Jenaka Raja-Raja Lawak Politik. @anwaribrahim @drwanazizah @AzminAli @ybz99 @rafiziramli

Written By Panglima Harimau on 27 August 2014 | 11:56 AM

SUDAH macam-macam rakyat Malaysia sekarang ini. Semacam punya keberanian. Berani bukan berani mati; tapi beraninya yang bukan-bukan.

BERLAKU LAWAK dan mengoyan pemimpin-pemimpin parti PKR. Ianya kian menjadi-jadi sekarang ini. Wan Azizah yang sudah tidak sabar- sabar lagi untuk menjadi MB Selangor. Rafizi Ramli 'pengampu' nombor wahid Anwar, mencabar pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri; yang menentang nepotisme untuk meninggalkan parti itu. Zuraida Kamarudin pula mengila-gila mengatakan UMNO akan kalah 56-0 jika pilihan raya diadakan di Selangor.

SEBELUM ni telah berlaku pesta sukan berbogel Pulau Pinang; kemudian muncul pula pasangan model pengantin beraksi setengah bogel 'bolen' di khalayak ramai di Ipoh, Perak. Inilah amalan puak fahaman liberal. Apa-apa pun boleh.

LELAKI sukakan wanita itu fitrah. Wanita sayangkan lelaki itu lumrah. Wanita bernafsukan wanita itu parah. Lelaki berahikan lelaki itu punah. Lelaki jadi wanita itu mak nyah; Wanita jadi lelaki itu nanah; Tetapi wanita tukar jadi jantan, dan lelaki tukar jadi betina, lalu bernikah; itu kena tanya dia lah !

INILAH akibatnya apabila budaya LGBT - Lesbian, Gay, Bi-sexual & Transgender dibenarkan dan dihalalkan. Dan inilah yang diperjuangkan oleh penyokong dan pendokong LGBT di Malaysia termasuk Bar Council yang menjadi penyokong kuat pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

SATU soalan! adakah pakatan DAP-PKR-PAS menyokong dasar LGBT ini? Adakah mereka akan membenarkan dan menghalalkan budaya songsang dalam negara ini? Kita tanya Kitsiang, Anwar dan Hadi Awang untuk menyatakan pendirian mereka sekarang! " without that past, I wouldn’t be who I am today.”

ADA BERANI!

2 comments:

Anonymous said...

Artikel bodoh ..tak membina langsung..

Anonymous said...

tak membina bg org yg dah sedia bingai.. kena terima hakikat walaupun pahit

Post a Comment

Popular Posts