Mendengar Pandangan Orang Muda. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ShahrizatJalil @Khairykj @emysamsudin

Written By Panglima Harimau on 07 June 2014 | 8:26 PM

DALAM PRU13; BN hilang banyak kerusi dan undi di kawasan bandar dan sub bandar. Undi orang muda jadi undi protes. Mereka undi pembangkang kerana terasa suara mereka diabaikan. Masalah kos sara hidup, masalah perumahan, masalah gaji semasa, atau apa sahaja masalah; kita perlu mendengar dan memahaminya.

ORANG MUDA beranggapan pemimpin sekarang, sentiasa mahukan orang muda mendengar sahaja. Ini yang mereka tidak suka. Kalau kita Menceritakan Cerita Sejarah dan mengkisahkan pengalaman, mereka anggap itu sebagai satu ugutan! Kita kena berkomunikasi secara matang; kena ada budaya mendengar!

KRITIS dan berani menerima kelemahan. Kita kena bersedia untuk menerima komen dan kritikan orang muda. Trend anak muda kini; mereka tak suka diajar, tak suka diungkit, tak suka disuruh percaya dan tak suka maklumat terpilih.

MEDIA ARUS perdana akan kekal dengan peranannya yang sedia ada; kita harus kuasai media baharu. Bukan setakat serbu dan perang, tetapi memahami psikografik orang muda dalam urusan maklumat di media baharu. Belajar dari PRK Teluk Intan; bagaimana profil calon pembangkang diuar-uarkan sebagai ikon orang muda secara meluas di media sosial, hingga calonnya menjadi trend pilihan!

TANPA disedari sampai sekarang, kita masih tercicir. Orang muda kita yang tidak mengikuti media konvensional arus perdana, mereka bergantung penuh pada sumber portal antikerajaan, setiap kali mencari maklumat dalam jaringan siber.

DUNIA internet mencetuskan agenda berbeza; oleh itu satu aktiviti bulanan dengan kumpulan yang mengkritik kerajaan perlu diadakan. Mendengar kritikan walaupun kritis dan pedas, adalah gambaran kita berjiwa besar dan sedia mendengar.

BILA kita dengar dan menyediakan platform untuk mendengar maka kita mengurangkan kebergantungan orang muda untuk mengenal kerajaan melalui portal pembangkang.

SEPERTI kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak zaman kita kerajaan nak mengaku tahu semua perkara, sudah berakhir. Kita kena ada sikap mendengar pandangan orang muda.

3 comments:

Anonymous said...

kepala puki punya pemimpin umno… dengar sura org muda..bangsat retorik setan!

Anonymous said...

Pemimpin2 pakatan sial semua barua..taik puki.

Anonymous said...

Pemilihan pkr dah jadi mcm beruk dalam zoo...kah kah kah.

Post a Comment

Popular Posts