Siapa Punya Idea Hapus Diskaun 7% Bumiputera Di Selangor?

Written By Panglima Harimau on 16 April 2014 | 9:00 AM



PADA sekitar Julai 2010, Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Puar pernah mencadangkan supaya diskaun antara 5 hingga 7 peratus kepada bumiputera dalam pembelian rumah dimansuhkan.

Maka bertempiklah orang Melayu ketika itu. Pas yang tidur sebantal dengan DAP pun marah-marah, maklum sahajalah nak dekat PRU, bertegang leher Pas membantah kononnya cadangan itu memberi kesan buruk kepada nasib orang Melayu.

DS Anwar Ibrahim pula ketika itu sekadar membisu, takut cakap lebih-lebih taiko DAP marah. Tidak lama selepas itu, cadangan itu senyap begitu sahaja sementelah menunggu perang PRU-13.

Namun, kerajaan PR Selangor yang menang bergaya pada PRU-13 lalu, semalam mengumumkan akan memansuhkan diskaun tujuh peratus itu - tindakan yang dianggap satu tamparan hebat kepada orang Melayu.

Sejak bertahun-tahun lamanya diskaun diberikan, kali ini orang Melayu di Selangor terpaksa menerima hakikat, perkataan "diskaun 7% bumiputera" tidak akan tertera lagi di mana-mana flyers atau promosi pembelian rumah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad negeri memberi alasan: Diskaun tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan telah diberikan subsidi.

Ironinya, Iskandar adalah pemimpin Pas - parti yang dulunya beriya-iya membantah cadangan Tony Pua.

Untuk rekod, sebelum ini, diskaun 7% tetap diberikan kepada bumiputera walaupun sudah mendapat diskaun daripada kerajaan.

Ini bermakna, kepada orang bumiputera di Selangor, istilah "bumiputera" yang ada pada anda tidak lagi terpakai untuk mendapat keistimewaan jika hendak membeli rumah seperti dinikmati selama berdekad lamanya sebelum ini.

Anda sama sahaja dengan bangsa lain. Jika hendak beli rumah, kenalah bersaing secara sama rata. Ya, konsep sama rata yang diperjuangkan DAP selama ini akhirnya berjaya direalisasikan di Selangor.

Tahniah DAP, Tahniah Melayu Selangor!

1 comments:

Anonymous said...

PR nak tunjukan pada masyarakat Cino & India, diaorang bole tarik itu hak keistimewaan org melayu & bumi bila diaorang berkuasa...kepala hotak melayu urban kat Sgor nie dah di korupted dgn membenci UMNO sbb tu PR x takut pun akan kalah.

Post a Comment

Popular Posts