Tun Dr Mahathir Yang Kita Perlu Kenali

Written By Panglima Harimau on 05 March 2016 | 10:47 AM


STRATEGI Tun M selepas usaha mempengaruhi ahli Parlimen dan usaha mempengaruhi UMNO Bahagian gagal; strategi terbaharunya ialah 'keluar' UMNO! Tujuannya adalah untuk melumpuhkan dan membunuh UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN.

BERDASARKAN pengalaman Tun M, beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya. Kerajaan UMNO Kelantan 'dibunuh' dalam usaha Tun M menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Kerajaan UMNO Selangor 'terkorban' berikutan usahanya menumpaskan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Abdullah Ahmad Badawi.

TUN M sanggup memberi 'hadiah' kepada PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang); asalkan beliau dapat menewaskan musuhnya. Sejarah membuktikan Tun M tidak teragak-agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.

TERPULANGLAH kepada ahli UMNO untuk melihat episod terbaharu ini. Buat Tun M, beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarganya tersenarai dalam golongan 'bilionaire' terkaya di Malaysia - Mokhzani Tun Mahathir (AS$480 juta).

MEMBUNUH UMNO paling selamat buat Tun M untuk menjadikan dirinya 'darling of opposition'. Selama 23 tahun dibenci oleh pembangkang; kini ia akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan UMNO. Beliau adalah 'true Michevellian', matlamat menghalalkan cara; walaupun kejayaannya itu dibayar dengan harga yang mahal oleh ahli UMNO di Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.

HARI ini Tun M bersedia menghadiahkan Malaysia demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak digemarinya. Ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun M sebagai hak peribadinya. Siapa yang berjuang kerana Tun M akan mengikuti beliau. Siapa yang berjuang kerana UMNO demi agama, bangsa dan tanah air, sama sekali tidak perlu goyah.

KERANA UMNO itu bukan Tun M. Semoga Allah melindungi UMNO!

Allahualam!

1 comments:

Anonymous said...

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA,
INSYAALLAH

Post a Comment

Popular Posts