SOSMA - @MuhyiddinYassin Dan @mohdshafieapdal Melayu Yang Mudah Lupa. @NajibRazak

Written By Panglima Harimau on 12 October 2015 | 10:02 PM



Masa Tun Dr. Mahathir nak singkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu, Tun Dr. Mahathir gerak berseorangan. Dan sekarang bila Tun Dr. Mahathir nak singkirkan Dato' Seri Najib, Tun Dr. Mahathir terpaksa bawa geng seramai 5 orang termasuk la musuh beliau sehingga UMNO diharamkan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Kebiasaannya Tun Dr. Mahathir tidak akan bawa geng bila lawan musuhnya tapi kali ni Tun Dr. Mahathir bawa geng kerana Tun Dr. Mahathir tahu Dato' Seri Najib kuat dan ramai dibelakangnya. Nampaknya Tun Dr. Mahathir takkan berhenti selagi mana hajatnya untuk singkirkan Dato' Seri Najib tidak tercapai. Tidak mustahil akan datang Tun Dr. Mahathir bergabung bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sidang media Tun Dr. Mahathir bersama 5 orang lagi pemimpin UMNO adalah membantah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012. Kononnya tindakan menahan Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang adalah satu tindakan yang kejam dan zalim. Panglima rasa umum mengetahi sebab mereka berdua ditahan, jadi rasanya tak perlu la Panglima nak ceritanya kembali. Apa yang paling penting untuk korang tahu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang bertanggungjawab memastikan semua Ahli Parlimen BN termasuk la Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal mengundi dan menyokong SOSMA semasa beliau menjadi Ketua Whip BN. Dan hari ni mereka berdua antara yang tak setuju penggunaan SOSMA. Bagusnya SOSMA berbanding ISA ialah SOSMA membenarkan perbicaraan untuk mempertahankan diri dan akan dibebaskan jika tidak bersalah, ISA pula tidak.

Tetapi jangan kita lupa bagaimana Tun Dr. Mahathir menggunakan ISA semasa "pemerintahan berwarna-warni 22 tahun beliau jadi Perdana Menteri". Betapa kejam dan zalimnya Tun Dr. Mahathir pada masa itu yang menggunakan ISA terhadap sesiapa saja yang menentang beliau termasuk la orang dalam UMNO sendiri yang masih ada sehingga kini. Kekejaman dan kezaliman Tun Dr. Mahathir pasti takkan dilupakan ramai pihak termasuk la dari parti pembangkang PAS dan PKR.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts