Beberapa Fakta Menarik Tentang Kenaikan Tol

Written By Panglima Harimau on 13 October 2015 | 12:24 AM


1. Perjanjian konsesi adalah berlaku ketika zaman Tun Dr. Mahathir. Walaupun DUKE ditandatangani pada tahun 2004 (zaman Pak Lah), namun ianya dipersetujui ketika zaman Tun Dr. Mahathir.

2. Yang memberi hak kutip tol kepada pemegang konsesi adalah Tun Dr. Mahathir.

3. Yang mengetuai Jawatankuasa Khas Tol ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa keputusan kenaikan dibuat.

4. Menifesto BN mengatakan tiada kenaikan tol bagi tol-tol antara bandar, bukan tol-tol di dalam bandar. Lihat menifesto BN di bawah page 13. Maknanya, tol yang menghubungkan antara Bandar hanyalah di bawah PLUS. Tiada kenaikan harga Tol PLUS sejak 2005 lagi. BN masih memenuhi janji mereka.

5. Kebanyakkan tol yang naik adalah di dalam negeri Selangor. Menifesto Pakatan Rakyat 2013 adalah menghapuskan tol. Tidak pula dinyatakan sama ada tol intra-city atau inter-city. Selangor di kuasai oleh pembangkang. Mereka boleh menghapuskan tol dengan membayar pampasan. Ini pernah berlaku ketika PAS mengambil alih pemerintahan Terengganu pada tahun 1999 yang mana mereka menghapuskan tol di Jabatan Sultan Mahmud. Dengan kata lain, mereka (kerajaan Pas Terengganu) terpaksa menanggung kos tersebut. Jadi mengapa PKR tidak melakukan perkara yang sama walhal itu sememangnya menisfesto PR?

**Terdapat kekeliruan dalam menifesto ini**

Dalam versi BM : ianya di tulis “tol-tol antara Bandar” (inter-city toll) Dalam versi English & cina : ianya di tulis “intra-city toll”

Pendapat saya, versi BM lebih tepat berbanding versi English dan Cina dengan 2 hujah :

1. Terma-terma ini ditulis di bawah tajuk “ Pembangunan infrastruktur di LUAR BANDAR”. Maknanya, terma “inter-city” lebih tepat dengan istilah “LUAR BANDAR” berbanding terma “Intra-city” iaitu dalam Bandar. Apakejadahnya menghapuskan tol dalam Bandar di letakkan di bawah Tajuk “PEMBANGUNAN LUAR BANDAR”?

2. Tak logik kerajan menghapuskan tol-tol dalam Bandar yang mana penghuninya adalah golongan berpendapatan tinggi berbanding tol-tol antara Bandar yang mana penggunanya adalah majority mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengapa versi English dan Cina adalah sama? Besar kemungkinan penterjemah lebih selesa menterjemahkan dengan nota versi English. - Dr. Aznil Hisham

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts