Cerita 'Kangkung' : Apa Yang Kita Terlepas?

Written By Panglima Harimau on 15 January 2014 | 7:35 PM


Hati kecil saya terusik lantaran melihat gambar seorang guru mualaf di Johor yang tunduk menangis kerana diarah membuka tudung jika mahu mengajar di sebuah SJKC di Johor. Jika seorang wanita mualaf boleh menangis lantaran fitrahnya sebagai muslimah dihambat sebegitu rupa, bagaimana pula kita yang sememangnya lahir di dunia sebagai muslim?

Apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible bahasa Melayu demi melindungi dan mempertahankan akidah ummah, mereka dicerca, dikeji dan dicemuh. Mereka diserang kiri dan kanan hinggakan digelar ekstremis agama. Adakah kita sudah hilang deria rasa yang dikurniakan oleh Allah untuk sekadar melihat betapa agama kita diserang begitu hebat? Adakah kita hanya mampu berdiam dan tanpa merasa apa-apa?

Sebuah GIATMARA di Selangor yang setiap tahun melatih anak-anak Melayu yang keciciran persekolahan untuk belajar ilmu kemahiran juga diarah ditutup. Jika usaha untuk menutupnya berjaya, tidak mustahil ia akan dijadikan contoh kes untuk menutup lebih banyak GIATMARA selepas ini. Pernahkah kita bertanya apa akan jadi pada nasib pelajar-pelajar pusat berkenaan selepas ini?

NGO COMANGO dari Malaysia bermati-matian memperjuangkan hak penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, hak kebebasan murtad bagi orang Islam, menegakkan hak golongan gay dan lesbian serta hak kesamarataan agama di negara ini. Mereka sanggup berhempas pulas malah membawa agenda perjuangan mereka ke PBB. Pendek kata, wujud gerakan yang menyerang Islam dari segenap arah. Adakah itu belum cukup untuk menyentap jiwa Islami kita untuk setidak-tidaknya menulis 'kami tidak setuju' melalui status di FB?

Begitu malang, semua perkara ini teryata tidak mampu menyentak emosi dan jati diri kita, tetapi begitu teruja berbicara mengenai KANGKUNG. Jari jemari kita lebih ligat membuat jenaka, mencipta video, parodi dan gambar mengenai KANGKUNG. Daripada menyedarkan anak bangsa mengenai ancaman dan serangan yang semakin hebat dilancarkan musuh agama, kita lebih rela untuk berkongsi dan menyebarkan ceritera mengenai KANGKUNG di wall FB dan forum-forum laman sosial.

Kita berasa bangga apabila cerita KANGKUNG yang kita berlumba-lumba jadikan satu trend laman sosial dilaporkan oleh BBC - agensi berita asing yang selama ini banyak mempotretkan imej negatif mengenai Islam di seluruh dunia. Tidak pula kita bertanya kenapa BBC tidak mahu melaporkan isu-isu yang disebutkan di atas?

Ya, cerita KANGKUNG - tumbuhan tepi longkang - bisa membuatkan kita tertawa gembira. Itu lebih penting daripada memikirkan tangisan dan gelojak hati seorang mualaf yang tegar mempertahankan fitrahnya sebagai muslimah. KANGKUNG lebih penting daripada memikirkan nasib pegawai dan anggota JAIS yang bergelut memperjuangkan kesucian agama sendiri. Kita lebih peka untuk bercakap mengenai KANGKUNG daripada memikirkan masa depan anak-anak bangsa yang satu persatu hak dan kepentingan mereka dipersoal dan mahu dirampas.

Tertawalah selagi KANGKUNG boleh membuat kita gembira. Kerana tidak mustahil suatu nanti kita tidak mampu ketawa segirang hari ini, lantaran ketika itu kita sudah tidak miliki apa yang kita ada hari ini. Ketika itu, kita sudah tidak punyai apa yang kita bangga-banggakan pada hari ini. Ketika itu, KANGKUNG mungkin sudah tidak mampu membuat kita ketawa, malah mungkin bisa buat kita menangis kerana ia pernah menutup hati nurani kita untuk melihat kebenaran dan menentang kebatilan.

Wallahualam.

2 comments:

Anonymous said...

Aku pun hairan macamana penasihat-penasihat PM boleh cadangkan "kangkung" sebagai "economic example" dalam kehidupan di Malaysia ini. Sekarang dah jadi bahan ejekan bukan oleh puak puak pembangkang. Puak puak pro government pun sama. Tak ada ke benda lain yang lebih commercial. Agaknya penasihat penasihat PM pun dari jenis kangkung...kangkung longkang, kangkung paya, kangkung camaron highland, kangkung kampong dan macam-macam kangkung lagi yang ada kat PM dept. tu.

Mrobin Jamri Ruby said...

Tu la...bila jais bertindak guna la akal dan kebijaksanaan bkn pkai serbu ja...klau org serbu masjid kita dn gna kekerasan d luar negara krana marah apa yg trjadi kt mlaysia cmna? bertindak ikut cara nabi...bkn bertindak ikot cra mufti kangkung... org tua2 dlu dh pesan,ibarat tarik rmbut dlm tepung....awat ingt klau jd 13 may lg..negara China,india,singpura,usa nk tgk saja..depa msti msk cmpoq pnya...malaysia smua ada..minyk,emas,sawit,getah,timah laluan strategik.....pada pekida ni nasihat aku....klau nk pgang Islam jgn la jd bonzer kelab mlm,kaki pukul,kaki indon...smua tu dlm poket dpan aku ja...balik lah kita pda ajaran Islam sepenuhnya bkn sparuh2

Post a Comment

Popular Posts