Biar Berani Bermaruah #LangkahKajang

Written By Panglima Harimau on 29 August 2014 | 10:00 AM

PERTUKARAN Menteri Besar Selangor sehingga kini bercelaru seperti hantu puaka. Kemelut itu berpunca daripada perbuatan pemimpin PKR sendiri. Khalid seperti roh sesat yang tidak bertuan. Walaupun hilang segala-galanya, beliau tetap ujud! Langkah PKR memaksa Abdul Khalid meletak jawatan adalah tindakan yang terlalu kasar dan menyebabkan imej pihak pembangkang di mata rakyat telah jatuh merudum.

DAP MENYOKONG Wan Azizah 100 peratus sebagai MB Selangor, tetapi sebelum ini secara terbuka mereka memuji Abdul Khalid sebagai manusia paling jujur dan amanah serta mentadbir negeri dengan cemerlang. Tapi selepas Langkah Kajang, Abdul Khalid yang dahulunya dipuji dan ditatang telah dicemuh dan diherdik. HAIRAN!

WALAU BAGAIMANAPUN Pas agak licik dalam kemelut ini. Berdasarkan persefahaman pimpinan pakatan pembangkang, sepatutnya calon Menteri Besar ialah daripada PKR. Tapi tindakan Pas yang menyokong Abdul Khalid menyebabkan beliau bertegas tidak mahu meletakkan jawatan! Pas tidak memberikan sokongan kepada Wan Azizah. Pas mengarahkan semua 13 ADUN nya tidak menandatangani sokongan pada Presiden PKR itu.

Pas dituduh melakukan satu pembohongan secara terang-terangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Pas.

"Tidak akan berjaya sama sekali kaum yang melantik wanita sebagai pemimpin mereka" (Al Bukhari, Al Termizi). Hadis ini sahih dan boleh di jadikan hujah dan sandaran.

TAHNIAH PADA Pas!

1 comments:

Anonymous said...

Apa yang kamu meroyan ni? nak menyampai kebenaran tu jgn simpan sikit celah ketiak..
1) Presiden PAS tidak diberitahu.. walaupon Naibnya pergi mesyuarat (Mat Sabu) apa la perasaan Anwar atau etika bergagasan bila mana keputusan dibuat tanpa melalui org paling atas? Mat Sabu pon mesti jawab soalan ni

2) Anwar umum kata semua parti dalam gagasan telah setuju... takde rasa malu ker? malu dgn TGHH dan seterus penafian dari Tuan Ibrahim, malu dgn rakyat Malaysia gagasan PR takde etika

3) Dalam kes Khalid TGHH , TGNA dan majlis syura ambik pendekatan sama sepertimana menyokong Anwar dalam semua kes yg dihadapinya... keyword : keadilan

4) Aktiviti menjaja kesalahan Khalid yg belum tentu hujung pangkalnya... tuan punya blog takde ayat quran dan hadis nabi bersesuaian ker?


5) Kianat ? nama diberi kedua-duanya orang PKR.. kianat atau Anwar ni yang keras hati.. Nak tunjuk laku derhaka kat Sultan pon agak2 lar

CELAH MANA BOHONG NYA?

Post a Comment

Popular Posts