Simpang 3 Kampung Melayu

Written By Panglima Harimau on 18 May 2015 | 7:31 PM

POLITIK Melayu seperti tak pernah belajar daripada pengalaman silam. Tumbangnya kerajaan Melaka dan robohnya keagungan Islam. Politik Melayu bukan lagi untuk membangunkan bangsa atau agama tetapi dari hari ke hari semakin morat-marit dan berantakan. Yang sudah rapi diacak-acak, yang sedang dibangun terus diganggu. Apabila sudah rosak, entah berapa generasi yang akan menanggung bahananya.

MASING-masing ada justifikasi sendiri sehingga yang benar jadi palsu, yang curang diagung-agungkan. Yang belum disahkan bersalah dihukum semahu-mahunya, yang sudah masuk penjara malah dibela. Disungkit sikit, sudah mengamuk tak tentu pasal sehingga jambatan dan kelambu pun mahu dibakar. Dalam kamus hidup hanya ada curiga, iri hati dan dengki.

DI SATU simpang orang Melayu dilihat sedang ber­cakaran, lebih me­nyi­buk­kan diri untuk saling jatuh menjatuhkan. Mereka sedang asyik dan ghai­rah dengan gula-gula pertukaran pemimpin.

DI SATU simpang yang lain, orang Melayunya pula dirasuk kekuasaan. Yang dulu dijauhi, kini bertukar menjadi kebanggaan. Yang dulu nakkan Islam, kini tukar nak berkebajikan. Serba-serbinya boleh diubah suai demi kehendak kekuasaan. Kafir boleh diajak berkongsi pentas untuk memperlekeh hudud.

DI SIMPANG yang ketiga, orang Melayunya pula, sedang sibuk untuk menyelamatkan orang yang bernama Anwar Ibrahim. Mereka bertungkus lumus mahu membebaskannya. Bayangkan apa yang akan dilakukan apabila dah ada kuasa nanti.

MUNGKIN inilah sifat Melayu baharu yang tanpa sedar telah terperangkap dalam jerat sendiri. Yang baik menjadi buruk, yang ber­bohong dijulang sebagai pejuang. Kita tunggu lah di SIMPANG

2314 Untuk Melayu!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts