Bila Berkawan Dengan Musuh. @MuhyiddinYassin @mohdshafieapdal @MukhrizMahathir

Written By Panglima Harimau on 07 March 2016 | 3:48 PM

Dr.MAHATHIR dengan pimpinan DAP dan PKR begitu tebal dengan permusuhan. Meskipun dalam politik, segala-galanya berkemungkinan namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Apatah lagi lagi Dr. Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sudah semakin tua. Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia, lagi sakit rasanya.

SELAMA ini Dr.Mahathir menjadikan DAP jijik pada kacamata orang Melayu dan sentiasa diminta berwaspada dengan muslihat parti itu. DAP menjadi hidup kerana anti-Dr.Mahathir yang dilabelkan zalim, menerajui kerajaan rasuah. Kit Siang pernah dipenjarakan di bawah ISA, oleh Dr. Mahathir. Dendam Anwar dan keluarga terhadap Dr. Mahathir tidak mudah lenyap. Apakah selepas ini Dr. Mahathir akan menarik balik segala kenyataan, termasuk tuduhan meliwat ke atas Anwar?

UMNO tidak terkesan; sekadar ahli bercakap mengenainya sahaja. Tiada peristiwa besar berlaku. Juga tiada gelombang reaksi untuk menyokong beliau. Ini sama keadaannya apabila beliau hadir dua kali ke perhimpunan Bersih tahun lalu, yang rata-rata majoriti Melayu menolaknya.

Dr. Mahathir memilih jalan yang songsang sambil terlupa banyak gerakan untuk menjatuhnya oleh DAP, PKR dan Semangat 46 sepanjang ia jadi Perdana Menteri. Semua gagal, kerana beliau dipertahankan oleh UMNO dan para pemimpin yang setia. Prinsip 'government of the day' yang beliau selalu tekankan dulu, masih didokong hari ini.

NAJIB memilih menyokong Dr. Mahathir. Dr.Mahathir menang dalam percaturan dengan pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Nampaknya Dr. Mahathir banyak lupa - matlamat menghalalkan cara. Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sangat kenal siapa beliau. Kali ini mereka tidak mahu terheret dengan agenda Dr. Mahathir. Ternyata tindak- tanduk Dr. Mahathir tidak lagi elegan.

TIGA serangkai Muhyiddin, Mohd. Shafei Apdal dan Mukhriz tersasar kerana menandatangani deklarasi itu. Sekali lagi, itu pilihan mereka; biarkanlah. Sebagai cara terhormat; jika tidak sokong dasar-dasar kerajaan, keluar UMNO sahajalah…tinggalkan parti; itu cara yang terhormat! Atau nak menunggu kepada sokongan UMNO-UMNO cawangan pada mesyuarat tidak lama lagi; bagi membolehkan usul menggugurkan Najib di bawa kepada Perhimpunan Agung Khas UMNO.

AMBILLAH perspektif agama, sehebat mana sekalipun manusia merancang, Allah SWT yang menentukannya.

Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts