Kerana 1A, Rosak 1Negara. @anwaribrahim @drwanazizah @AzminAli @Khalid_Ibrahim

Written By Panglima Harimau on 23 September 2014 | 11:42 AM

KADANG KALA kita berfikir panjang membaca maksud tersirat bagi menggambarkan kesan atau impak yang terjadi secara langsung. Kata perumpamaan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" ; memberi makna kepada apa yang berlaku sekarang.

KERANA nila dua ADUNnya, Pas yang sepatutnya memegang kuasa tawar-menawar dalam penentuan calon Menteri Besar Selangor telah diberi layanan umpama melukut di tepi gantang.

APABILA SPRM 'membersihkan' agensi kastam daripada kegiatan rasuah, sejumlah besar pegawai penguat kuasa telah ditangkap. Sungguhpun bukan semua kakitangan kastam yang korup, tapi ini telah memberi gambaran imej dan reputasi yang salah terhadap agensi tersebut.

KERANA seorang dua yang tidak jujur dan pecah amanah, ramai guru yang komited dan penuh ikhlas dalam perjuangan mendidik anak bangsa terpalit sama, turut tercemar integriti mereka. Ini terjadi bila kertas soalan peperiksaan bocor. Tidak pasal-pasal murid yang bertungkus-lumus belajar, membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu, yang tidak melihat pun 'soalan yang dibocorkan' itu, terpaksa mendudukinya semula.

KEGILAAN yang dilakukan oleh kumpulan pelampau yang mendakwa mahu menubuhkan negara Islam (IS) di Iraq dan Syria juga telah memberi nama buruk dan hodoh kepada agama Islam. Begitu jugalah apa yang telah dilakukan oleh pemimpin yang gila kuasa dinegara kita. Kerana gila seorang; habis satu negara porak-peranda. KATANYA hanya Azizah sahaja pilihanku; rupanya memang dia mahukan AZMIN. Itulah mainan nya; kita tertipu lagi.

NILA yang berguna untuk mencantikkan warna putih kain baju agar nampak kebiruan, menjadi tidak berguna jika menitik dalam susu. Kerana nila, susu menjadi tidak berguna lagi.

JANGAN jadi nila yang dikutuk kerana merosakkan susu. Sebaliknya jadilah nila yang mencantikkan putih kain dengan warna kebiruannya.

TERINGAT satu lagi nila; kisah Sang NILA Utama dalam Sejarah Melaka.

2 comments:

Anonymous said...

Tah apa2 artikel ni... tak ada kualiti...

iklan astro said...

kisah tentang nila... tahukah anda itik nila boleh terbang jauh?

Post a Comment

Popular Posts