Politik @NajibRazak

Written By Panglima Harimau on 20 February 2016 | 11:37 AM

KESIAN "ANC"- (Kempen Anti-Najib) terumbang ambing untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mereka melancarkan serangan ke atas Najib sejak Disember 2014 lagi. ANC melakukan segala-galanya manakala Najib tidak berbuat apa-apa. Apabila Najib tidak melakukan apa-apa, ini memberi semangat kepada ANC kerana mereka fikir ini bermakna Najib melarikan diri dan tidak mampu melawan.

JANUARI 2015, Najib melantik Ketua Pegawai Eksekutif baru untuk 1MDB dan memberikan tugas menyusun semula hal ehwal 1MDB dan melakukan proses pengurangan hutang. Tapi ANC tidak mahu menunggu; mereka mahu 1MDB gagal supaya ini boleh digunakan sebagai pemangkin untuk menggulingkan Perdana Menteri.

NAJIB sedar bahawa ia bukan berkenaan 1MDB. Apa yang mereka mahu adalah Najib; dan 1MDB sekadar ‘pedang’ untuk membunuhnya. Oleh itu apa yang akan berlaku akhirnya; tiada sebarang ‘berita baik’ mengenai 1MDB dapat menenangkan ANC dan walaupun ada berita baik mereka akan mengatakan semua ini adalah pembohongan.

NAJIB tahu bahawa semuanya ini adalah berkenaan politik dan bukan mengenai pentadbirannya. Maka beliau perlu mencari penyelesaian politik. Najib mula bekerja – salah satu daripadanya dengan membawa Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Tun Hussein ke Arab Saudi untuk menemui penderma RM2.6 bilion.

SELEPAS itu Najib mengumumkan kepada 40,000 orang penyokong kuat di Kota Belud, Sabah bahawa beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan untuk meletakkan jawatan. Katanya, “Saya hanya tunduk kepada ahli-ahli parti dan rakyat. Selagi ahli-ahli parti menyokong saya, dan selagi orang memberi kepercayaan mereka, saya akan terus berkhidmat".

TUN M juga diuji dengan ujian Team A dan Team B, di mana beliau hampir hilang kuasa. Katanya ‘Walaupun saya menang dengan hanya satu undi, saya akan terus menjadi Perdana Menteri.’ Jawaban yang hebat. Nampak macam sama tapi tak serupa.......

SEMASA sambutan ulang tahun UMNO ke 69, Najib melabelkan ANC sebagai pengkhianat parti. Semasa mesyuarat Kabinet, Najib memberi laluan kepada semua ahli Kabinet untuk bersuara. Tiada siapa yang bersuara malahan Muhyiddin Yassin menundukkan kepalanya dan tidak memandang mata Najib.

DARI segi politik, Najib telah menang! Mengalahkan musuh beliau ANC dan mencabar mereka untuk berlawan. Tetapi tiada siapa yang berani kerana mereka tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan Najib dalam politik.

SEDAR bahawa Najib sebenarnya seorang ahli politik yang bijak, mereka mengambil keputusan untuk cuba menjatuhkan Najib dengan cuba menggunakan saluran undang-undang pula.

TIBA-TIBA Gani Patail memberitahu SPRM, untuk menyediakan satu kertas pertuduhan terhadap Najib. Wall Street Journal menerbitkan laporan mengenai 1MDB, yang ANC telah beri kepada mereka. Sarawak Report kemudian diberitahu untuk mengambilnya dan memainkan isu mengenai perkara itu.

DENGAN itu jelas bahawa Gani telah “bermain-main” dengan kertas pertuduhan sedangkan dia tidak mempunyai kes yang sebenarnya. Biasanya kertas pertuduhan disediakan selepas siasatan itu selesai dan selepas ia telah disahkan bahawa kes wujud. Akhirnya perkhidmatan Gani Patail ditamatkan; tambahan pula, Gani tidak cukup sihat untuk bekerja kerana masalah buah pinggangnya.

KEMUDIAN pada 29 Julai 2015, Muhyiddin Yassin mengikut jejak Gani dalam pesaraan. Timbalan Pendakwa Raya SPRM telah ditangkap dan pejabatnya telah diserbu di mana mereka mendapatkan salinan draf kertas pertuduhan tersebut. SPRM membuat laporan polis mengatakan bahawa kertas pertuduhan adalah palsu.

IA adalah palsu kerana kertas pertuduhan tidak berkaitan dengan apa-apa jenayah. Dengan kata lain, kertas pertuduhan telah dibuat sebelum siasatan dilaksanakan dan sebelum ia dapat menentukan sama ada berlaku jenayah!

SEORANG pemimpin perlu pandai membuat percaturan politik dan bersifat elok dan bijak.
Baju Melayu berbutang lima,
Ada juga berbutang tiga;
Orang Melayu jangan lupa,
Hilang kuasa hilanglah semua".

40 Tahun Najib Berpolitik!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts