Kelangsungan Politik Keluarga PKR. @anwaribrahim @drwanazizah @n_izzah

Written By Panglima Harimau on 29 March 2014 | 10:00 AM

KEUPAYAAN PKR untuk menang PRK ciptaannya tidak boleh dipertikaikan; dengan Slogan Dari Kajang ke Putrajaya! Dan ianya bermula apabila berlaku pertelingkahan antara Menteri Besar (MB), Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang pada 27 Januari, iaitu selepas 9 bulan PRU 2013. Sehari kemudian, Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon PKR dengan spekulasi bakal menggantikan Khalid sebagai MB. Malang Langkah Kajang tersekat apabila hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Wan Azizah yang sebelum ini berehat selepas meletak jawatan sebagai anggota Parlimen kini kembali memikul tugas sebagai wakil rakyat. Bezanya kini, beliau hanyalah wakil rakyat di DUN dan bakal dilantik sebagai exco kerajaan negeri Selangor? Siapa pula akan dijadikan korban atau wujud satu portfolio baharu? Mungkinkah juga beliau bakal menjadi MB?

Wan Azizah yang sentiasa ditemani kipas di tangannya mampu menarik simpati pengundi-pengundi terhadapnya sama seperti di Permatang Pauh. Dan beliau sekali lagi akan ke Permatang Pauh sekiranya sesuatu berlaku terhadap Anwar selepas ini.

BERAPA LAMA Wan Azizah akan kekal di Kajang? Pelbagai kemungkinan boleh berlaku selepas ini; dengan episod Kajang-Permatang Pauh atau Permatang Pauh-Kajang. Hanya PKR boleh melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik Anwar Anak Beranak!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts