PAS Dah Tiada Pilihan!

Written By Panglima Harimau on 17 August 2014 | 6:27 PM

DULU - bergantang-gantang pujian mereka terhadap ketokohan Tan Sri Khalid. Tidak sampai setahun memegang jawatan MB; Tan Sri Khalid mula diserang. Awalnya beliau dimaki hamun secara tertutup, tetapi akhirnya beliau dimaki nista secara terbuka oleh PKR dan kepimpinan mereka sendiri.

TAN SRI Khalid diserang oleh anjing-anjing salakan PKR yang talinya dipegangi oleh sibiaDAP. Kitab 50 Dalil mengapa Tan Sri Khalid wajib dipecat disebarkan. Tan Sri Khalid ditelanjangkan dan dilondehkan oleh parti sendiri!

MAHKAMAH RAYUAN telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun keatas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada 07.05.2014. Untuk talian nyawa politik Anwar, maka dia tiada pilihan lain melainkan bini dia sendiri Azizah mesti menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid mesti dipecat dan Azizah mesti menjadi MB - tiada tolehan ke belakang lagi bagi Anwar!

DULU pemecatan Nizar Jamaludin sebagai MB Perak dan pencalonan Zambry Abdul Kadir sebagai ganti, kumpulan Anwarinas dan para parasit menuduh lompatan ADUN PKR-DAP, mereka kata haram; sehingga sanggup buat solat hajat untuk melaknat mereka dan berguling-guling atas jalan. Bagaimana pula dengan lompatan dua ADUN PAS menyokong Azizah?

ADALAH sangat sukar bagi Datuk Seri Hadi Awang kerana Jawatankuasa PAS pusat dikuasai oleh kumpulan Anwarinas dan para parasit. Malah lebih biadap dan kurang ajar, mereka memberi amaran dan kata dua kepada Datuk Seri Hadi Awang supaya akur kepada kehendak mereka atau beliau sendiri menghadapi kemungkinan disingkir dan dipecat sebagai Presiden Pas!

SUDAH dijangkakan bahawa suatu hari nanti, Pas akan menghadapi masalah besar berikutan pengaruh Anwar Ibrahim dalam parti itu. Pas umpama membenarkan janggut dan serban ditarik berulang kali. Tidak pernah Pas dibuli seburuk ini. Wajar parti itu mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PKR dan DAP. Hari ini, parti paling untung dan makin kukuh daripada kerjasama itu ialah DAP. Parti lain berpolitik membawa banyak manfaat kepada agama mereka tetapi Pas terbalik - lebih membawa mudarat kepada agama sendiri. Siapa lebih bijak?

1 comments:

Anonymous said...

Akhirnya PAS Khinati Perjuangan Islam... Takut untuk Memerintah Negeri Selangor, memartabatkan Islam..

Post a Comment

Popular Posts