@anwaribrahim Seorang Konspirator !

Written By Panglima Harimau on 30 March 2014 | 3:24 PM



MENGAPA ketika menang kes tidak pula kedengaran berlaku konspirasi politik?

MENGAPA apabila keadaan tidak menyebelahinya, maka pihak lain yang salah?

HEBATNYA orang yang bernama Anwar Ibrahim sehingga seolah-olah tidak ada silap dan pihak yang menentangnya sahaja yang salah?

KERANA ANU WAR mempunyai niat peribadi yang kuat sehingga sanggup menggunakan apa jua cara demi mencapai impian;

KERANA ANU WAR sanggup bertalam bermuka-muka dengan bertutur mengikut selera siapa pendengar di hadapan;

KERANA ANU WAR bijak berpura-pura dengan bertopeng sifat baik dan bermain atas belas-kasihan orang lain;

KERANA ANU WAR, bersekongkol dengan tangan-tangan ghaib supaya memperolehi bantuan atau sokongan yang luar dari biasa.

SELAGI wujud ruang untuk mana-mana pihak meletakkan sifat belas-kasihan yang tidak kena pada tempatnya; SELAGI wujud ruang untuk terus dibuai dengan alunan cerita sensasi tanpa dimurnikan dengan fakta dan nasihat daripada insan-insan soleh lagi bijaksana; SELAGI terpasak sifat taksub pada manusia atau wadah; SELAGI jiwa itu penuh dengan sifat-sifat dendam-kesumat, hasad-dengki dan cetek pemikiran, MAKA SELAGI itulah sokongan terhadap yang batil itu tetap akan membara.

JADI SIAPA sebenarnya konspirator politik di negara kita? Wallahua'lam & Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts