Nasi Lemak Aisyah Tajuddin!

Written By Panglima Harimau on 22 March 2015 | 12:32 PM


PERBUATAN Aisyah Tajuddin menghina hukum hudud ternyata menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Memang melampau bila membandingkan hukum hudud dengan nasi lemak dan memperlekehkan pemakaian tudung. Satira itu sangat biadap.

KALAU tidak faham tentang hukum hudud, lebih baik diam sahaja. Dalam hal ini, siapa perlu mengambil tanggungjawab. Setakat ini, stesen radio itu telah memohon maaf dan menarik balik klip video berkenaan. BFM dilihat sebagai propembangkang.

BAGAIMANA dengan Aisyah? Beliau sepatutnya awal-awal lagi memohon maaf dan perlu bertaubat. Kegagalan Aisyah berbuat demikian akan dilihat bahawa beliau memang berniat menghina Islam. Ia membawa ideologi DAP yang menentang hudud dan mendapat dorongan daripada puak liberalisme. Beliau sendiri puncanya. Aisyah tidak boleh lepas tangan. DAN.....

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts