Mesej @WardinaSafiyyah Kepada Pejuang Kalimah Allah

Written By Panglima Harimau on 06 October 2013 | 10:28 AM


Ramai yang marah fasal Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. Tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, semua melepaskan amarah termasuk di FB dan Twitter - semuanya geram dengan penyelewengan yang dibongkar.

Aktres dan pengacara TV, Wardina Safiyyah adalah antara yang paling marah. Tiga empat hari lepas, tweetnya lebih berkisar pasal laporan audit. Perkataan rasuah diulang-ulangnya. Lama rasanya tak dengar pasal Wardina selepas dia pernah cetuskan polemik apabila jadi peceramah untuk program PKR tidak lama dahulu.

Tapi saya tertarik dengan Tweet terbaru Wardina pasal isu audit yang berbunyi: "Yang berjuang bermatian mempertahankan kalimah Allah...nah agama mu dihina..apabila yg percaya kpd Allah mengamalkan RASUAH!!"

Saya terkejut dengan Tweet ni. Apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan Wardina melalui tweet ini?

Kita boleh faham kalau Wardina mahu pertahankan PKR kerana sokong desakan DAP supaya kalimah Allah diguna untuk bukan Islam, tetapi mengaitkan isu audit dengan perjuangan mempertahankan kalimah Allah adalah satu tindakan paling dangkal, tidak sensitif dan berbaur politik.

Kenyataan Wardina ini seolah-olah bermaksud barisan peguam Islam serta jutaan umat Islam yang selama ini sama-sama berjuang di mahkamah mempertahankan kalimah Allah adalah orang sama yang mengamalkan rasuah.

Puan Wardina, dalam isu kalimah Allah, tidak semua yang berjuang mempertahankannya orang politik. Sebahagian besar mereka adalah golongan biasa-biasa yang sayangkan agama mereka. Mereka cekal berjuang dalam isu ini kerana mahu pertahan akidah generasi masa depan termasuk anak-anak dan cucu mereka.

Kalau hendak cakap pasal pendirian parti politik sekalipun, Wardina kena ingat segelintir pemimpin PR seperti Ustaz Haron Din dan Ustaz Haron Taib juga bersama-sama berjuang mempertahankan kalimah Allah. Atau Wardina hendak cakap Haron Din dan Haron Taib juga amalkan rasuah?

Tidak tahulah kalau Wardina hendak guna isu laporan audit ini untuk pulihkan imej busuk PKR berhubung isu kalimah Allah, kalau itu benar, maka kita minta dia carilah modal lain. Jangan nanti diri dicop sebagai barua politik yang bersekongkol dengan gerakan jahat untuk merosakkan agama sendiri.

10 comments:

Anonymous said...

Wardina yang pernah Melacorkan Dirinya ini nak tunjuk pandai... Lawak Betul..

Anonymous said...

Good comment but easier said than done.

There are leaders in BN and also PR.

Be spesific and don`t be a hypocrite.

salim hasan said...

Harapkan fesyen tudung aja gah,tapi bersekongkol dengan,barua barua zionis

Anonymous said...

Macam ini lah srikandi pertiwi, berani menentang kebathilan dan kemungkaran ...

Anonymous said...

Inilah masalah rakyat Malaysia. Gagal membezakn golongan pembuat dasar dan pelaksana. Pemimpin yg kita pilih adalah pembuat dasar. Mereka berdebat dan berbahas diparlimen utk meluluskn sesuatu dasar dan peruntukan belanjawan. Dan belanjawan itu disalurkn ke kementerian langsung ke jabatan utk melaksanakan semua dasar. Soalanny siapakah yg berada dijabatan-jabatan kerajaan? Adakah Najib? Adakah pemimpin parti politik? Jawapanny ialah penjawat awam. Ironiya bukan sedikit penjawat awam yg menjadi penyokong pembangkang. Lihat shj kputusan PRU lalu di parlimen putrajaya.

Krn itu jabatan audit itu ada bg memantau segala pergerakan wang awam di jabatan kerajaan. Sebarang ketirisan wang awam itu berpunca dr pegawai yg berperanan sbg pelaksana dasar yg gagal menurut amanah yg dipegangnya. Kita kena bezakan antara parti politik dan kerajaan.

Anonymous said...

kepada wardina ,kalau tak tahu lebih baik diam, daripada dapat dosa dengan membuat tuduhan membabi buta. boleh jadi fitnah tu..kalau nak juga jadi "tukang tambah" ..nak tumpang glamer dengan isu2 terkini, buat kajian dulu. tak lah nampak macam orang bodoh.

Anonymous said...

Wadinah kalau setakat hari2 minum susu lembu,tak payah lah bagi komen bodoh kamu tu.Apa guna bejubah,sembahyang tonggang tonggek tapi tidak mengenal diri,BANGKAI jugak jawab nya...if u said "i dont want them to be my leader"...pack yr thing n go back to Aceh, to where u belong...dont be MUNAFIK.Ramai lagi orang2 Aceh yng ingin jadi rakyat malaysia bebanding dengan negara Aceh yng rakyat nya sentiasa di timpa musibah n kelandangan.Belajar bersyukur.Ini lah akibat nya belajar ilmu kulit tak belajar ilmu mengenal diri.Satu ketika kamu gah satu dunia konon nya ank kecil kamu sudah bolih sembahyang, puasa etc etc etc....cuba renung ini....Awis Al Qarni hidup nya kelandangan n di pandang hina olih masyrakat setempat tapi beliau di sanjung Rasullah kerana amalan nya yng tak pernah di gembar gemburkan....rupa2 nya wali tahap nya.....so tak payah kukul canang satu dunia apa yng kamu amalkan...sesungguh nya ketentuan mu jua yng aku tuntut ya ALLAH.

Anonymous said...

Wadinah tidak ada apa yng kamu harus bangga dengan segulung diploma or degree or phd..ia nya semua rekaan JESUIT,puak2 yahudi....they r laughing at us.....our convocation is their convocation for white priest....Allah kata yahudi(lahnatullah) so cari lah keyahudian dalam diri kita supaya kita tidak di lahnat Allah.

Anonymous said...

You guys here are really shallow. You create an article, criticize it, and invite people to post negative comments about it. Such shallow malaysians.

Anonymous said...

Of course wardina x want so-called corrupt leaders. Dia suka leaders yang pandai maki hamun, yang sokong israel, yang lgbt, yang jual agama, yang nak tenyeh orang melayu. Yang tu jenis yang dia suka, kan wardina kan. Perasan tak abis, tgk kat tv nyampah macam dia sorang je yang pandai. Boleh jalanla....

Post a Comment

Popular Posts