Bincang Isu Kaum, Agama: Anwar Perlu 'Ajar' Pemimpin DAP Dulu

Written By Panglima Harimau on 30 January 2014 | 10:33 AM

DS Anwar sekali lagi ajak BN untuk berbincang isu agama dan kaum yang dikatakan sedang menegang kebelakangan ini.

Ini bukan kali pertama Anwar buat gesaan begini. Tetapi rasanya Anwar perlu berbincang dahulu dengan geng-geng PR seperti DAP yang saya anggap adalah dalang dalam isu-isu agama dan kaum yang membahang.

* Anwar perlu berbincang dahulu dengan pemimpin seperti Lim Guan Eng - pemimpin yang mula-mula membakar sentimen agama dengan mendesak kerajaan benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung.

*Anwar perlu berbincang dahulu dengan pemimpin seperti Ngeh Koo Ham yang menguji kesabaran umat Islam secara terbuka mendesak lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam berhubung penukaran agama atau murtad.

*Anwar perlu berbincang dahulu dengan pemimpin seperti Nga Kor Ming yang memaikan sentimen agama apabila mempersoalkan kenapa peruntukan untuk pembinaan masjid lebih besar daripada peruntukan rumah ibadat lain. Bukankah Islam adalah penduduk majoriti negara ini?

*Anwar perlu berbincang dahulu dan mengajar Kor Ming supaya berhenti mempersoalkan kewujudan UiTM yang dibuka hanya untuk orang Melayu. Kalau dahulu boleh, kenapa semua ini mahu dipersoalkan sekarang?

* Anwar perlu berbincang dahulu dengan Hannah Yeoh yang masuk campur dalam hal ehwal agama Islam apabila secara terbuka mengkritik badan berkuasa agama seperti JAIS yang menguatkuasakan enakmen agama di Selangor.

*Anwar perlu berbincang dahulu dengan Tony Pua yang pernah bersikap angkuh dengan mengatakan PR mahu mengurangkan jumlah penjawat awam yang diketahui majoritinya orang bumiputera jika PR memerintah negara.

*Anwar perlu berbincang dahulu dengan aktivis DAP, Michael Lim Mah Hui yang pernah mengeluarkan kenyataan: "Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya? Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?"

*Anwar perlu berbincang dahulu dengan DAP yang pernah menyatakan bahawa bantahan umat Islam terhadap filem menghina Nabi Muhammad adalah satu perbuatan membuang masa!

Ini hanyalah beberapa perkara yang terlintas di fikiran, tidak termasuk lambakan isu sering timbul gara-gara kerana sikap angkuh dan biadab pemimpin DAP seperti mempersenda ayat al Quran, menggelar pemimpin Melayu sebagai 'hitam metalik' atau menyumbat kangkung ke mulut patung pemimpin.

Mungkin DS Anwar bimbang dengan reaksi keras daripada banyak pihak dalam isu-isu agama dan kaum, tetapi DS Anwar perlu faham reaksi itu tidak akan timbul jika tiadanya provokasi dari pemimpin-pemimpin DAP yang disebut di atas. Pendek kata, jangan mengalih isu untuk berbincang dengan orang lain sedangkan punca dan sebab musabab datangnya dari sekutu-sekutu DS Anwar sendiri.

Kalau benar DS Anwar dan sekutu-sekutunya dari DAP benar-benar ikhlas untuk selesaikan isu kaum dan agama, mereka seharusnya mencermin diri dan memperbaiki dasar supaya tidak dilihat terlalu memusuhi Islam dan orang Melayu.

Umat Islam tidak akan termakan dengan lakonan segelintir pemimpin DAP yang semberono memetik ayat dalam al Quran dalam ceramah-ceramah politik. Sesiapa juga boleh memetik ayat untuk sedapkan hati, tetapi ia tidak mampu menutup wajah sebenar mereka yang tidak putus-putus mahu mempersenda dan memperlekeh kesucian agama.

Jangan hanya kerana baru mendapat sedikit kuasa di P. Pinang dan Selangor, DAP hendak mengubah segala-galanya. Mereka mungkin mahu mengubah sistem, tetapi mereka tidak akan mampu mengubah sejarah yang menyaksikan jerit perih orang Melayu yang pernah menyambut tangan persahabatan dari kaum lain untuk hidup aman damai di bumi Malaysia.

Usah menggoncang persabahatan itu dengan pengkhianatan.

1 comments:

Anonymous said...

Kesimpulan nya si Anuar lah pemula kepada semua krisis kaum dan agama. Demi untuk mendapat sokongan dari puak DAP dan cina (termasuk puak kristian), beliau secara direct dan indirect telah memberi muka dan ruang kepada luak cina menghina melayu dan agama islam. Penghinaan dan manipulasi kaum dan agama telah berlarutan semenjak akhir PRU12 apabila Anuar dan pakatan merasa angkuh dengan kemenangan mereka. Dalam PRU13, permainan penghinaan dan provokasi kaum melayu dan islam telah bertambah menjadi-jadi sehingga kesemua undi cina pergi kepada pakatan. Adakah perlu kita percaya kepada seorang dan puak yang tidak jujur, pembohong, tidak bermoral, tidak beretika dan rasis???? Saya sebagai pemerhati politik puluhan tahun tahu sangat perangai Anuar dan puak pakatan. Jangan sesekali percaya. Rujuk lah kepada firman ALLAH SWT dalam Al-quran yang tegah daripada mempercayai kaum KAFIR dan MUNAFIQ. Amat jelas siapa mereka-mereka yang KAFIR HARBI dan MUNAFIQ....

Post a Comment

Popular Posts