Cerita Loghat (LowYat) Melayu!

Written By Panglima Harimau on 20 August 2015 | 12:13 PM

BENARLAH kata orang bahawa apa sahaja yang diungkapkan sekarang ini jika ia berkaitan soal nasib orang Melayu, semua akan dilabelkan sebagai rasis.

PERKARA 153 itu tidak wajar dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara. Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa, galakan ekonomi bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957. Hak masyarakat Cina, India dan lain-lain kekal di sisi undang-undang negara sehingga hari ini.

APA yang ada pada orang Melayu hanyalah sekelumit berbanding apa yang dimiliki kaum-kaum lain. Orang Melayu dan Bumiputera masih jauh terkebelakang walaupun kejayaan di tahap-tahap tertentu sudah menunjukkan peningkatan.

DAP, PKR dan Pas segan silu nak berterus terang dalam hal seperti ini. Bila orang UMNO bercakap dan menyatakan keluhan tentang nasib usahawan dan peniaga Melayu; kononnya ini boleh mencetuskan ketegangan kaum!

FAKTA bahawa negara ini asalnya negeri Melayu tetapi dikongsi pembangunan dan pentadbirannya dengan warga bukan Melayu, perlukan penegasan dan penerimaan. Lantaran takut apa orang lain kata, identiti perjuangan Melayu akan berpaling kepada tahap takut dan teragak-agak.

TETAPI mereka bebas pula mengatakan pelbagai cerca dan kononnya mereka disisih, didiskriminasi, seolah-olah mereka jadi warga nombor dua atau nombor tiga. Padahal kita semua maklum dan mengetahui Per­kara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan semua warga Malaysia.

PESAN orang tua-tua; bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut, orang sudu. Kita kena pakai falsafah "kendur berdenting-berdenting, te­gang berjela-jela".

BERANI LAH KERANA IA NYA BENAR!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts