Menang Sorak

Written By Panglima Harimau on 18 August 2014 | 4:25 PM

Sokongan Pas kembali mendakap sekutunya PKR dan DAP, pasti menggembirakan Anwar. Kita tersilap apabila terlebih teruja dengan 'keberanian' Pas menyokong Abdul Khalid sebelum ini.

Pas dulu cukup kuat mempertahankan pandangan ulama nampaknya kini lebih percayakan pemimpin parti sekutu. Pas yang dulu bukanlah Pas yang sekarang. Pas yang suatu ketika dulu cukup kuat

HAIRAN apa perlunya mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas menamakan Azmin Ali sebagai calon lain untuk jawatan MB? Rupa-rupanya sekadar mahu menyedapkan hati para pengikut. Betul seperti kata Nik Aziz, orang Pas jangan 'banyak mulut panjang lidah'.

Pas tidak sedar bahawa tindakan mereka menyebabkan timbulnya persepsi bahawa parti itu tidak berani membuat keputusan sendiri dan terlalu bergantung kepada PKR dan DAP. Belang untuk menjadi sebuah parti yang berani berkata 'tidak' kepada PKR dan DAP, tetapi belang itu akhirnya pudar.

PUSING sana, pusing sini, nama Azizah juga jadi pilihan pakatan PKR-Pas-DAP. Seorang wanita dari Pulau Pinang sebagai Menteri Besar (MB) Selangor? Apa pun, segala keputusan muktamad kini terletak di tangan Sultan Selangor yang akan pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini. Yang pastinya, biarpun keputusan itu dilihat meresahkan PKR tetapi dalam masa sama, ia turut sedikit sebanyak mencalar imej Pas dan akhirnya yang tersenyum girang ialah DAP!

KIRIM2 SALAM untuk HADI AWANG.
Tarikh 50 Januari!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts