Makmun Dalam Parti PAS. @nikabdulaziz @abdulhadiawang @Tantawi100

Written By Panglima Harimau on 26 August 2014 | 10:54 AM

DATUK Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas berkias; KALAU dalam sembahyang berjemaah; ada makmum baca kuat sama kuat dengan tok imam; rukuk dan sujud mendahului imam. Dan beri salam mendahului imam. Maknanya jemaah ini menghadapi masalah!

APA maknanya perjuangan 'membangun bersama ulama' kalau ada golongan yang tidak sealiran dengan ulama. Ada yang mengambil syiah sebagai uslubnya. Ada juga kelompok yang memilih jalan republik dan anti monarki. Ada pula yang mewakili imej Ikhwan Muslimin.

MAKA telah berlakulah proses pembinaan fahaman yang berbeza dalam jemaah. Setiap jemaah mempunyai agenda tersendiri. Keputusan Majlis Syura sukar untuk diterima kerana wala'nya pelbagai aliran fahaman dan ditambah pula ada yang wala' di luar Pas.

DUA orang ADUN Pas telah melakukan bai'ah. Adab jemaah tidak dipatuhi. Dalam kepimpinan Pas hanya 20 % golongan ulama dan 80% lagi adalah golongan yang bukan ulama. Inilah yang menyebabkan keputusan Majlis Syura senang-senang di tolak dan keputusan Kepimpinan Tertinggi pula sering bermasalah.

SEKARANG politik Pas berdepan dengan organisasi politik yang ideologinya bercanggah dengan perjuangan Pas. PKR mendukung faham liberal dan pluralis. Manakala DAP sejak dulu menentang konsep negara Islam dan hudud.

TAHALLUF SIASI hanya dibina kerana kebencian dan dendam terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Mampukah dengan aliran dan ideologi yang berbeza menjadi landasan untuk mendirikan sebuah kerajaan! Ibarat tidur sebantal tetapi igauannya lain-lain. Contoh yang jelas lihat apa yang terjadi di Selangor.

TAHALLUF SIASI tanpa memilih regu yang betul; menyebabkan hayat perjuangan terbazir. Politik benci-membenci dan dendam kesumat menyebabkan perpecahan terjadi. Islam adalah agama dakwah; sifatnya meraikan dan menyantuni.

TAPI ISLAM Pas .........

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts