@NajibRazak vs Mahathir

Written By Panglima Harimau on 06 March 2016 | 1:50 PM

PEPATAH mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Orang Melayu memanggilnya' Bodoh-Bodoh Sepat' .

DALAM 3 hari selepas Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib; Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya. Bukan Matthias Chang tapi adalah Dr Mahathir. Walaupun Najib tahu bahawa Khairuddin adalah orang Muhyiddin Yassin.Tetapi Najib buat-buat tak tahu.

DAHULU Dr Mahathir membuang Anwar dengan menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Tapi Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya hanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya.

APABILA Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib biarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden; tapi tidak dikeluarkan sebagai ahli UMNO. Memandangkan Muhyiddin terus juga menolak nasibnya; maka beliau perlu ditunjuk pintu keluar.

PLOT Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – iaitu penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

AKHIRNYA Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib. Setakat ini Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka.

SEKARANG Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad pembangkang jika mahu terus, bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila kita membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa kita milik syaitan. Dan syaitan tersebut dipimpin pula oleh DAP!

Biar Bodoh-Bodoh Sepat;
Dari Jadi Cina Buta.....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts