Suka Sama Suka : PKR, PAS Dan DAP!

Written By Panglima Harimau on 27 March 2014 | 1:17 PM

PADA 12 Mac 2014, Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa - kesalahan di bawah Seksyen 377A.

MAJLIS PEGUAM mengakui Anwar telah melakukan liwat dan pandangan tersebut senada dengan keputusan yang dibuat oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan.

DARI SUDUT ISLAM, persoalan itu tidak timbul kerana yang paling penting, liwat adalah perbuatan keji dan amat ditegah agama. Asas kepada hukum pengharaman itu terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Allah telah menimpakan kaum Nabi Lut dengan hujan batu untuk membinasakan mereka. Hukumnya jelas dan qatie iaitu haram dan dosanya amat besar.

APAKAH pendirian Pas terhadap kes ini? Kerana sehingga kini kepimpinan parti tersebut terutama Majlis Syura Ulama membisu seribu bahasa. Adakah kenyataan daripada Majlis Peguam itu juga sukar hendak diterima oleh Pas?

ATAUPUN mereka percaya Anwar melakukan liwat berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan serta kenyataan Majlis Peguam! Namun disebabkan politik, pemimpin-pemimpin Pas termasuk barisan ulamanya tidak mampu berbuat apa-apa.

HAIRAN! dahulu mereka dengan mudah menggelarkan ulama yang tidak sehaluan atau ulama yang menyokong pemerintah sebagai ulama jahat, kerana menyembunyikan ilmu dan mahukan ganjaran tetapi lihat apa yang telah berlaku kepada ulama-ulama Pas sekarang. Apabila terkena batang hidung sendiri mereka terus diam, langsung tidak berbunyi. Jahat sungguh!

DISEBABKAN kerjasama politik, Pas sehingga kini enggan menyatakan pendirian yang jelas. Ini ada kewajarannya memandangkan Pas selama ini telah mengangkat Anwar sebagai ketua organisasi bagi pakatan pembangkang.

SOALNYA; adakah Pas sebagai sebuah PARTI ISLAM sanggup mempunyai ketua yang telah disabitkan oleh mahkamah melakukan perbuatan liwat? Sebagai sekutu pakatan, Pas juga turut terpalit. Pas telah diketuai oleh seorang peliwat. Seekor kerbau membawa lumpur, jangan semua terpalit sama!

Wallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts