Raja Berpelembagaan

Written By Panglima Harimau on 03 September 2014 | 10:00 AM

SEJAK terhapusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA; sifat kehaiwanan dan kebinatangan para cauvinis, extremis dan parasit makin bertambah-tambah!Bukan sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka juga pengkhianat dan penderahaka! Mereka adalah golongan yang buta sejarah! Sejarah negara ini!

SEBELUM 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu gabungan sembilan buah negeri Melayu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah ( Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah), Perak, Selangor, Nege.ri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

TUANKU Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan yang memerintah - sebab itu kita panggil keRAJAan - ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu itulah kerajaan. Bagindalah yang akan memberi kurnia tanah, kedudukan dan darjat kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.

PERLU diingati Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani oleh penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang Raja-Raja Melayu. Kerana negeri-negeri Melayu ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan dan bersetuju, Perjanjian itu tidak ada kesan!

UNIKNYA Malaysia ini sehingga hari ini mempunyai sembilan orang Raja yang masih berkuasa dalam negeri masing-masing; dengan wakilnya di peringkat Persekutuan mengambil gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

DALAM sistem perundangan Malaysia peranan Tuanku Raja-Raja Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar simbolik atau ceremonial sahaja. Tuanku Raja-Raja Melayu dikekalkan kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan mereka, terutama dalam soal pemerintahan, hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

KEDAULATAN, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah mutlak; termasuk juga kepada persoalan perlantikan Menteri Besar. Kita telah memilih wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa yang akan mengetuai Kerajaan sebagai Datuk Menteri Besar tetap terletak ditangan Baginda Tuanku Sultan secara mutlak.

TUANKU boleh memilih siapa sahaja dikalangan wakil rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri - yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN - dengan syarat calon itu mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka Baginda Tuanku Sultan yang mempunyai kuasa mutlak akan memilih siapa diantara mereka yang layak dilantik sebagai Datuk Menteri Besar.

MAKA pendirian dan tindakan segelintir yang mempersoalkan kuasa Tuanku; adalah satu tindakan pengkhianatan dan penderhakaan kepada sebuah negara yang berdaulat! Ada juga kelompok yang cuba memilih jalan republik dan anti monarki. Mereka wajib dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang keras!

DAULAT TUANKU !

2 comments:

Anonymous said...

I was suggested this blog by my cousin. I'm not sure whether this post is written bby him as
nobody else know such detaailed about my difficulty.
You are incredible! Thanks!

Feeel free to surf to my web blog: hack dragons of atlantis

Anonymous said...

Puak2 ini memang Pengkianat, mereka tahu tetapi mereka buat tak tahu sbb sifat Pengkianat ada pada mereka.. Mereka nk merosakkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Post a Comment

Popular Posts