Cerita 'Kangkung' : PR Akan Lawan Habis-Habisan - @anwaribrahim

Written By Panglima Harimau on 16 January 2014 | 10:10 AM



KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sebulat suara untuk membawa isu kangkung yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pertubuhan Kangkung Sedunia (PKS) memandangkan ia boleh menghancurkan ekonomi negara sekaligus merosakkan masa depan lebih 28 juta rakyat Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anuar Berahim menegaskan, kenyataan mengenai kangkung yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Kemaman baru-baru ini sangat tidak wajar kerana terang-terang satu penghinaan kepada rakyat yang selama ini menjadikan kangkung sebagai antara makanan utama.

``Kenyataan Perdana Menteri itu sangat mengejutkan sehingga seluruh rakyat dilanda penyakit kangkung. Saya telah arahkan cybertrooper PR supaya mencipta lagu-lagu dan memuatnaik gambar-gambar pasal kangkung di laman sosial untuk menyedarkan rakyat betapa seriusnya isu ini.

``Kita tidak akan berkompromi dalam soal ini. Apa pun terjadi, kita tidak akan undur, kita akan lawan Perdana Menteri dalam isu ini. Beliau kata kangkung turun harga, itu fitnah sekaligus memalukan penanam kangkung di seluruh dunia,'' tegasnya dalam satu perhimpunan mega Anti-Kangkung malam tadi.

Turut hadir semua pemimpin PR setiap peringkat di seluruh negara termasuk Presiden Pas, Datuk Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Penasihat DAP, Limm Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singa.

Sementara itu , dalam sidang akhbar selepas itu, Anuar berkata, pihaknya akan mendesak supaya usul tergempar dibawa ke Parlimen bagi memastikan isu kangkung dibahaskan demi memulihkan segera ekonomi Malaysia yang terjejas teruk akibat isu berkenaan.

``Kalau tidak, saya bimbang ekonomi kita akan lumpuh kerana kangkung adalah komoditi utama Malaysia. Kalau kita bangkrup maka Najib kena letak jawatan. Saya dah bincang dengan Persatuan Kangkung Malaysia dan minta mereka bertenang, jangan bertindak melulu kerana kita akan usahakan supaya harga kangkung dapat dinaikkan semula.

``Kita juga meminta polis supaya tidak bertindak ganas dengan penanam kangkung kerana mereka hanya meluahkan isi hati dan kesakitan mereka. Ini negara demokrasi, masing-masing ada hak, kalau mereka nak nyanyi lagu kangkung apa salahnya?,'' tegas beliau.

Ditanya mengenai isu GiatMara di Selangor yang menimbulkan kemarahan penduduk Melayu di negeri itu, Anwar berkata, isu hanya mainan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mahu lari dari isu kangkung yang menggemparkan negara pada masa ini.

Ditanya mengenai tindakan pihak gereja di Selangor yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu walaupun mahkamah sudah membuat keputusan ia tidak dibenarkan, Anwar menegaskan, isu berkenaan boleh diselesaikan jika harga kangkung dapat distabilkan semula.

``Anda (wartawan) kena logiklah sikit, kenapa sibuk nak tanya pasal isu ini (kalimah Allah). Anda kena sensitif, negara kita berdepan krisis kangkung yang boleh mengundang kacau-bilau, malah boleh mencetuskan perang saudara,'' tegas beliau sambil kenyit mata dengan Kit Siang yang ada di sebelah beliau.

Dalam pada itu, beliau sedang menimbang cadangan ahli akar umbi parti itu yang mahu PKR ditukar nama kepada Parti Kangkung Rakyat sebagai tanda komitmen barisan kepimpinan parti tersebut untuk memperjuangkan isu kangkung sehinggalah perang PRU-14 kelak.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan pindaan perlembagaan parti yang akan dilakukan secepat mungkin.

Wartawan turut bertanya mengenai tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Stopa Ali yang akhirnya mengaku dan menarik balik tuduhan bahawa video seksnya bersama seorang wanita didalangi oleh UMNO, namun Anwar enggan mengulas lanjut.

``Jangan buat spekulasi. Kita dapat bukti bahawa ketika kejadian (khalwat) itu, saya dan Tok Stopa bersama pemimpin lain sedang makan sup kangkung di restoran KGS (Kami Gay Sejati) di Shah Alam. Kami dah bincang untuk tindakan (undang-undang) seterusnya kerana ia adalah usaha untuk menjatuhkan Stopa,'' tegasnya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungan rapat pembangkang dengan pertubuhan Comango yang diharamkan kerana menuntut kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) Anwar sekali lagi berang kerana pihak media sengaja membelakangi isu kangkung yang diperjuangkan PR.

``Sikit-sikit tanya pasal isu agama. Anda semua tiada isu lain ke? Saya hendak ulang, kita kena sensitif sedikit, ini isu sejagat. Bayangkanlah kalau kangkung pupus, macam mana dengan ekonomi negara kita? macam mana dengan masa depan anak-anak?,'' tegasnya.

Menjawab pertanyaan adakah beliau tidak bimbang promosi kangkung akan menyebabkan harga tanaman kunyit yang sangat beliau gemari akan merudum, Anwar sekali lagi enggan memberi komen.

``No komen, u ulang tanya i saman,'' katanya sambil mencebik sebelum meninggalkan sidang akhbar. - Suara Keldaian

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts