Satu Kapal Lain-Lain Nahkoda.

Written By Panglima Harimau on 31 March 2014 | 12:40 PM

NIK ABDUL AZIZ Nik Mat mohon maaf atas segala kesilapannya selama 23 tahun menerajui pentadbiran negeri Kelantan. Air matanya bergenang ketika memohon maaf di hadapan jemaah semasa kuliah subuh, semalam. Syukur; itu adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

NIK AZIZ juga insan biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Semua kita, apatah lagi penduduk Kelantan tiada masalah untuk memaafkan beliau. Jasa dan sumbangan besar beliau tidak boleh dinafikan. Pengaruh beliau dicemburi kawan mahupun lawan. Jadikanlah perbuatan mulia beliau memohon maaf dengan hati yang jernih dan kudus, dicontohi pemimpin lain.

LAIN PULA yang berlaku pada Anwar. Ia mahu menjadi Presiden partinya, kerana sedar peluangnya pada peringkat rayuan kes liwat nanti adalah tipis. Percayalah Anwar akan menarik diri bagi memberi laluan kepada Wan Azizah. Beliau hanya percayakan keluarganya sendiri.

KASIHAN AZMIN ALI tidak mendapat tempat untuk ke puncak. Sudahlah jawatan Presiden melepas, dicabar pula oleh Khalid Ibrahim untuk jawatan Timbalan! Rumusannya, siapa yang kena main jika bukan Azmin. Sabar sajalah Yeop !

KARPAL SINGH mengambil keputusan meletakkan jawatannya, sementara menunggu rayuan kes hasutan beliau. Dari segi prinsip moral, mana-mana pemimpin parti politik yang bersalah oleh mahkamah sewajarnya meletakkan jawatan. Tetapi DAP ini terlupa pula bahawa CEC DAP yang ada sekarang masih bertaraf hantu dan haram !

TAPI SIKAP Karpal lebih budiman berbanding Anwar Ibrahim yang enggan melepaskan jawatan selepas dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan lebih serius - iaitu meliwat; Karpal ada kelas!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts