Jurucakap DAP, Abdul Aziz Isa Mahu Cina Diiktiraf Sebagai Tuan Tanah Atau Bumiputera

Written By Panglima Harimau on 07 March 2014 | 11:18 AM


SAYA bukan anak kelahiran zaman sebelum merdeka. Tetapi jiwa saya terisi dengan cerita-cerita lampau mengenai senario ketika pembentukan tanah Melayu dahulu. Ada yang dipelajari di sekolah, ada juga dititip hasil cerita orang lama-lama.

Anda mungkin pernah dengar dengan konsep Jus Soli yang diperkenalkan pada 1945 dan dilaksanakan setahun slepas itu dibawah Malayan Union - konsep yang ditentang keras tok nenek kita dahulu. Mereka menentang kerana konsep itu menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati golongan bumiputera.

Mereka menolak Jus Soli kerana ia memberi hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa. Tok nenek kita yang tidaklah belajar tinggi-tinggi di universiti boleh faham bahawa jika penghapusan hak istimewa mereka dihapuskan, maka kaum lain yang berhijrah dari China dan India akan menguasai ekonomi, maka jurang ekonomi akan bertambah besar.

Tok nenek kita bukan tidak yakin pada diri sendiri untuk berjaya, tetapi mereka tidak yakin pada tahap kesetiaan terutamanya orang Cina kepada Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu. Kalau kita teliti susur galur kewujudan gerakan seperti Parti Komunis Malaya sehingga pemimpinnya seperti Chin Peng sehingga hari matinya enggan mengakui taat setia kepada Raja Melayu, anda akan boleh faham kenapa tok nenek kita ada perasaan begitu.

Ternyata, kebimbangan mereka benar-benar berasas dan terpancar jelas hari ini - setelah 69 tahun idea Malayan Union berlalu.

Mereka mungkin menjangka tuntutan seperti Jos Soli dari bangsa-bangsa lain akan berkumandang lagi seperti yang berlaku kebelakangan ini, tetapi mereka pastinya tidak menduga tuntutan itu datang dari bangsa mereka sendiri - seperti lelaki yang keluarkan kenyataan dalam laporan portal ini.

Abdul Aziz Isa adalah ahli DAP yang juga pembantu khas kepada Ahli parlimen DAP, Chong Chien Jeng. Dengan status 'Melayu' dia menikmati kemudahan dengan belajar di UNIMAS - universiti kerajaan yang memberikannya kelebihan berdasarkan kedudukannya sebagai orang bumiputera. Entah dia sedar atau tidak, tuntutannya untuk mengiktiraf Cina sebagai bumiputera samalah seperti menghapuskan bumiputera. Kalau semuanya disamaratakan, apa gunanya lagi ada istilah bumiputera?

Macam saya pernah sebut dalam posting sebelum ini, DAP tidak akan pernah putus asa berjuang untuk menggapai cita-cita mereka. Kalau diri sendiri mereka tidak mampu, mereka akan gunakan Melayu untuk memporakperandakan Melayu.

Jangan sesekali kita lupa pesan orang-orang dulu - “Musuh jangan kita dendang.. kelak dihalaman kita mereka berladang”

4 comments:

Arik said...

Abdul Aziz sangat bodoh sekali dia mahu iktirap cina n india jadi bumi putera apa kan jadi bila india n cina di iktirap beri bumi n bumi putera kemana akan prginya bangsa melayu ,sdangkan tidak di bumiputerakan mereka cina n india menguasai ekonomi dp bangsa bumi putera piker dulu selum cakap jangan brpikir macam anak kecil,

Anonymous said...

dah bleh makan kedarah kenyang2.buat apa nak fikir hal orang melayu.salah guru nya yg ngajar mamat ni sorang

Anonymous said...

Si barua ni aku dengar dari kawan aku dia ada mohon pinjaman untuk sambung master..sudah dia mendapat kemudahan dengan belajar di UNIMAS, universiti kerajaan sekarang dia lupa kerajaan pernah bantu dia..

Mat Komeng said...

Salam bangsaku melayu, kita sekarang yang ke2 teramai diSarawak dari kedudukan kaum di Sarawak. Kenapa kita tidak memilih bangsa sendiri sebagai ketua malah seagama dengan kita. Perbezaan pendapat & politik berlaku dimana mana tetapi ada kita lihat bangsa lain meletak bangsa selain dpd bangsa sendiri sebagai ketua? Hanya kita orang melayu sanggup berbuat begitu akhir akhir ini.Tidak salah bekrja dibawah bangsa/kaum lain tetapi meletak mereka sebagai ketua bagi mengetuai bangsa kita sendiri sememangnya tidak sesuai.

Post a Comment

Popular Posts