Pakatan Rakyat Muka Tak Tahu Malu

Written By Panglima Harimau on 09 August 2015 | 8:34 PM


SECARA tiba-tiba oleh kerana kes yang disiasat melibatkan pemimpin BN; mereka cuba menonjolkan diri sebagai ‘wira’ bagi memperjuangkan SPRM. Kononnya mahu membela SPRM memerangi ra­suah atau sebarang penyelewengan.

MAKA kehadiran mereka ke Ibupejabat SPRM adalah satu sandiwara politik untuk mengambil ke­sempatan; ekoran dari ketegangan hubungan antara Polis dan SPRM. SPRM mendakwa Polis mengganggu siasatan mereka terhadap kes1MDB; sementara polis menegaskan ia bertindak bagi menangani kes kebocoran maklumat dokumen rasmi.

SUARÀ kemarahan SPRM sudah sampai mesejnya kepada semua pihak. Ketua Polis Negara kata ia tidak timbul soal polis ganggu siasatan SPRM. Tapi sentimen orang ramai lebih memihak kepada SPRM; ini tidak mengejutkan.

SPRM yang diakui komited memerangi rasuah dan salahguna kuasa, juga harus menerima peranan polis. Kebocoran maklumat menjadi ancaman besar kepada negara dan polis berhak melaksanakan tanggungjawab mereka biarpun perlu menyoal dan menahan pegawai SPRM. Sesiapa pun tidak terkecuali.

SEPERTI yang dijangka, DAP bersama PKR dan GHB bertindak cepat menangguk di air keruh dalam isu siasatan polis ke atas beberapa pegawai SPRM. Dulu DAP banyak menghina dan mentohmah SPRM terutama dalam kes kematian Teoh Beng Hock, kali ini lain pula nadanya.

BILA disebabkan siasatan SPRM melibatkan pemimpin kerajaan maka parti itu tanpa rasa malu mahu berbaik dengan SPRM. Sekarang nampak benar siapa sebenarnya musang berbulu ayam! Cuma agak hairan mengapa SPRM dalam situasi yang panas membenarkan delegasi pembangkang masuk ke bangunan dan berdialog.

ORANG melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai tertentu dan ia mengundang pelbagai tafsiran termasuk dilihat "cuba bermain politik". Ada orang mahu jadi hero, maka kita berharap DAP setuju untuk telus dalam soal mendedahkan sumber dana politik.

KERAJAAN BN telah menyatakan komitmen di Dewan Rakyat untuk berbuat demikian, mengapa DAP masih enggan. Jika benar-benar mahu membuktikan integriti, tidak perlu takut melainkan memang terlalu banyak yang mahu disembunyikan. Dalam hal ini siapa yang banyak main wayang!

MELUDAH jangan ke langit.....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts