Lebai DAP

Written By Panglima Harimau on 27 August 2015 | 6:08 PM

ORANG Pas anggap apa yang berlaku pada partinya sekarang ini hanya menguntungkan UMNO. GHB pula kata tindakan mereka menubuhkan parti baharu kerana Pas mahu bersama UMNO. Tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan. Sebenarnya apa pun berlaku tidak menguntungkan UMNO, Pas mahukan GHB.

YÀNG me­ngaut keuntungan hasilnya ialah DAP. Perpecahan Pas sudah membuktikan segala usaha DAP untuk melemahkan Pas telah berhasil. DAP sudah bersedia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada GHB yang bakal menjadi sebuah parti baharu.

GHB akan ikut apa sahaja kata DAP kerana DAP adalah ‘minyak’ yang mengge­rakkan GHB. GHB tidak akan boleh bercakap soal perjuangan Islam; kerana segala-galanya akan ditentukan oleh DAP.

GHB tidak akan menguntungkan politik orang Me­layu, malah ini akan menyebabkan kekuatan politik orang Me­layu semakin lemah. Sudahannya yang akan menjadi ‘ayam kenyang’ berikutan ‘lesung sama lesung berlaga’ ialah DAP. Mereka berjaya melemahkan parti yang memperjuangkan Islam dengan begitu mudah sekali.

BÀGI Pas, inilah cabaran terbesar untuk golongan ulama yang me­mimpin parti itu sekarang. Mereka tidak perlu membuang masa untuk menyeru wakil-wakil rakyatnya yang bergabung dalam GHB untuk meletakkan jawatan. Siapa mahu melepaskan 'nikmat'!

JANGAN kaitkan UMNO. Pas berpecah bukan kerana UMNO; tetapi Pas berantakan kerana kesilapan parti itu sendiri yang sebelum ini begitu teruja menjalin tahaluf siyasi dengan DAP. UMNO tidak untung apa-apa kerana ahli-ahli Pas bukan mudah mahu menyokong UMNO.

Pas atau GHB; siapakah antara mereka yang akan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam atau sekurang-kurangnya bersedia bersama UMNO dalam soal tersebut. Ia bukanlah satu berita gembira untuk orang Melayu.

SUDAH menjadi adat dalam politik, kepentingan kelompok dan individu sering kali menjadi keutamaan. Akhirnya orang Melayu menjadi ‘lebai DAP' kampungnya tergadai!

SALAH KAN SIAPA?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts