaan penganut agama, patut digesa supaya SKMM main peranan menyekat mana-mana maklumat yang boleh jadi penyebab kepada kemungkinan itu. Mudah kan? Halang pelajar Islam ke luar negara sebagai hujah dalam isu ini kedengan cukup dangkal. Berapa peratus sangatlah pelajar Islam belajar di negara2 berkenaan? Tetapi itu bukan isunya. Negara tanpa peraturan, polisi dan dasar akan menjadikan sesebuah negara itu porak-peranda. Samalah juga dalam isu ini, ketetapan kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan Islam sebagai agama rasmi, selari dengan Perlembagaan yang menghalang mana-mana usaha penyebaran agama lain kepada orang Islam. Sudah tentu ia tidak akan mampu menjamin bahawa tidak akan berlaku langsung penyebaran agama lain terhadap orang Islam (termasuk di luar negara), tetapi kerajaan perlu mempunyai dasar dan peraturan yang jelas dalam hal ehwal agama.

Victim: Setiap orang harus mencontohi kebijaksanaan profesor Abdul Aziz Bari. Setakat ini tidak ada sedikitpun bukti bahawa orang Kristian menggunakan 'Allah' akan mengelirukan umat Islam dan menukar (agama mereka). Tunjukkanlah bukti. Malah jika ada pun, ia adalah tugas pihak berkuasa agama Islam untuk mendidik dan 'unconfuse ' umat Islam, jika tidak, mereka tidak melakukan tugas mereka. Ia bukan kesalahan orang-orang Kristian .

JAWAPAN: Komen sebegini jelas satu provokasi, seolah-olah mahu mewujudkan pertelagahan agama. Cukuplah diambil insiden operasi menyerbu sebuah gereja di Selangor pada tahun 2011. JAIS ada bukti lisan dan bergambar wujud usaha pengkaderan Kristian kepada orang Melayu. Banyak perkara yang menjadi asas kepada perdebatan isu ini, termasuk senario yang berlaku di negara2 lain termasuk Indonesia, apabila 2 juta umatnya murtad setiap tahun. Justeru, segala ketetapan yang dipertahankan oleh KDN dalam isu ni di mahkamah adalah lebih menjurus kepada kebimbangan umat Islam terhadap gerakan seumpama ini. Kebimbangan ini tidak wajar ditolak mentah2 kerana melindungi kepentingan Islam termaktub dalam Perlembagaan. Memang mudah untuk meminta JAIS atau jabatan agama 'buat kerja' untuk elak kejadian begini, tetapi mencegah adalah lebih penting dari mengubati, lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal kepentingan akidah. Kalau Aziz Bari itu dianggap sebagai seorang yang paling bijak untuk isu agama, bagaimana pula dengan tokoh2 agama seperti Ustaz Haron Din? Adakah beliau tidak bijak apabila menentang penggunaan kaliah Allah oleh bukan Islam?

Headhunter : Tidak syak lagi keputusan mahkamah menyebabkan lebih banyak kekeliruan kepada orang Islam dan Kristian. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan polarisasi kaum dan agama. Nampaknya kita tak akan lihat semua itu berakhir. Ucapkan "terima kasih" kepada UMNO untuk semua itu.

JAWAPAN: Keputusan mahkamah tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan selagi isu ini diangkat dari perspektif yang betul. Memandangkan ia diputuskan badan perundangan, maka wajar ia dilihat dari aspek kepentingan umum, bukan 'mengisukan' isu ini dengan sentimen yang tidak betul. Menuding jari kepada UMNO bukanlah hujah dalam isu ini kerana kebimbangan yang timbul disuarakan oleh rata-rata NGO dan umat Islam, malah beberapa pemimpin Pas terutamanya barisan tertinggi ulamanya sejak awal lagi tidak bersetuju akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah. Mahkamah tidak mengelirukan, tetapi tindakan menilai keputusan mahkamah dari sudut kabilah politik sebenarnya yang akan mencetuskan kekeliruan.

Orealis : Ini adalah sebab kenapa Umno 'unfit' (tidak layak) untuk memerintah. Mereka berfikir dunia hanya wujud satu negara bernama Malaysia dan mereka boleh melakukan apa sahaja mereka suka terhadap agama dan bangsa. Hakikatnya, dunia ini adalah jauh lebih besar dan Umno masih hidup dalam gua kecil mereka, mempertikaikan ketuanan ke atas agama dan bangsa. Sesungguhnya, agama bukan milik Umno semata-mata.

JAWAPAN: Sekali lagi, jika isu ini dilihat dari sudut partisan, ia akan memesongkan subjek sebenar. Ia diulas di luar konteks sehingga isu sebenar sudah tersasar dan lagi teruk apabila dicampur dengan sentimen yang tidak perlu. Akhirnya, kecelaruan mengenainya menjadi semakin panas dan semakin gagal dilihat secara lebih fokus dan rasional. Kalau UMNO mahu dianggap sebagai dalang, kita perlu ingat ramai ulama Pas juga berkongsi aspirasi yang sama, begitu juga dengan NGO2 Islam. Perjuangan menegakkan dan melindungi kepentingan Islam sebagai agama rasmi adalah selari dengan Perlembagaan negara. Atau adakah pemberi komen ini mahu mengatakan Perlembagaan sedia ada sudah 'unfit' untuk Malaysia?

Jeremy Ng : Islam di Malaysia tidak pernah terancam pun. Ini adalah satu plot oleh ahli-ahli politik untuk meraih sokongan daripada kaum tertentu. Dan ia adalah menjijikkan apabila kehakiman diperalatkan sebagai sebahagian daripada permainan ini. Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan perlembagaan diputarbelit, tetapi digunakan untuk mencipta konsep ketuanan agama dan keharmonian .Ini akan menyebabkan polarisasi kaum dan meletakkan konsep 1Malaysia dalam tong sampah.

JAWAPAN: Pandangan ini secara terang mahu mengatakan perjuangan menegakkan agama Islam adalah satu 'permainan'. Kalau tengok nama, saya percaya pemberi komen ini bukan orang Islam, justeru empunya diri berhujah ikut perspektif dan pandangan dirinya sendiri. Tidak timbul soal mahkamah 'memutarbelit' Perlembagaan, sebaliknya mahkamah membuat keputusan yang selari dengan tuntutan Perlembagaan. Sepatutnya pemberi komen ini mengutarakan baris akta atau undang2 mana yang disilaptafsir oleh mahkamah, bukan dengan menuduh mahkamah telah diperkakaskan. Persepsi negatif sebegini pasti tak timbul jika semua pihak menjunjung dan memahami Perlembagaan, bukan dengan memusuhinya. Dengan kata lain, ketikdakharmonian yang timbul tidak akan berlaku jika semua lapisan rakyat menghormati kedaulatan Perlembagaan.

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts