Mimpi Peluru Terakhir #LangkahKajang

Written By Panglima Harimau on 25 August 2014 | 1:25 PM

ABDUL Khalid mempunyai 'peluru terakhir' yang cukup ditakuti oleh PKR; iaitu menasihatkan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia menjadi mimpi ngeri 'langkah malang dari Kajang' dan impian Wan Azizah sebagai Menteri Besar tidak kesampaian.

APA hak Rafizi melarang Khalid melakukan tindakan itu? Abdul Khalid bukannya ahli PKR dan beliau juga masih Menteri Besar Selangor yang sah. Sebagai seorang 'pakar strategi' untuk PKR, Rafizi sepatutnya tidak takut untuk parti itu berhadapan dengan pilihan raya sekali lagi. Berani lagi Zuraida Kamarudin yang sudah menyatakan kalau pilihan raya negeri Selangor diadakan UMNO akan kalah 56-0.

Wan Azizah pula, entah macam mana boleh terfikir untuk 'tuding kain orang lain terkoyak, sedangkan kain sendiri pun sudah lama terkoyak'. Apakah nanti Wan Azizah dapat menguasai rizab negeri Selangor berjumlah RM3 bilion? Rakyat bimbang rizab itu akan digunakan bagi misi menyelamatkan karier politik Anwar termasuk membiayai siri demonstrasi jalanan besar-besaran sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

TANYA SAMA 'pakar strategi'.

2 comments:

Anonymous said...

Mmg tak berakal la kalau buat pilihanraya semata2 nak puas nafsu individu jadi MB,,, buit duit dan buat masa...

Anonymous said...

kalau buat pilihanraya pun, khalid dah tentu takkan jadi MB dah. Jadi dia peduli ape dengan duit dan masa

Post a Comment

Popular Posts